Walaupun LG G Pro pertama mungkin
tiba agak lewat ke pasaran Malaysia walaupun harga yang ditetapkan pada
RM1,888 bagi sebuah peranti phablet adalah dilihat agak berpatutan.
Dan kini, LG bakal mengumumkan siri kedua peranti phablet mereka seawal bulan hadapan.
Semalam, syarikat Korea tersebut membuat
sebuah kenyataan rasmi bahawa G Pro 2 akan dilancarkan pada bulan
Februari 2014, kemungkinan besar di Kongres Mudah Alih Dunia 2014 di
Barcelona.
Buat masa ini, tidak banyak maklumat yang mampu diperoleh berkenaan dengan peranti ini.
Namun desas-desus berkenaan dengan
peranti ini menyatakan bahawa LG Pro 2 mungkin akan dilengkapi dengan
pemproses Snapdragon 800 dan memori RAM 3GB.
Sumber: Lowyat