Kesian : Bapa Maafkan Lelaki Yang Membunuh Dan Merogol Isteri & Anaknya (5 Gambar)

Arturo Martinez telah menemui mayat isteri dan anaknya di Las Vegas ketika pulang dari rumah. Namun sebelum sempat berbuat apa-apa, penyerang yang masih di dalam rumahnya trus mengetuk kepalanya menggunakan tukul dan menyebabkan berlaku 17 keretakan kepala tengoraknya. 

3 bulan selepas itu, penjenayah tersebut, Bryan Clay berjaya ditangkap. Ketika bercakap kepada media, Arturo mengatakan, 'I forgive you. That's it, nothing else.' 'And if he gave me a kiss, I would give him a kiss.'

Kini pihak pendakwa sedang memohon untuk menjatuhkan hukuman mati kepada penjenayah terbabit. 












Cool : Apabila Ambil Gambar Dengan Kamera 16-Gigapixel (7 Gambar)

Apabila Ambil Gambar Dengan Kamera 16-Gigapixel.
Dengan lense 16 Gigapixel ini, anda boleh mengambil apa saja gambar dari mana-mana jarak. 16 Gigapixel pada masa kini adalah lense yang mampu mengambil gambar dengan resolusi tertinggi di dunia. Tak percaya? Cuba tengok di bawah ini.

#Mother of Iphone!






Rahsia Bilik Hotel Yang Perlu Kita Tahu


Tidak kira anda menginap di hotel 3 bintang atau 5 bintan sekalipun, rahsia tentang hotel ini perlu anda tahu. Informasi ini bukan untuk menakut-nakutkan anda tapi agar anda lebih berhati-hati apabila menginap di hotel pilihan anda.

Rahsia bilik hotel 1 :

Jangan gunakan gelas yang disediakan di dalam bilik hotel. Ya, gelas itu kelihatan cuci berkilat tapi hakikatnya ia menjijikkan. Kebanyakkan pekerja mengemas bilik tidak mencuci gelas itu, mereka hanya mengelapnya sahaja. Pada tahun 2007 Fox News telah mendedahkan akan hal ini. Kamera tersembunyi yang dipasang pada satu hotel mewah telah merakamkan yang gelas di bilik selalunya tidak di basuh.

Apa yanglebih menjijikan lagi, ada pekerja yang menyembur pencuci tingkap pada gelas dan dilap dengan tuala yang kotor. Malah ada yang membersihkannya dengan menggunakan sarung tangan yang sebelum itu digunakan untuk membersih mangkuk tandas.

Rahsia bilik hotel 2 :

Jangan gunakan cerek yang disediakan. Pendedahan dari majalah Saloon, seorang pengemas bilik telah mengakui bahawa cerek selalunya dijadikan tempat meletak kondom terpakai. Menurut pengemas bilik ini, beliau sentiasa sediakan satu pen yang digunakan khusus untuk mengambil kondom yang dibuang di dalam cerek. Beliau akan membuang kondom tersebut, kemudian sembur pencuci pada cerek, bilas dengan air panas dan ulang jika masih kelihatan cecair melekit.

Rahsia bilik hotel 3 :

Tahukah anda bahawa pintu bilik hotel amat senang untuk dibuka. Tidak kisah jika anda menginap di hotel bajet atau mewah, bawalah sendal pintu untuk langkah keselamatan. Letakkan penyendal di pintu setiap kali anda berada di dalam bilik hotel. Ini kerana, tidak kira secanggih mana sistem kunci di bilik hotel, ia masih senang dibuka oleh orang luar atau pekerja hotel sendiri.

Rahsia bilik hotel 4 :

Jangan gunakan air paip di hotel untuk diminum, lebih-lebih lagi jika anda bercuti di kawasan yang mempunyai air tercemar dari sisa najis manusia atau racun serangga. Contohnya apabila bercuti di Cameron Highland, anak-anak sering cirit birit setelah pulang dari bercuti di sana.

Rahsia bilik hotel 5 :

Jangan bersandar pada tingkap bilik hotel. Tingkap di bilik hotel selalunya tidak diperiksa dengan kerap, walaupun di bilik-bilik hotel mewah di dalam bangunan tinggi seperti di Kuala Lumpur. Tidak kiralah samada hotel tersebut hotel murah atau hotel mewah, kedua-duanya tidak selamat. Jika anda tidak percaya, sila search di Google "hotel window fall".

KANTOI : Pasangan berstatus datuk dan nenek ditangkap khalwat di tahun baru

ALOR SETAR: Pasangan berstatus datuk dan nenek yang masih beristeri dan bersuami serta mempunyai cucu antara empat pasangan yang dicekup Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JAIK) di Alor Setar awal pagi Rabu.
Penolong Pengarah Penguatkuasa Undang-Undang dan Syariah Negeri Kedah, Syeikh Mohd Roshidi Mahmud yang mengetuai operasi itu berkata, kedua-dua pasangan itu ditahan di sebuah hotel murah, di Simpang Kuala pada pukul 2.03 pagi.


Turut ditahan dalam operasi itu ialah sepasang pelajar dari sebuah institusi pengajian tinggi awam di Kulim serta dua pasangan berusia sekitar 20-an.
Selain pasangan berkhalwat itu, turut ditahan ialah enam pasangan yang berkelakuan tidak senonoh di tempat awam.
Sementara itu, dalam satu lagi operasi di Jalan Batas Paip, Kuala Kedah anggota JAIK terpaksa mengejar seorang lelaki yang melarikan diri ketika serbuan dibuat.
Lelaki berusia 29 tahun tahun itu, bagaimanapun datang semula ke rumah itu apabila dihubungi pasangannya yang berusia 19 tahun.
Pasangan yang mendakwa telah bertunang itu tinggal di rumah sewa berkenaan sejak beberapa bulan lepas.
Mereka bagaimanapun dibebaskan selepas butiran diambil dan JAIK mengarahkan lelaki itu keluar dari rumah berkenaan bersama barangannya.
- Astro AWANI