Bapa Sembelih Anak 7 Tahun Hingga Mati, Dua Lagi Cedera Ditetak (3 Gambar)

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abd Rahim Jaafar berkata, seorang lelaki berusia 44 tahun yang juga sudah menganggur selama dua tahun telah mengelar anak perempuannya yang berusia tujuh tahun di leher sehingga mati, manakala dua orang lagi yang berusia 12 dan 10 tahun ditetak sehingga seorang darinya putus jari. Kejadian itu berlaku di rumah mereka di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi, Bangi.


Kejadian itu disedari oleh anak perempuan beliau yang berusia 15 tahun, sewaktu sampai ke rumah dari sekolah pada pukul 4.15 petang.




Amat menyedihkan apabila pagi ini kami mendapat tahu tentang satu kejadian pembunuhan yang berlaku petang semalam.
Budak perempuan itu melihat ada kesan darah di ruang tamu dan mendapati adik-adiknya cedera. Dia terus menjerit dan memanggil abangnya yang berada di tingkat atas.
Abangnya meluru keluar dari bilik dan melihat keadaan di tingkat bawah lalu meminta adiknya itu segera berlari ke tingkat atas dan bersembunyi di dalam bilik sebelum dia menghubungi polis.
Susulan kejadian itu, polis mencari lelaki berusia 44 tahun itu dan menemuinya di tebing sungai di belakang kawasan perumahan itu kira-kira jam 6 petang.
Suspek dijumpai dalam keadaan murung, basah dan cedera di kepalanya. Polis percaya suspek telah terjun ke dalam sungai tetapi naik ke tebing kemudian.
Sebilah parang telah dirampas dari beliau. Dua anak yang cedera telah dibawa ke Hospital Kajang untuk rawatan.
Menurut sumber tidak rasmi, suspek tidak menimbulkan masalah sebelum ini, tidak mempunyai rekod jenayah dan sering ke surau untuk solat jemaah, malah anak perempuan yang meninggal dunia juga sering dibawa ke surau sebelum ini.
Ketika kejadian, seorang anak berusia 18 tahun tidak ada di rumah manakala isteri suspek sedang bekerja di sebuah syarikat telekomunikasi di Cyberjaya.
Bersama kita sedekahkan surah Al-Fatihah buat anak malang tersebut. Lagi tiga gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.







Laporan asal: BERNAMA

Punca Mengapa Hospital Tidak Benarkan Akar Fatimah? (True Story)

Saya akan menceritakan salah satu kejadian yang pernah saya alami. Saat itu saya sedang bekerja di Rumah Sakit Banyumas, di Jawa Tengah, Indonesia. Sebagai gambaran, Rumah Sakit Banyumas ketika itu merupakan rumah sakit negeri yang cukup diminati pesakit dengan kebersihan setaraf hotel berbintang.
Saya menerima pesakit yang datang dengan kehamilan pertama, umur kehamilan 9 bulan dan sudah mulai masuk persalinan dengan kontraksi rahim yang teratur dan pembukaan 2 cm kira-kira jam 7-8 pagi. Hasil pemeriksaan jantung janin menunjukkan bahwa janin dalam kondisi baik dan sedia menjalani proses bersalin. Berhubung pembukaan masih kecil, maka pesakit direhatkan di kamar sambil menunggu pembukaan bertambah.


Waktu itu saya full day tinggal di rumah sakit 24 jam dan 7 hari. Saat saya sedang berehat 7 malam, tiba-tiba saya dikejutkan berita dari bidan bahwa pesakit tersebut kesakitan dan saat dilakukan pemeriksaan jantung ternyata denyut jantung sudah tiada (janin sudah meninggal). Suami dan keluarga pesakit marah-marah dan menyalahkan saya.
Saat saya lakukan pemeriksaan, saya menemukan situasi yang tidak wajar. Pembukaan masih 2-3 cm dengan kontraksi yang sangat kuat yang sepatutnya kontraksi pada pembukaan 8-9 cm.
Saya merasa pasti ada yang tidak kena, saat saya tanyakan kepada keluarganya, apakah ada diberikan `sesuatu` awalnya mereka tidak mengakui. Saya minta bidan saya memeriksa kamar pesakit apakah ada yang mencurigakan sambil saya terus mengumpulkan informasi dari keluarga pasien.
Mereka masih berusaha menyalahkan penanganan rumah sakit atas meninggalnya janin tersebut. Namun akhirnya bidan jaga menemukan adanya rendaman `rumput` dan gelas di kamar pesakit, dan barulah keluarga pesakit tersebut mengakui.
Ternyata pesakit sudah diberikan minuman rendaman akar fatimah saat di kamar rawatan, dan ini diluar pengetahuan dokter. Seperti kita ketahui bahwa `akar fatimah` (Labisa pumila) berasal dari Timur Tengah dan mempunyai sebutan lain seperti Kaf Mariyam (bahasa arab) yang berarti `telapak tangan mariyam`, dan beberapa orang barat menyebutnya sebagai Mawar Jericho.
Tanaman ini mempunyai efek uterotonik ataupun boleh menyebabkan kontraksi rahim. Kontraksi rahim yang ditimbulkannya boleh menyebabkan persalinan, oleh kerana itu beberapa orang menggunakan tumbuhan ini untuk `memperlancar persalinan`.
Akan tetapi kerana sukatan dos tidak dapat dipastikan, dengan demikian tahap sukatan selamat pun sukar ditetapkan. Bila suatu boleh menimbulkan kontraksi, maka dalam kadar rendah ia boleh `melancar proses bersalin`.
Namun pada kadar yang tinggi ada bahaya yang mengintai, iaitu dapat menimbulkan kontraksi yang berlebihan atau over (istilah medik: hiperstimulasi).
Kondisi inilah yang sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan janin tidak mampu bertahan hingga boleh meninggal, atau bahkan rahim yang tidak bertahan hingga boleh koyak dan mengakibatkan meninggalnya ibu dan janin.
Sampaikan kepada yang anda kenali tentang ini, mungkin sahaja boleh `menyelamatkan` nyawa seseorang.
Semoga informasi tersebut bermanfaat dan dapat diambil nilai positifnya.
*Tambahan – Kandungan oksitosin tidak dapat diukur. Tumbuhan ini dipakai dengan cara akarnya direndam. Air rendaman inilah yang diminum. Semakin lama direndam, kadar oksitosin yang terlarut pun semakin pekat. Dos boleh jadi berlipat-ganda.
Minum rendaman akar fatimah ini akan menimbulkan masalah. Jika mulut rahim belum terbuka, efek kuat kontraksi ini boleh membahayakan. Risikonya dapat menimbulkan pendarahan akibat kontraksi rahim sehingga menyebabkan pecahnya pembuluh-pembuluh darah dan stres otot.
Kontraksi yang ditimbulkan akan sangat tinggi, tanpa ada sela waktu rehat. Kontraksi benar-benar kuat tetapi pembukaan tidak sesuai dengan kontraksi. Hasilnya berbeza, untuk ibu yang pembukaannya sudah hampir sempurna memang dapat membantu mempercepat kelahiran, namun bagi yang pembukaannya masih awal tentu tidak sesuai dengan kontraksi yang hebat tersebut.
Jika tidak tahan akan kontraksi, ibu akan terus-menerus meneran padahal pembukaan masih sedikit, sehingga besar kemungkinan rahim akan robek. Selain itu akan terjadi perdarahan setelah melahirkan, atau bahkan kematian pada janin. Wallahu a’lam.
-FB

Kecut Perut Tengok Video Ni... Sesiapa Duduk Rumah Tinggi2 Tu Sila Hati2 Lah (Video)

Amaran! kepada ibu bapa yang tinggal di rumah-rumah yang tinggi harap video ini menjadi pengajaran buat kita semua.. Kecut perut tengok video ni... Sesiapa duduk rumah tinggi2 tu sila hati2 lah, pastikan rumah anda ada ciri-ciri keselamatan pada tingkap rumah anda...kanak-kanak ni bukan tahu apa..Cuba lihat video bangunan tinggi ni..




Yolkfish ~ Alat Untuk Asingkan Putih Telur Dan Kuning Dengan Pantas (Video)

Yolkfish merupakan satu produk rekaan PELEG DESIGN yang membolehkan anda mengasingkan putih telur dan kuning telur dengan cepat tanpa perlu mengotorkan tangan anda.



rekaan ini berkonsepkan penyedut, alat ini direka dengan bentuk seekor ikan. Material yang digunakan untuk membuat alat ini adalah getah dan konsep yang dipakai adalah menyedut kuning telur ke dalam yolkfish dan anda dapat asingkan kuning telur ke dalam bekas lain dengan begitu mudah.. Selamat mencuba terutama pada baker2 malaysia.. :)



Majlis Merisik Aidil Zafuan Bakal Isteri Baru (5 Gambar)

Tahniah buat Aidil Zafuan yang selamat merisik kekasihnya, Zarema Zainal baru-baru ini. Beberapa keping gambar sekitar majlis merisik itu telah dikongsikan portal di laman sosial.

Keputusan dari majlis tersebut, Aidil Zafuan dan Zarema Zainal akan diijabkabulkan pada 14 Mac ini manakala majlis resepsi perkahwinan akan dibuat 16 Mac 2014. Meskipun begitu, kesahihan kedua-dua tarikh ini masih belum dipastikan.

Gambar majlis merisik Aidil Zafuan, zarema zainal, aidil zafuan dan zarema zainal nikah mac, info,

Gambar majlis merisik Aidil Zafuan, zarema zainal, aidil zafuan dan zarema zainal nikah mac, info,

Gambar majlis merisik Aidil Zafuan, zarema zainal, aidil zafuan dan zarema zainal nikah mac, info,

Gambar majlis merisik Aidil Zafuan, zarema zainal, aidil zafuan dan zarema zainal nikah mac, info,

Sumber : brotherssam.blogspot.com

Tragedi Menyayat Hati Bapa Kelar Anak Di Bangi!!!

Seorang lelaki mengelar hingga mati anak perempuannya yang berusia tujuh tahun dan mencederakan dua lagi anak perempuannya di rumah mereka di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi di Bangi, petang tadi.


Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abd Rahim Jaafar berkata dalam kejadian 4.15 petang itu, lelaki berkenaan mencederakan anak-anak perempuannya yang berusia 10 dan 12 tahun di tengkuk dan tangan hingga menyebabkan seorang daripadanya putus jari.

"Polis masih lagi mencari jari itu di dalam rumah suspek," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Beliau berkata seorang lagi anak perempuannya yang berumur 15 tahun dan anak lelakinya yang berusia 17 tahun dapat menyelamatkan diri daripada bapa mereka, yang bersenjatakan sebilah parang dalam kejadian itu.

Menurutnya anak perempuannya berusia 15 tahun itu, yang baru pulang dari sekolah menengah agama, terkejut apabila melihat bapanya sedang berdiri dengan memegang sebilah parang di dalam rumah.

"Budak perempuan itu melihat ada kesan darah di ruang tamu dan mendapati adik-adiknya cedera. Dia terus menjerit dan memanggil abangnya yang berada di tingkat atas.



"Abangnya meluru keluar dari bilik dan melihat keadaan di tingkat bawah lalu meminta adiknya itu segera berlari ke tingkat atas dan bersembunyi di dalam bilik sebelum dia menghubungi polis," katanya.

Abd Rahim berkata ketika tiba, polis mendapati dua anaknya yang cedera berada di ruang tamu dan segera membawa mereka ke Hospital Kajang dekat sini untuk rawatan.

Beliau berkata polis menjumpai mayat budak perempuan, yang dikelar di leher, di bilik tingkat bawah rumah itu.

Susulan kejadian itu, polis mencari lelaki berusia 44 tahun itu dan menemuinya di tebing sungai di belakang kawasan perumahan itu kira-kira 6 petang.



"Suspek dijumpai dalam keadaan murung, basah dan cedera di kepalanya. Polis percaya suspek telah terjun ke dalam sungai tetapi naik ke tebing kemudian," katanya.

Abd Rahim berkata polis turut merampas sebilah parang daripada suspek itu.

Suspek yang menganggur sejak dua tahun lepas, tidak mempunyai rekod jenayah dan mungkin mengalami masalah mental. 


Ngeri! Perodua MyVi Terhumban Dari Tingkat 4 (4 Gambar)

Jangan sangka apabila kita memandukereta di dalam kawasan bangunan, kita tidak perlu berhati-hati terutama ketika sedang menyusuri kawasan parkir bertingkat. Baru sahaja satu kejadian telah berlaku membabitkan sebuah Perodua MyVi. KisahBest.My difahamkan, pemandu berkenaan sedang mengundurkan keretanya, namun secara tiba-tiba iaterjatuh dari tingkat 4. Boleh lihat gambar di bawah ini.


Seorang lelaki mengalami kecederaan parah selepas kereta Perodua MyVi yang dipandunya terhumban ke bawah dari parkir tingkat empat sebuah bangunan di Kota Kinabalu, Sabah.
Kejadian dilaporkan berlaku jam 7.30 pagi tadi di bangunan Star City dekat Asia City ketika mangsa hendak meletakkan keretanya di kotak parkir bangunan terbabit.




Mangsa yang tersepit dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth selepas dikeluarkan oleh anggota bomba dan penyelamat.
Sebenarnya, kisah kenderaan jatuh dari bangunan ketika hendak parkir bukan perkara pelik.
Sepuluh hari lalu, insiden lebih kurang serupa turut menimpa seorang pemandu di negara jiran kita, Indonesia apabila sebuah kereta Avanza jatuh dari parkir tingkat dua kompleks beli belah Mall of Indonesia (MOI), Kelapa Gading, Jakarta Utara.
Pemandu Avanza tersebut bagaimana pun terselamat selepas berjaya merangkak keluar dari kereta yang remuk.
Sumber : Siakap Keli

AMARAN!!!! JANGAN MAKAN SAYUR KANGKUNG!!!


Jika anda penggemar kangkung, tidak kira apa jenis kangkung, petis kangkung, kangkung cos, dll yang berkaitan dengan kangkung, mungkin cerita ini dapat menjadi pertimbangan bagi anda.

Pada suatu hari di klinik yang terkenal, semua doktor kebingungan kerana ada seorang anak kecil yang menderita sakit perut. Anak itu dibawa ke klinik oleh orang tuanya setelah 2 hari menderita diarhea . Sudah bermacam ubat sakit perut yang diberikan kepada anak itu, namun diarhea nya tidak sembuh.

Di klinik, kedua orang tua anak tersebut ditanya oleh doktor, makanan apa yang dimakan oleh anak tersebut selama 2 hari ini. Orang tua anak itu kebingungan,

JANGAN MAKAN SAYUR KANGKUNG!



kerana sejak anaknya diarrhea , anak tersebut tak lalu nak mahu makan, dia hanya minum susu, itu pun akan muntah semula.

Setelah dikaji, ternyata sebelum menderita diarhea, malam tersebut anak itu makan kangkung cos di restoran oleh orang tuanya. Doktor segera melakukan xray, ternyata dalami usus anak tersebut telah berkembang biak lintah dengan anaknya yang kecil-kecil.
JANGAN MAKAN SAYUR KANGKUNG!


Doktor surrender dan menyatakan tidak sanggup mengambil tindakan medical apapun.

Akhirnya anak kecil malang itupun meninggal dunia setelah dikaji, ternyata lintah itu sebelumnya berada di dalam batang kangkung yang besar.. Memang, untuk penggemar kangkung cos yang paling enak adalah batangnya. Lintah yang berada di dalam batang kangkung itu tidak akan mati walau dimasak selama manapun, apa lagi untuk kangkung cos proses memasak tidak terlalu lama untuk menghasilkan rasa kangkung yang sedap. Lintah hanya akan mati jika dibakar.

Di dalam usus anak tadi, lintah yang hanya dalam 1 ke 2 hari berkembang biak dengan cepatnya kerana menghuni didalam tubuh dan terus menghisap darah yang ada, doktor juga menjadi bingung, bagaimana mematikan/membersih kan lintah yang telah sangat banyak tersebut dari dalam usus anak malang itu. 

Jujur, sejak mendengar cerita itu, kesukaan saya terhadap kangkung menjadi berkurang, boleh dibilang sudah 1 bulan ini saya sama sekali tidak makan kangkung dalam bentuk apa pun, bukan kerana menjadi paranoid, tapi bagi Saya lebih baik menjaga segala kemungkinan yang ada, masih banyak sayur lain yang dapat kita makan dengan meminimumkan segala kemungkinan "lintah" yang terselip didalamnya.

Semoga cerita ini dapat menjadi pertimbangan untuk kita semua sebelum masak/makan kangkung.


15 FILEM MELAYU DENGAN KUTIPAN TERBURUK 2013

Mari lihat 15 filem dengan kutipan paling dayyum tak laku siak! Filem melayu paling tak laku kami tak tahupun muncul di pawagan. Sadis.






Sumber: blogserius