Anak pasangan guru mati kerana kecuaian kakitangan hospital

JERTIH – Pasangan guru bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah pusat kesihatan dekat sini, kerana mendakwa kecuaian kakitangannya sehingga menyebabkan anak perempuan mereka meninggal dunia pada 6 Disember lalu.
Muhamad Sardi Saad, 37 dan isterinya Fadilah Ab Wahab, 43, dari Alor Lintang sedang mendapatkan khidmat guaman untuk membawa kes berkenaan ke muka pengadilan bagi mendapat pembelaan.
Pasangan terbabit kecewa kerana mendakwa layanan diterima ketika membawa anak mereka mendapatkan rawatan di pusat kesihatan berkenaan pada 5 Disember lalu amat tidak memuaskan.
Menurut Muhamad, dia membawa anak perempuannya, Ulya Insyirah, 4 tahun dua bulan ke sana pada tarikh berkenaan untuk mendapatkan rawatan selepas anak bongsu daripada tiga beradik itu muntah-muntah kira-kira jam 3 pagi hari sama.


Rawatan diberi tak memuaskan hati
Dakwanya, setiba di unit kecemasan kira-kira jam 9.40 pagi, doktor bertugas mengarahkan supaya anaknya berdiri di atas alat penimbang kemudian dibaringkan di atas katil pesakit.
Mereka tidak berpuas hati kerana mendakwa doktor tidak membuat pemeriksaan sebagaimana lazim, termasuk memeriksa tekanan darah dan denyutan nadi, sebaliknya terus memasukkan air.
Dakwanya lagi, dua doktor bertugas dibantu seorang jururawat cuba memasukkan jarum di tangan anaknya untuk mencari urat darah tetapi tidak berjaya.
“Selepas lebih tiga jam berada di unit kecemasan, Ulya Insyirah kemudian dimasukkan ke wad di pusat kesihatan berkenaan. Pada peringkat awal dimasukkan air, keadaan anak saya kembali aktif dan dapat makan.
“Bagaimanapun selepas Maghrib hari sama, isteri saya lihat keadaan anak saya menunjukkan perubahan luar biasa apabila kaki dan tangannya kelihatan bengkak (sembab).
“Kami bertambah kecewa dengan jawapan seorang doktor dan jururawat yang datang membuat pemeriksaan harian apabila menjawab tidak tahu punca bengkak,” katanya.
Terlebih dimasukkan air
Muhamad berkata, dia memberitahu pihak pusat kesihatan kemungkinan anaknya terlebih dimasukkan air kerana diberi air secara berterusan walaupun keadaannya sudah pulih.
“Akhirnya pihak pusat kesihatan membuat ujian Sinar X (x-ray) dan terbukti diakui terdapat sedikit lebihan air, sehingga memasuki paru-paru anak saya,” katanya.
Menurutnya, pada malam itu keadaan anaknya semakin lemah dan menjadi kritikal apabila pernafasannya tidak normal.
Dakwanya, kelemahan pihak pusat kesihatan juga jelas ketika anaknya semakin teruk pelbagai masalah timbul di dalam wad, seperti ketiadaan soket elektrik berhampiran katil, selain kakitangan di situ terpaksa mencari di merata tempat tabung oksigen kerana kehabisan oksigen menyebabkan kelewatan bantuan diberi kepada anaknya.
Akhirnya setelah keadaan Ulya Insyirah bertambah serius, dia dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu hanya kira-kira jam 5.30 pagi, 6 Disember.
Kata Muhamad Sardi, sebaik tiba di HSNZ, pada jam 6.50 pagi anaknya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (INCU) namun, pada jam 8.05 pagi anaknya disahkan meninggal dunia oleh doktor.
Buat laporan polis
Berikutan rasa tidak puas hati terhadap cara pihak pusat kesihatan memberi rawatan terhadap anaknya, Muhamad Sardi kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut, Kampung Raja, pada 12 Disember.
“Kami sebenarnya akur dan reda dengan kematian Ulya Insyirah kerana itu kehendak ALLAH. Namun, rasa sedih dan kecewa dengan cara kakitangan pusat kesihatan membuat pemeriksaan dan merawat mangsa menyebabkan saya terpaksa bawa perkara ini ke atas,” katanya.
Menurutnya, paling penting, kes seumpama ini diharap tidak akan berulang dan menimpa pesakit lain yang mendapatkan rawatan di pusat kesihatan itu.
Kes dalam siasatan
Sementara itu, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Mohamad Omar ketika dihubungi memberitahu, pihaknya sedang menjalankan siasatan terhadap kes tersebut.
Katanya, walaupun tidak menerima laporan sekalipun pihaknya tetap akan menjalankan siasatan kerana sememangnya prosedur kementerian yang menetapkan satu siasatan dilakukan sekiranya berlaku kematian membabitkan kanak-kanak di bawah umur lima tahun di pusat kesihatan.
“Siasatan kes ini diketuai oleh seorang doktor pakar kanak-kanak dari HSNZ bersama pasukannya dan sedang menyiasat dari pelbagai sudut termasuk menilai pihak pusat kesihatan itu mahupun HSNZ mematuhi Prosedur
Operasi Standard (SOP).
Kata beliau, siasatan dilakukan secara telus tanpa menyebelahi mana-mana pihak. -SH


Sepahtu hampir tersingkir dari Maharaja Lawak Mega 2013

Sepahtu hampir tersingkir dari Maharaja Lawak Mega 2013 - Rancangan Maharaja Lawak Mega 2013 bagi minggu ke-6 baru sahaja berakhir tadi di saluran Astro Warna 132. Beberapa kumpulan membuat persembahan yang amat menarik seperti Jambu, Bocey, Shiro dan Comel.

Apa yang mengejutkan peminat tanahair ialah lawak kumpulan Sepahtu yang semakin merundum seperti kehabisan idea. Mungkin mereka dah selesa dengan kedudukan sebagai pendahulu dari minggu ke minggu.


Namun apa yang mengejutkan minggu ini ialah kumpulan tersebut hampir tersingkir sebelum diselamatkan kumpulan Boboi. Pada hemat admin, penyingkiran kumpulan adalah bergantung kepada peratusan undi yang diperolehi.

Ini bermakna jumlah peratus undian yang diperolehi kumpulan Sepahtu dalam minggu 6 jatuh mendadak sehingga berada pada kedudukan tiga kumpulan tercorot. Adakah peminat fanatik mereka sudah berubah hati?

Nampaknya, kumpulan Sepahtu perlu bangun dari tidur dan berusaha mencari idea-idea yang paling sesuai dengan kombinasi mereka serta nilai kekreatifan turut perlu diambil kira.

Kisah adik Baraah membuatkan guru Quran menangis di TV

Kisah gadis kecil yang berasal dari mesir berumur 10 tahun bernama Baraah, kedua ibubapanya merupakan dokor dan berpindah ke Arab Saudi untuk mencari kehidupan yang lebih baik.
Ketika usia ini, Baraah menghafal seluruh Al-Qur’an beserta tajweed, gurunya mengatakan bahawa dia merupakan pelajar yang sangat cerdik.
Pada suatu hari ibunya mulai berasa sakit perut yang kronik dan setelah beberapa kali membuat pemeriksaan, ibu baraah menderita kanser, dan sudah berada di tahap terakhir.
Ibu baraah berfikir bagaimana untuk memberitahu putrinya itu, terutama jika suatu hari nanti anaknya bangun dari tidur dan tidak dapat bertemu dengan ibunya lagi.


Dan inilah kata-kata ibu baraah kepadanya “Baraah aku akan pergi ke syurga , tapi aku ingin kamu selalu membaca Al-Quran dan menghafalkannya setiap hari kerana Ia akan menjadi pelindungmu kelak… ” Gadis kecil itu tidak faham apa yang ibunya katakan.
Tetapi baraah mulai merasakan perubahan ibunya, terutama ketika ibunya berada di hospital untuk jangka waktu yang lama. Selepas pulang dari sekolah, gadis kecil ini pasti menjenguk ibunya di hospital dan membaca Quran untuk ibunya sampai malam sehingga ayahnya datang dan membawanya pulang.
Suatu hari pihak hospital menelefon ayah baraah bahawa keadaan istrinya sangat kritikal dan dia perlu datang segera, lalu ayah baraah menjemput Baraah dari sekolah dan menuju ke hospital.
Ketika mereka tiba di depan hospital ayahnya memintanya untuk tinggal sebentar di dalam kereta … supaya Baraah tidak akan terkejut jika ibunya meninggal dunia.
Ayahnya keluar dari kereta, dengan penuh kesedihan lalu menyeberangi jalan untuk masuk ke hospital, tapi tiba-tiba muncul sebuah kereta yang dipandu laju dan melanggar ayah Baraah lalu ayahnya meninggal disitu juga…tidak terbayang ..tangisan gadis kecil ini pada ketika itu…!
Tragedi Baraah belum selesai sampai di sini… berita kematian ayahnya yang disembunyikan dari ibu baraah yang masih kritikal di hospital, namun setelah lima hari sejak kematian ayahnya akhirnya ibu baraah meninggal dunia .
Dengan bantuan kawan-kawan ayahnya untuk mencari waris keluarganya di Mesir, sehingga dia bertemu keluarga angkat yang boleh menjaganya. Tidak berapa lama menetap di mesir gadis kecil Baraah mulai mengalami penyakit seperti yang pernah dialami ibunya, dan setelah beberapa kali membuat pemeriksaan di dapati baraah telah menghidap kanser … dengan tenang baraah menjawab: “Alhamdulillah, saya akan bertemu dengan mama dan baba saya.”
Semua ahli keluarga angkatnya sedih dan terkejut. Gadis kecil ini sangat tabah menghadapi musibah yang melanda dan dia tetap ikhlas dengan apa yang ditetapkan Allah untuknya!…..
Subhannallah ramai yang sudah mulai mendengar kisah Baraah, dan salah seorang dermawan dari Saudi(yang tidak ingin di sebutkan namanya) memutuskan untuk mengurus dan menghantarnya ke London untuk rawatan.
Salah satu channel TV Islam “Al Hafiz” sempat menelefon gadis kecil ini dan memintanya untuk membaca Quran … Surah yang dibaca Bara’ah adalah Surah As Saffat (Barisan-barisan) mulai dari ayat 83 sampai ayat 102.
Namun sebelum selesai membaca keseluruhan ayat ke 102, gadis itu telah meninggal dunia. Yang sebelumnya ayat ke 101 mempunyai maksud “Maka kami beri dia khabar gembira dengan seorang anak yang amat sabar.”
Subhanallah. Semoga amal ibadahnya di terima oleh Allah SWT dan segala budi baiknya menjadi tauladan untuk generasi yang akan datang, amin ya rabbal alamin…



Dr Mahathir: Lepaskan kuasa UMNO supaya ia tidak dipenuhi ramai "ORANG BODOH"

Dr Mahathir menjawab soalan wartawan selepas majlis di Pusat Belia Antarabangsa. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari
Dr Mahathir menjawab soalan wartawan selepas majlis di Pusat Belia Antarabangsa. Tun Dr Mahathir Mohamad menasihati pemimpin Umno supaya tidak memegang kuasa terlalu lama bagi mengelakkan parti Melayu terbesar itu dipenuhi dengan lebih ramai “orang bodoh”.
Bekas Perdana Menteri paling lama berkhidmat itu berkata, seseorang pemimpin perlu mengetahui had masanya semasa berkuasa.


“Pemimpin perlu tahu hadnya, jangan terlalu lama memegang kuasa.
“Sebaliknya akan berlaku, kamu (parti) akan mempunyai lebih ramai orang bodoh dalam parti,” kata Dr Mahathir dalam satu majlis di International Youth Centre (IYC) hari ini.
Beliau berkata, pemimpin Umno perlu bersikap terbuka untuk menerima mereka yang lebih bijak daripada mereka untuk menjadi pemimpin, bukannya mengamalkan sikap suka mencantas.
“Pemimpin yang teruk adalah apabila mereka menyekat pemimpin yang lebih pandai kerana takut tergugat,” katanya.

Dr Mahathir menegaskan sekiranya seseorang pemimpin tersebut memberikan laluan bukan bermakna beliau lemah sebaliknya orang ramai akan lebih menghargainya.
“Setiap orang perlu menghormati masa mereka, tiba masanya untuk memberi laluan kepada orang lain.
“Sekiranya kamu bersara lebih awal, orang ramai akan lebih menghargai kamu,” katanya lagi.
Menyentuh mengenai penamaan calon pemilihan Umno baru-baru ini, Dr Mahathir menyifatkan ia suatu petanda sihat berlaku dalam parti tersebut.

“Saya jangka ramai yang akan bertanding tapi ramai juga yang menarik diri.
“Tapi saya lihat ini sebagai satu petanda sihat, jika tidak ia pasti buruk untuk parti kerana orang akan mempersoalkan transformasi yang diperkatakan,” ujarnya lagi.
Dr Mahathir juga menegaskan jawatan presiden dan timbalan presiden Umno yang tiada pertandingan adalah suatu yang baik bagi mengelakkan perpecahan berlaku.
Dalam pemilihan parti kali ini, Dr Mahathir juga mengesyorkan perwakilan Umno supaya memilih pemimpin yang mempunyai bakat dan potensi, bukannya kerana pengaruhnya.
“Saya harap pada pemilihan kali ini, perwakilan memilih pemimpin yang mempunyai potensi dan berbakat, bukan kerana pengaruhnya,” tegas beliau lagi.
Bekas presiden Umno itu sebelum ini turut mencetuskan kontroversi apabila mengkritik Umno sebagai “sudah tua dan bakal mati”.

Katanya, dengan pemimpin muda, Umno akan dapat meneruskan legasinya memerintah negara ini meskipun ada pihak yang memandang serong malah menuduh dirinya mempunyai agenda sendiri.
Katanya, Umno dahulu sentiasa bersemangat dan bercita-cita besar demi bangsa termasuk menewaskan Malayan Union kerana pemimpin mereka kebanyakannya adalah golongan muda.
Ketika penggal kepimpinannya dari 1981 sehingga 2003, beliau berjaya membawa pembangunan melalui dasar-dasar dan perancangan yang diilhamkan dari kejayaan negara-negara luar sehingga mengangkat Malaysia ke pentas dunia sebagai salah sebuah negara yang berdaya maju di Asia Tenggara sehingga pernah dinamakan sebagai salah sebuah negara “Harimau Ekonomi Asia”.- The Malaysian Insider

Sumber

Nurullah AF2 menang kes saman TV3

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan TV3 dan empat yang lain membayar ganti rugi RM250,000 kepada bekas Bintang Akademi Fantasia Musim ke-2, Nurullah Zawawi dan suaminya dalam kes saman fitnah berhubung status perkahwinan mereka yang disiarkan dalam program hiburan ‘Melodi’ dua tahun lepas.

Hakim Datuk Nor Bee Ariffin juga memerintahkan kelima-lima defendan membayar sejumlah RM70,000 sebagai kos kepada penyanyi itu yang lebih dikenali dengan gelaran Nurul AF2 dan suaminya Mohd Munzil Muhamad selaku plaintif pertama dan kedua.
Nor Bee membuat keputusan itu selepas membenarkan saman yang dikemukakan pasangan itu terhadap TV3, penerbit rancangan Melodi Azman Abd Ghafar, wartawannya Michelle Wee Lili, syarikat Alt Media Sdn Bhd dan abang kandung Nurul iaitu Bustamam Zawawi.
Nor Bee juga memutuskan kesemua defendan gagal membuktikan pembelaan masing-masing dalam kes saman itu.
Pada 5 September 2011, Nurul dan suaminya memfailkan saman terhadap kesemua defendan selepas rancangan Melodi pada 26 Jun 2011, menyiarkan kenyataan berhubung isu perkahwinan mereka yang didakwa berunsur fitnah berserta gambar visual yang merujuk kepada pasangan itu.
Mereka juga mendakwa perkataan serta gambar visual yang disiarkan dalam rancangan itu memberi gambaran bahawa perkahwinan mereka tidak sah di sisi undang-undang dan mereka tidak menghormati ibu bapa serta keluarga.
Pasangan itu yang diwakili peguam David Dev Peter menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan, perintah injunksi, kos dan lain-lain relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah.
Dalam keputusannya Nor Bee juga berkata perkahwinan Nurul dan suaminya adalah sah mengikut perintah Mahkamah Syariah Hulu Langat yang mengesahkan pernikahan pasangan itu.
Nor Bee membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan saksi plaintif dan defendan. – Bernama

Gambar Tembok Pemisah Israel-Palestin Yang Anda Tak Pernah Lihat

Pada tahun 2005, Israel telah membina sebuah tembok di daerah yang ternyata jelas bukan wilayahnya. (Jika kita mengaku ia ada wilayah).dua kali ganda ketinggian tembok Berlin dan sepanjang 730 km. Ia memisahkan 90,000 populasi Palestin dibahagian Barat dan 42,000 orang dibahagian Timur. Lebih setengah juta orang Islam menerima kesan yang teruk akibat tembok ini.


Dengan pembinaan tembok haram ini, ternyata jelas Israel telah mengulangi sejarah kekejaman Nazi ketika perang dunia ketiga. Ketika itu orang-orang Yahudi dikurung dalam Ghetto. Ghetto adalah satu kawasan di mana orang-orang Yahudi dikurung dan pergerakan mereka terkawal sebelum dibunuh.

Tembok pemisah yang dibina oleh pengganas Zionis-Israel ini menelan belanja yang sangat besar dan tidak pernah diumumkan kosnya. Kos pembaikan kerosakan sepanjang 1 kilometer sahaja, menelan belanja US$4.7 juta. Namun orang-orang Yahudi ditakdirkan akan menerima nasib seperti yang telah diberitahu oleh Rasulullah. Mungkin inilah tembok batu yang dimaksudkan oleh Rasullullah dalam Hadis tersebut ialah batu tembok pemisah Israel – Palestin ini?

”Mereka tidak akan memerangi kamu dalam keadaan bersatu padu, kecuali dalam kampung-kampung yang terbentang atau di sebalik tembok” ( al-Hasyr : 14 )



Umat Islam yang beriman tidak perlu gusar dengan tembok dan pohon Gharqad ini kerana kewujudannya adalah petanda ketibaan saat kemusnahan orang-orang Yahudi. Penghijrahan orang-orang Yahudi dari seluruh pelusuk dunia ke tanah Palestin sangat-sangat dialukan walaupun ia menuntut pengorbanan yang sangat besar. Percaya dan yakinlah dengan janji Allah, saat-saat kemusnahan Yahudi hampir tiba.

Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu Ke-6 LIVE STREAMING !

 Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu Ke 6 LIVE STREAMING !

Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu Ke-6 LIVE STREAMING !

Jom tonton siaran langsung LIVE STREAMING Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu ke-6 disini. Video Maharaja Lawak Mega 2013 secara full online. MLM 2013 akan bersiaran langsung setiap Jumaat. Seramai 15 peserta akan berentap pada gelanggang Maharaja Lawak Mega 2013 minggu kedua. Siaran langsung turut disiarkan menerusi saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134) bermula pada jam 10.00 Malam. Terdahulu, kumpulan Gerak adalah peserta pertama tersingkir pada MLM 2013 Minggu pertama.

SILA KLIK PADA SERVER LINK
SERVER >> Server 1 - Server 2

4 Gambar Bulan Madu Zain Saidin & Rozita Che Wan Di Rome, Itali


Amboi, amboi, amboi. Berseri-seri wajah pengantin baru si Zain Saidin dan Rozita Che Wan ini. Rupa-rupanya mereka berdua sekarang sedang berbulan madu di Rome, Itali. Memang satu tempat yang romantik dan sesuai untuk bermadu kasih buat pasangan baru berkahwin. 

Cute kan mereka berdua? Pasti seronok berjalan-jalan di Itali dengan cuaca yang sejuk. Semoga dengan percutian bulan madu ini, hubungan mereka berdua akan lebih mesra dan dapat mengenali diri masing-masing dengan lebih mendalam. Che Ta dan Zain turut berkongsi gambar mereka bertemu dengan pereka baju pengantin, Man Kajang.

Senyuman yang terukir di wajah Zain dan Che Ta jelas menggambarkan kebahagiaan satu perkahwinan. Hanya orang yang dah berkahwin sahaja yang dapat merasakannya. Nak tahu kenalah kahwin cepat-cepat. Hehehe.

Buat Zain dan Che Ta, selamat berbulan madu. Selamat pergi dan selamat pulang nanti. Enjoy puas-puas waktu anda di sana.