
Sebenarnya admin tak nak keluarkan artikel ni sebab terlalu memalukan melihat kepada tingkah laku anak-anak pelajar ini.Namun setelah mendapatkan pandangan rakan-rakan admin keluarkan buat tatapan semua.Bukan berniat untuk menjatuhkan maruah orang MELAYU apatah lagi menghina tetapi atas dasar mahu memberikan kesedaran kepada diri admin dan semua agar kita lebih berhati-hati dalam menempuh liku-liku kehidupan yang rasanya semakin mencabar.
Pertamanya admin bimbang dengan perlakuan anak-anak bangsa kita khususnya mereka yang masih di bangku sekolah bila mana mereka seolah-olah hilang pertimbangan dan semakin tenggelam dalam dunia fantasi mereka sendiri.