Terkini: Gambar Kereta Baru Dari Perodua - Model Buddyz Sedan






Sumber gambar - paultan.org

(9 GAMBAR) Pasangan Bahagia, Fizo Omar Dan Mawar Abdul Karim


9 Gambar Pasangan Bahagia, Fizo Omar Dan Mawar Abdul Karim | Pengantin baru Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim ini..memang terselah kebahagian mereka.. koleksi gambar dari Instagram mereka..mereka ke Dubai baru-baru ini untuk berbulan madu.. oh so sweet..semoga berbahagian sepanjang hayat..
fizo omar dan mawar fareeda
fizo omar dan mawar fareeda
fizo omar dan mawar fareeda

fizo omar dan mawar fareeda
fizo omar dan mawar fareeda
fizo omar dan mawar fareeda
fizo omar dan mawar fareeda
fizo omar dan mawar fareeda
fizo omar dan mawar fareeda

Luar Biasa: Kebesaran Allah Air Banjir Jernih Di Masjid Al-Fatah Kuantan



Kebesaran Allah Air Jernih Di Masjid Al-Fatah Gambang Kuantan
Diketika ini air banjir hampir melumpuhkan dan menegelami bandar Kuantan, keajaiban dan kuasa Allah, Perkara ini berlaku di Masjid Al-Fatah, Batu 3, Jalan Gambang-Kuantan. Air keruh dan berlumpur yang membanjiri di pekarangan Masjid Al-Fatah diketika ini.. Namun kejadian luar biasa  apabila air banjir yg keruh dan berlumpur menjadi jernih apabila memasuki ruang solat masjid. Allahuakbar!!!

Kebesaran Allah Air Jernih Di Masjid Al-Fatah Gambang Kuantan

Kebesaran Allah Air Jernih Di Masjid Al-Fatah Gambang Kuantan


Shila Amzah Nafi Jatuh Cinta Dengan Johan As'ari


Shila Amzah Nafi Jatuh Cinta Dengan Johan As'ari | Shila Amzah menerusi akhbar Harian Metro telah meluahkan yang dia sebenarnya tidak mempunyai perasaan cinta pun kepada Johan As'ari.
Shila Amzah Nafi Jatuh Cinta Dengan Johan As'ari

"Seperti yang semua sedia maklum, memang Shila dan Johan 'bersahabat' dan persahabatan kami diketahui keluarga kedua-dua belah pihak.

"Shila langsung tidak pernah ada perasaan cinta pada Johan. Definisi antara sahabat dan cinta adalah dua perkara yang sangat berbeza," luahnya menerusi sisipan RAP, segmen Tinta Shila Amzah.

Menjawab persoalan mengapa dia memadam kesemua gambar Johan di laman Instagram miliknya, penyanyi yang kini berada di Shanghai itu berkata, dia ada alasan yang tersendiri mengapa berbuat demikian.

Jelasnya, selepas mengetahui Johan melamar Lana Nordin, dia membuat tindakan drastik itu kerana merasakan tidak manis untuk meletak gambar peribadi bersama seorang lelaki yang bakal menjadi suami orang.

"Lagi pula, sebagai seorang 'sahabat', Shila mendapat tahu mengenai berita ini daripada teman Shila. Walhal kami ada berjumpa sehari sebelum Shila ke Shanghai," ujarnya seperti berjauh hati.

"Namun begitu, Shila tidak marah atau menyimpan apa-apa perasaan padanya sehingga Shila terbaca satu kenyataan di akhbar bahawa dia membuat 'loudspeaker' ketika bercakap dengan ibu Shila untuk membuktikan sesuatu pada orang lain. Pada Shila, itu tindakan yang tidak wajar," katanya.

Menerusi Tinta Shila Amzah itu juga, penyanyi berhijab ini meminta, supaya tidak lagi dikaitkan dengan mana-mana artikel berkaitan Johan dan Lana.

Dia juga meminta peminatnya supaya terus menyokong karier seninya dan tidak mudah mempercayai apa yang dilaporkan di blog-blog.

7 Jenis Fesyen Tudung Seksi Jadi Gilaan Ramai Wanita Di Malaysia




Siapa yang tak ambik tahu pasal fesyen tudung kontemporari dan terkini? Kalau tak ambik tahu pasal fesyen tudung, jom baca kat sini. Yang memang ambik tahu pasal fesyen tudung terkini, digalakkan untuk baca.
Mungkin anda terlepas pandang fesyen tudung yang beredar mengikut aliran zaman. Berikut merupakan jenis dan fesyen tudung yang boleh kita dapati di Malaysia. Bunyinya agak pelik, tapi inilah hakikatnya. Fesyen tudung menarik ini menjadi gilaan ramai wanita kini.

1. Tudung Bukit
Memakai tudung, tapi kedua-dua bukit ditayang dengan sengaja untuk tatapan percuma. Ini lah dinamakan tudung bukit. Tak kisahlah apa saiz bukit tu. Tetap nak tayang percuma jugak. Bila diperhatikan, bangga sampai hidung kembang semangkuk. Alahai, mudahnya bagi tayangan percuma. Kalau dah bagi tayangan percuma, nak bagi apa kat suami nanti? Suami anda setaraf dengan orang asing kah sampai apa yang suami anda sahaja yang berhak lihat, anda sudah tayang percuma kepada orang lain.

2. Tudung Sarung Nangka
Pakai tudung ketat sampai menampakkan segala yang ada di kepala, sehingga menampakkan bentuk telinga sekalipun. Kalau kat telinga tu ada 7 subang, semuanya nampak bentuk. Inilah fesyen tudung sesat yang dinamakan tudung sarung nangkayang semakin menjadi aliran muslimah masa kini. Ikut artis katakan…

3. Tudung Alien
Dinamakan tudung alien, sebab kepala si pemakai tudung ini memang sebijik dengan kapala alien. Tudung ini juga dikenali sebagai tudung bonggol unta.
Maksud hadis: “Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor Iembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya” [HR Muslim]

4. Tudung Papa Kedana
Kebanyakan yang pakai tudung papa kedana ni adalah golongan minah rempit sekolah. Pakai tudung sebagai syarat masuk sekolah sahaja, bukan ikut hukum syarak. Masakan tidak, tudung singkat sampai nampak tengkok. Love bite kat leher pon boleh nampak. Mungkin terlalu papa kedana sampai tudung yang labuh sikit pun tak mampu nak beli. Bukan papa kedana bab ekonomi, tapi lu fikirlah sendiri…

5. Tudung Siput
Ni, tak tau nak terangkan macam mana bentuknya tudung siput ni… Tak terkata. Fesyen? Entah… Mungkin pembaca lebih arif. Macam fesyen Lady Gaga pun ada gak ni. Pelik betul…

6. Tudung Retis
Ini satu masalah besar lagi. Tudung retis yang artis ni pakai, mesti jadi ikutan para remaja, seolah-olah artis ni adalah seorang nabi untuk dijadikan ikutan. Alahai artis, berhentilah kalian daripada terus memesongkan ummat daripada ajaran Islam yang sebenar. Pakai la tudung yang elok-elok macam Wardina ke, Isma ke.

7. Tudung Muslimah
Inilah tudung yang benar-benar menyejukkan mata memandang. Mengikut hukum syarak, tidak menonjol, sopan, dan tertib. Tudung muslimah ini tidak jarang, tidak ketat, dan menutup dada :)
Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya.
Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.
Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. [ TMQ an-Nur(24):31]

(Video) Mengapa Dr. Maurice Bucaille Peluk Islam Selepas Bedah Mumia Firaun?


Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal pada tahun 1976.
Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya.
Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris.
Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian.
Ini termasuklah apabila Presiden Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka.
Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis.
Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.
Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi.
Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat.
Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.
Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan.
Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut.
Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.
Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille.
Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut?
Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.
Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine).
Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis.



KISAH FIRAUN DI DALAM AL QURAN.

Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru.
“Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!”
Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil.
Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.
Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.
Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898.
Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya.


Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu.
“Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian.
Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun.
Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15)
Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu.
Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.
Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu.
Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka.
Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri:
“Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami.” (Yunus: 92)
Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.
Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.”
Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran.
Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.
Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya.
“Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran. “Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya.
Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah!

Kejam!!! Mayat bayi lelaki masih bertali pusat ditemui di sungai Klang


Gambar Hiasan

KLANG – Mayat seorang bayi lelaki yang bertali pusat dengan keadaan kepalanya pecah ditemui di Sungai Klang berdekatan kawasan Pengkalan Sungai Udang di sini hari ini.
Ketua Polis Dearah Klang Selatan, ACP Mohd Mat Yusop, berkata mayat bayi yang belum dikenalpasti identiti ditemui seorang penjaga pangkalan yang sedang mengutip tin kosong di tebing sungai itu pada kira-kira 9 pagi.
“Mayat bayi yang cukup sifat ditemui dalam timbunan sampah dalam keadaan terlentang dengan tidak berbaju,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Mat Yusop berkata pada awalnya, penjaga pangkalan berkenaan menyangkakan bayi itu sebagai anak patung.
Beliau berkata mayat bayi yang dipercayai meninggal dunia tiga hari lepas dihantar ke Makmal Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk bedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan tujuan membuang mayat dengan sulit, katanya.
Beliau juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian menghubungi mana-mana balai polis berhampiran. – Bernama

Lagi!!! Gambar Kematian Paul Walker Adalah Palsu!!! Ikuti Cerita Sebenar...


Tidak sampai 3 jam berita kematian Paul Walker menerobos ruang siber sudah ada hamba-hamba Allah yang berkongsi "gambar bedah siasat" beliau. Kami menjumpai gambar bedah siasat ini di Twitter dan sekali pandang kami sudah tahu itu bukan mayat Paul Walker. Ada beberapa sebab kenapa kami tahu ianya bukan mayat sebenar mendiang Paul Walker.
1. Muka "mayat" masih merah. Gambar diambil ketika mangsa masih hidup. Umum diketahui dari laporan media Paul mati ditempat kejadian
2. Kereta yang beliau dan Roger Rodas naiki terbakar serta merta setelah melanggar tiang lampu. Jelas kelihatan ruang penumpang Porsche GT yang dinaiki terbakar teruk. Mustahil wajah Paul masih boleh dikenal pasti.
3. Mayat Paul masih sehingga berita ini ditulis tidak dapat dikenal pasti oleh koroner. Mereka masih menunggu rekod gigi Paul dan Rodas bagi memastikan identiti. Sadly this means mayat kedua-dua mangsa hangus terus paska kebakaran.

Jadi wajah siapakah yang dikatakan "Paul Walker" ini sebenarnya?
Well. Nama beliau ialah Alan Dennis (26) seorang sukarelawan Kristian yang bertugas di Kongo. Pada tahun 2011 Dennis sedang membina sebuah loji penapis air untuk sebuah gereja. Beliau menggunakan sebuah angle grinder untuk memotong batu bata bagi membina sebuah relau memanaskan air. Tiba - tiba bilah angle grinder yang digunakan beliau pecah dan serpihan besi terpelanting menghentam penutup muka yang dipakai beliau. Alan tidak menyedari betapa seriusnya kecederaan beliau sehingga rakan sekerja beliau menjerit melihat rupa beliau. Sebilah besi terbang dan memotong muka beliau dari tengah - tengah kening mata hingga ke mulut. Besi ini melekat terus pada muka beliau. 
Setelah dikejarkan ke hospital besi yang terbenam berjaya dikeluarkan dan kini Alan kembali pulih. Beliau hanya hilang beberapa batang gigi akibat kemalangan ngeri ini. Alan masih lagi bekerja dengan gereja di Kongo dan merasakan kemalangan ini hanya ujian Tuhan terhadap beliau
So now you know. Cerita disebalik gambar bedah siasat Paul Walker sebenarnya mempunyai happy ending dan mesej yang lebih positif dari apa yang dikongsi di media sosial
Laporan asal AfricaStories

Terkini: Senarai Jalan yang ditutup kerana terlibat banjir sekitar daerah Kuantan



Berikut pihak kami senaraikan jalan raya yang terlibat banjir di sekitar daerah Kuantan. Untuk makluman, jalan-jalan yang ditutup untuk semua kenderaan adalah seperti berikut:

1. KM28, Jalan Sg. Lembing-Sg. Charu
2. Jalan Sg. Ular flyover ke Kuantan
3. Jalan Permatang Badak ke Kuantan (Tanah Putih)
4. Jalan Kuantan Bypas - Pelabuhan
5. Jalan Kuantan - Bukit Sagu
6. KM8, Jalan Kuantan - Beserah (jambatan runtuh)
7. KM16, Jalan Kg. Riau

Onani Sebelum Solat..'Isteri Dionani Oleh Suami' - Ustaz Azhar Idrus


Play Video Di Bawah:

Info Islam: Panduan Solat Sunat Witir

Solat Sunat Witir merupakan sunat muakkad yang amat penting dan digalakkan melakukannya. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sentiasa melakukan solat Witir dan solat sunat Fajar, baik ketika Baginda bermukim ataupun ketika bermusafir.
.
Ada riwayat yang mengatakan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam tidak pernah meninggalkan Solat Witir walaupun sekali. Sabda Rasullulah Sallallahu Alaihi Wasallam dari Abu Hurairah:  “Sesiapa yang tidak berwitir, maka bukanlah dia termasuk golongan kami.”  (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud)
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda lagi: “Sesungguhnya Allah SWT. menganugerahkan kepada kamu solat yang lebih baik daripada bersedekah beberapa ekor unta yang sempurna dan baik iaitu Solat Witir.”  (Hadis Riwayat al-Turmudzi dan al-Hakim r.a.)
.
Dinamakan ‘Solat Sunat Witir’ kerana bilangan rakaatnya ganjil.  Sabda RasulullahSallallahu Alaihi Wasallam:  “Wahai ahli Al-Quran, kerjakanlah Solat Witir sebab Allah itu Witir (Ganjil / Maha Esa) dan suka sekali kepada ganjil.”   (Riwayatkan oleh Ahmad Ash hab al-Sunan, al-Turmudzi dan Hakim).
Solat Witir boleh dikerjakan 1 rakaat, 3, 5, 7, 9 atau paling banyak 11 rakaat. Ia dilakukan dua-dua rakaat dan diakhiri dengan 1 rakaat, atau  berakhir  3 rakaat (1 tahiyyat 1 salam)...

Witir Penutup Solat

.
Solat Witir dilakukan setelah solat Isyak hingga menjelang fajar (subuh). Ia dapat dikerjakan sebagai pelengkap solat Tahajjud atau solat Tarawih. Ia sebagai penutup segala solat yang dilakukan hingga menjelang Subuh.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Akhirilah solat malammu itu dengan Solat Witir.”   (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim r.a.)
.
Sekiranya dirasa tidak akan terbangun mengerjakan solat Tahajjud lagi, maka bolehlah terus mengerjakan solat Witir sesudah mengerjakan solat Isyak.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Sesiapa yang berasa dirinya tidak mampu untuk bangun pada penghujung malam, sebaiknya mengerjakan solat witir pada awal malam, tetapi bagi sesiapa yang berasa dirinya mampu dan yakin akan dapat bangun pada penghujung malam, sebaiknya mengerjakan solat witir pada akhir malam, kerana solat pada akhir malam itu akan dihadiri oleh para malaikat dan itulah yang lebih utama.”  (Hadis riwayat Ahmad, Muslim, Termizi dan Ibnu Majah).
.

 Fadhilat Solat Witir

1.     Orang yang mengamalkannya akan turut disaksikan oleh para Malaikat.
2.     Solat Witir lebih utama daripada solat-solat sunat Rawatib yang lain.
3.     Menurut sunnah yang akan memperolehi syafaat Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam di akhirat kelak.
.
.

Cara Melaksanakannya:

.
1.  Lafaz niatnya pada setiap dua rakaat pertama:

“U-shol-lii sun-na-tal wit-ri rok-’a-tai-ni lil-laa-hi ta-’aa-laa.”

Daku Solat Sunat Witir dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.
.
2.  Bacaan selepas Fatihah:
Raka’at pertama: Surah Al-A’laa
Raka’at kedua: Surah Al-Kafiruun
.
3.  Sesudah salam, terus berdiri untuk mengerjakan satu lagi raka’at Witir.
.
4.  Lafaz niat pada satu rakaat terakhir:

“U-shol-lii sun-na-tal wit-ri rok-’a-tan lil-laa-hi ta-’aa-laa.”

Daku Solat Sunat Witir satu raka’at, kerana Allah Ta’ala.
.
5.  Selepas Al-Fatihah pada rakaat terakhir, dibaca ‘Surah Mu’awwizat’ iaitu:
a) Al-Ikhlas,
b) Al-Falaq dan
c) An-Naas.
.
Al-Nasa’i meriwayatkan daripada Ka’ab r.a., ia berkata: “Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam membaca dalam solat Witir dengan Surah Al-A’laa, Al-Kafiruun dan Al-Ikhlas.”
.
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0461.
Ishaq bin Ibrahim bin Habib bin Syahid Al Bushri menceritakan kepada kami, Muhammad bin Salamah Al Harrani memberitahukan kepada kami dari Khusaif dari Abdul Aziz bin Juraij berkata: “Saya bertanya kepada Aisyah, membaca surat apa ketika Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam mengerjakan solat witir?” Aisyah menjawab: “Baginda membaca pada rakaat pertama dengan: ‘Sabbihisma Rabbikal A’laa’, ‘Qul Yaa Ayyuhal Kaafiruun’ pada rakaat kedua, dan ‘Qul Huwallaahu Ahad’ dan ‘Muawwidzatain’ pada rakaat ketiga.”
.
.

WIRID DAN DOA SELEPAS SOLAT WITIR

.
1. Selesai mengerjakan Solat Witir disunatkan mengucapkan:
Zikir ini dibaca tiga kali dan pada kali yang ketiga hendaklah menaikkan suara. “RasulullahSallallahu Alaihi Wasallam setelah salam dari solat witir berkata: Subhanallah Malikil Qudduus tiga kali dan meninggikan suaranya pada zikir yang ketiga.” (Hadis dari Ubay bin Ka’ab)
.
2. Kemudian dibaca 1 kali kalimah berikut:
3.  Seterusnya boleh dibaca doa-doa berikut:

4. Adakalanya Rasulullah SAW membaca doa:
5.  Diakhiri dengan Doa Solat Sunat Witir
.
.

Hukum Tangguh Witir ~ Harus

.
  1. Harus seseorang itu melakukan solat witir sebanyak dua rakaat saja dan simpan satu rakaat lagi untuk dilakukan selepas solat sunat lain pada tengah malam.
  2. Harus juga menangguhkan Solat Witir untuk dijadikan penutup selepas solat sunat lain pada tengah malam.
  3. Jika seseorang itu melakukan solat Witir selepas Tarawih kerana mahu mendapatkan pahala jemaah, dibolehkan baginya untuk solat sunat lain ketika bangun tengah malam, tetapi dilarang mengulangi solat witir lagi. Sabda  Rasullulah Sallallahu Alaihi Wasallam“Tidak ada dua witir pada satu malam.”
.
Imam Ahmad berkata: “Sesiapa meninggalkan solat witir, maka dia seorang lelaki yang buruk dan tidak wajar untuk menerima persaksiannya.”

عَÙ†ْ Ø£َبِÙŠ Ù‡ُرَÙŠْرَØ©َ Ù‚َالَ Ø£َÙˆْصَانِÙŠ Ø®َÙ„ِيلِÙŠ صَÙ„َّÙ‰ اللَّÙ‡ُ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِ ÙˆَسَÙ„َّÙ…َ بِØ«َÙ„َاثٍ بِصِÙŠَامِ Ø«َÙ„َاثَØ©ِ Ø£َÙŠَّامٍ Ù…ِÙ†ْ ÙƒُÙ„ِّ Ø´َÙ‡ْرٍ ÙˆَرَÙƒْعَتَÙŠْ الضُّØ­َÙ‰ ÙˆَØ£َÙ†ْ Ø£ُوتِرَ Ù‚َبْÙ„َ Ø£َÙ†ْ Ø£َرْÙ‚ُدَ.

Daripada Abu Hurairah, katanya, “Telah berpesan kepadaku temanku (RasulullahSallallahu Alaihi Wasallam) tiga pesanan: Puasa 3 hari setiap bulan, solat Dhuha 2 rakaat dan  solat Witir sebelum tidur.” (Riwayat Bukhari, Muslim dan Thabarani).
.
.
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
.
Sumber~ shafiqolbu.

Gempar!!! Buah Tembikai Berwarna Biru Mempunyai Rasa Yang Pelik.



Beberapa bulan lalu dunia maya sempat digemparkan dengan beredarnya foto buah tembikai berwarna biru yang berasal dari Jepun. Menurut maklumat dari gambar tersebut, buah tembikai ini adalah jenis Moon Melon yang dikenal dengan sebutan lain bernama asidus.

Bukan cuma warna birunya yang membuat buah tembikai  ini terkenal, tetapi rasa buah ini boleh berubah-ubah setelah kamu merasainya. Semua rasa masam akan berubah menjadi manis, rasa masin akan berubah menjadi sedikit lebih pahit dan rasa buah ini sendiri lebih mirip oren daripada tembikai. Harganya pun disebutkan cukup mahal, iaitu sekitar 16 ribu yen




Lelaki 20-an cuai terlanggar kereta rasmi Datuk Najib



KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang meletakkan sementara keretanya di laluan masuk ke Bangunan Parlimen untuk mengambil pas keselamatan, berdepan detik cemas apabila keretanya terundur dan terlanggar kereta rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Lelaki berusia 20-an itu dikatakan terlupa menarik brek tangan kereta Volvonya menyebabkan kereta itu terundur dan terlanggar kereta Proton Perdana yang dinaiki Najib, menurut Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 9.50 pagi, bagaimanapun tiada kerosakan pada kedua-dua kereta, katanya.
“Perdana menteri juga tidak mengalami kecederaan dalam kejadian itu. Kereta rasmi perdana menteri ketika itu memasuki kawasan bangunan Parlimen,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.
Najib menghadiri persidangan Dewan Rakyat di bangunan itu.
Mohmad berkata siasatan polis tidak mendapati adanya unsur jenayah. – Bernama