Pelatih bank dikurung dan dirogol beramai-ramai serta gambar bogelnya dirakam




Gambar Hiasan



SHAH ALAM – Disamun, diikat mata, dikurung, dirogol dan gambar bogel dirakam, adalah detik hitam dilalui seorang wanita yang merupakan pelatih sebuah bank dalam kejadian 9 Januari lalu.




Mangsa yang berumur 24 tahun sebelum kejadian malang itu memandu kereta bersendirian menuju ke Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Komuter Shah Alam di Seksyen 19, kira-kira jam 6 pagi.

Difahamkan, setiap hari mangsa menaiki komuter untuk ke tempat kerjanya di ibu negara.
Menurut sumber, ketika mangsa baru meletakkan kenderaannya, datang sebuah kenderaan lain dinaiki dua lelaki.
“Suspek menarik keluar mangsa dan terus mengacukan sebilah parang di lehernya. Suspek meminta wang tetapi mangsa mengatakan duit di dalam bank.
“Berang dengan pengakuan tersebut, suspek mencabut tudung mangsa dan mengikat matanya. Mangsa dibawa lari menaiki kereta dengan niat untuk membawanya ke bank,” katanya.
Menurutnya, suspek bagaimanapun tidak membawa mangsa ke bank, sebaliknya membawa wanita itu ke sebuah rumah yang tidak dikenal pasti.
“Mangsa terus dikurung di dalam sebuah bilik. Kemudian, datang seorang lagi suspek, merogol dan merakam gambar bogel mangsa,” katanya.
Sumber berkata, sebelum didata­ngi suspek ketiga, mangsa dipaksa meminta wang daripada keluarga atas alasan salah seorang penjenayah itu berhutang dengan ah long, RM2,000.
“Selepas dirogol dan diugut, mangsa menelefon teman lelakinya dan meminta wang RM500,” katanya.
Menurutnya, suspek membawa mangsa untuk mengeluarkan wang tersebut sebelum ditinggalkan di Stesen KTM Komuter Batu 3, dalam keadaan tidak bermaya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner, Zahedi Ayob ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Amaran - Pertunjukan Industri Fesyen Secara Bogel

AMARAN! Post ini telah dilabelkan "Dewasa Sahaja" kerana ia hanya sesuai untuk pembaca dewasa sahaja, sekiranya anda belum dewasa, diharap anda boleh keluar secara sukarela dari post ini dan bacalah kandungan-kandungan lain blog ini. Terima Kasih.

Pereka fesyen Charlie le Mindu mengejutkan industri fesyen apabila dia dengan berani mempersembahkan model dalam keadaan bogel untuk memperagakan koleksi beg tangan, topi dan wig rekaan beliau. Tidak dinafikan Charlie le Mindu sememangnya seorang yang berfikiran luar biasa apatah lagi dia merupakan pereka fesyen kegemaran Lady Gaga.








[18sx] Madonna Tayang Puting Payudara Di Sebuah Live Konsert

Madonna, 53 tahun tampil lagi dengan imej kontroversi ketika menjayakan satu persembahan di Istanbul, Turkey, khamis lalu. Dalam kejadian itu, Madonna telah menarik bra ke bahagian bawah sehingga memperlihatkan puting payudaranya kepada penonton. Sebelum ini, Madonna sudah biasa tampil dengan aksi terlampau, antaranya menayang punggung menggelebernya di pentas, beberapa bulan yang lalu.  

*Makin tua makin menjadi-jadi plak Madonna ni!




[18sx] Di Afrika Selatan - Servis Kerja Diperlukan Dilakukan Dalam Keadaan Bogel

Natural Cleaning Co. - Sebuah syarikat yang menyediakan servis kerja dalam keadaan bogel baru ditubuhkan oleh Jean-Paul Reid di Afrika Selatan, selepas dia tidak berjaya mendapatkan pekerjaan sebagai akauntan. Laman web mereka agak menarik dengan gambar-gambar staf yang menawan dan kacak serta perkhidmatan menggoda yang termasuk pembersih bogel, peguam, akauntan, computer geeks dan handy men.








Mereka bahkan membiarkan klien mengatur dan memutuskan apa sahaja perkara yang dapat menghiburkan klien mereka selama satu jam. Satu-satunya perkara yang tidak dibenarkan adalah pelacuran dan ia amat ditekankan oleh Reid. Tujuan Natural Cleaning Co. adalah murni untuk memberikan hiburan, kata Reid lagi! 

Buat masa sekarang, purata pelanggan syarikat ini dalam sehari ialah seorang dan kebanyakannya merupakan lelaki berkulit putih separuh umur. Servis yang popular di kalangan lelaki ialah pembersihan manakala kebanyakan wanita memilih servis handy men. Buat masa sekarang, kebanyakan pekerja Reid adalah pekerja part time dan dia hanya mengambil 20 peratus daripada bayaran itu dan membiarkan pekerjanya menyimpan duit bayaran yang selebihnya.