JENAYAH ! Lelaki Dihukum Korek Mata Dan Telinga Dipotong

gambar hiasan
Tehran – Seorang lelaki Iran dijatuhkan hukuman kedua-dua matanya dikorek manakala telinga kanan dan hidungnya dipotong selepas dia didapati bersalah mencurahkan asid ke muka seorang budak perempuan.
Hukuman itu dijatuhkan selepas lelaki berkenaan disahkan melakukan perbuatan berkenaan secara sengaja dalam satu kejadian, pada Oktober lalu.
Budak perempuan itu hilang penglihatan dan telinga kanannya tidak dapat mendengar selepas diserang dengan asid.
Meskipun hukuman itu mendapat tentangan banyak pihak terutama badan asasi kemanusiaan, namun Majlis Kebangsaan Iran memutuskan bahawa hukuman itu merupakan sebahagian daripada sistem perundangan negara berkenaan.
Mahkamah negara berkenaan juga sebelum ini telah mengarahkan tangan dan kaki seorang lelaki dipotong.
Tahun lepas, antara 500 hingga 625 orang termasuk 28 wanita dan dua kanak-kanak telah dihukum di Iran.
* Sekadar Gambar Hiasan

Pandangan ‘Maut’ Pekerja Gerai Makan, Menakutkan Pelanggan...

Pandangan 'Maut' Pekerja Gerai Makan
MENERUSI perkongsian STOMP.COM hari ini, seorang pelanggan di sebuah medan selera di Singapura menceritakan pengalaman buruknya berdepan dengan seorang pekerja di sebuah gerai makanan.
Dia yang hanya ingin dikenali sebagai Lee berkata, dia telah ditengking oleh seorang pekerja wanita warganegara China ketika bertanyakan mengenai ‘dim sum’ yang dijual di situ.
Menurutnya, dia hanya bertanya adakah makanan yang dipamerkan di ruang kaca masih panas atau tidak, namun wanita itu hanya memandangnya tajam.
Apabila dia mengulangi pertanyaannya, wanita itu kemudian meninggikan suara dengan berkata, “Mestilah masih panas!”.
Panas hati dengan sikap wanita itu, Lee berkata dia tidak akan membeli makanan di gerai tersebut sebelum pekerja itu menyuruhnya ‘berambus’.
“Dia juga menjerit dan berkelakuan agresif tatkala saya melalui gerai itu untuk membeli makanan di gerai lain.
“Saya tak mahu bertekak dengannya, jadi saya kembali ke meja untuk makan. Sepanjang waktu, dia asyik memandang saya dengan tajam dan ia membuatkan saya berasa tidak selesa.
“Selepas menghabiskan makanan, saya kembali ke gerai tersebut dan mengambil gambar. Dia kemudiannya menjerit dan mahu mencampakkan tuala di tangannya ke arah saya.
“Kalau ada yang tak percaya, sila pergi sendiri ke gerai tersebut dan rasakan ‘perkhidmatan’ yang diberikannya,” akhiri Lee.

Oleh: ELZA