MH370: MIMPI KEDUA Ustaz Darul Manzil

MH370: MIMPI KEDUA Ustaz Darul Manzil
Sebelum ini, Mynewshub pernah siarkan perkongsian mimpi Ustaz Khairul Syakirin Abdul Wahab yang merupakan Pengasas Pusat Rawatan Islam Darul Manzil.
BACA: MH370: Sekadar Mimpi Ustaz Darul Manzil?
Kali ini, kami siarkan MIMPI KEDUA Ustaz Khairul yang dikongsikan beliau.
Mimpi ini dikatakan mempunyai kesinambungan dengan mimpi pertama dahulu dan ‘berlaku’ sebelum kejadian yang ditunjukkan dalam mimpi pertama.
Meskipun sekadar mimpi, niat Ustaz Khairil mungkin sekadar mahu berkongsi apa yang ditunjukkan kepadanya dalam mimpi.
Perkara sebenar, hanya Allah SWT Maha Mengetahui.
…………………………………………………………………………
Assalamualaikum.. Semalam (malam Jumaat), saya tersedar sekitar jam 3:15 pagi. Mungkin sebab rasa panas kerana penghawa dingin sengaja tidak dipasang. Anak saya seramai 5 orang semuanya diserang demam dan batuk selsema. Atas nasihat doktor petang kelmarin, penghawa dingin jangan dibuka selagi mereka belum sembuh untuk mengelak serangan penyakit berulang dan mudah merebak.
Oleh kerana mata tidak pula mahu lelap, saya membuka FB di laptop saya. Macam biasa, selepas viral MIMPI MH370, ada saja ‘friend request’. Saya hanya memerhati post dan komen yang ada. Kira-kira setengah jam selepas itu, saya menutup laptop saya dan mandi. Walaupun kata orang tak elok mandi lewat malam, tapi kerana keadaan badan yang panas berpeluh, maka saya teruskan juga niat tersebut.
Selesai mandi dan berpakaian, saya baring di katil. Puas dicuba, saya tetap tidak rasa mengantuk. Tiba-tiba saya rasa berdebar. Saya tertanya-tanya dan cuba mencari punca. Nampaknya masih tiada jawapan yang saya dapat. Debaran semakin kuat…..
Maka, saya ambil bauan ros merah dan saya bacakan surah Az-Zumar:23 beberapa kali. Alhamdulillah, saya rasa tenang dan mata mula mengantuk…
Saya dikejutkan dengan bunyi beberapa buah kenderaan. Bila saya membuka mata, saya berada di belakang sebuah jip yang terbuka. Ada beberapa lagi kenderaan yang sama di depan dan di belakang saya. Kesemua jip ini menuju ke arah sebuah kapal terbang yang masih belum dimatikan enjinnya. Walaupun saya berada di dalam jip tersebut, pemandu dan penumpang semuanya seakan-akan tidak dapat melihat saya. Mereka semuanya berceloreng warna biru lengkap dengan senjata.

Bila dekat dengan kapal terbang tersebut, hati saya melonjak gembira.. “MH370..!!!!!!! Tapi sekarang ni di mana?” Hati saya bertanya sendiri.
Setelah diletakkan tangga besi, pintu kapal terbang terbuka. Mula-mula saya lihat hanya seorang yang keluar sambil mengangkat kedua-dua tangan kanannya. Orang yang dimaksudkan tak lain tak bukan adalah Kapt. Zaharie. Perlahan-lahan dia menuruni tangga dan berjumpa dengan orang yang paling dekat dengan tangga tersebut. Saya kira orang itu pegawai atasan kerana melihat banyak lambang di sisi kanan serta kiri bahunya.
Setelah bercakap yang saya kira lebih kurang 10 minit (perbualan nampak tegas, Kapten jelas ketakutan di wajahnya). Di mengisyaratkan agar ke semua penumpang turun. Dimulai dengan Co-Pilot, krew dan seluruh penumpang. Kesemua mereka nampak terkejut dan ketakutan.
Kesemua mereka saya lihat dipaksa berjalan kaki dengan pengiring bersenjata ke sebuah dewan. Bila dilihat macam hangar tempat simpanan kapal terbang. Apa yang saya hairan, ada lagi 3 buah kapal yang sama jenis, warna dan bertulis MALAYSIA di situ..
Mereka kemudiannya dipisahkan antara jantina dan tangan mereka diikat dengan Cable-Tight di belakang. Seluruh tubuh mereka diperiksa dan barang yang ada termasuk duit syiling dirampas. Tiada seorang pun yang berani bersuara.
Kemudian, mereka dipisahkan lagi kepada kumpulan yang lebih kecil. Kepala mereka diselubung dengan kain dan dibawa dengan jip secara berperingkat. Kumpulan terakhir yang dibawa adalah kumpulan Kapten Zaharie. Saya turut sama naik di belakang jip untuk mengetahui ke mana kumpulan ini dibawa.
Mereka dibawa ke sebuah bilik berdinding zink. Di dalamnya tiada sebarang lampu dan suhunya amat membahang. Mereka diberi amaran untuk tidak bercakap sesama sendiri semasa mereka masih di situ. Ada seorang lelaki dalam kumpulan itu cuba minta izin untuk ke tandas, tapi bukan izin yang dapat, di dimarahi dan di acu senapang ke dahinya. Lelaki itu angkat tangan sambil menangis. Mujurlah tiada apa yang berlaku.
Dari dalam bilik tersebut, sesekali saya mendengar bunyi kicauan burung-burung. Ada juga kedengaran bunyi helicopter yang terbang rendah di udara. Saya menjenguk ke luar bilik dan lihat banyak sekali burung-burung berwarna putih terbang berkicauan..
Selama 2 hari saya berada di situ, saya lihat kumpulan Kapten Zaharie tidak di apa-apakan. Mereka diberi makan pada waktu pagi, tengah hari dan petang. Mereka juga dibekalkan 1 gelen air basuhan. Untuk keluar dari bilik adalah dilarang sama sekali. Kumpulan lain saya tidak tahu dimana mereka berada.
Tepat tekaan saya bila saya mengambil keputusan untuk melilau di tempat itu. Ia adalah sebuah pulau kecil yang diubah suai. Di situ adalah tempat pendaratan kapal terbang dan MH370 masih di situ sebagaimana hari ia tiba. Saya ke sana bila melihat ada 2 buah jip terletak berdekatan tayar belakang. Saya masuk melalui ruang tayar tersebut dan nampak beberapa orang lelaki sedang membuat penyambungan litar. Mereka sambungkan dengan 1 kotak berlampu yang juga mempunyai wayar.
Saya keluar dari pesawat bila mendengar ketibaan jip dari luar. Dari situ, saya lihat mereka memunggah beberapa kotak kayu masuk ke dalam jip dan beredar.
Saya kembali ke kumpulan Kapten Zaharie. Sedih saya tengok suasana mereka. Walaupun tiada seksaan fizikal, saya percaya mental mereka menderita. Mereka nampak lesu dan murung.
Sekitar waktu hampir Subuh, kesemua mereka dikumpulkan bersama di dewan (tempat sama di hari pertama). Mereka dipaksa beratur dan masuk dalam bilik sementara (bilik yang hanya ditutup dengan tabir papan plywood). Bila saya intai apa yang berlaku dalam bilik tersebut, rupanya mereka di cucuk dengan sejenis cecair ke lengan mereka.
Apa yang saya dengar dari perbualan ‘tukang’ cucuk dengan kawan-kawannya, mereka guna ubat nama TOLUENA… Saya pun tidak tahu apa tujuan mereka.
Kesemua penumpang MH370 di kerah untuk naik semula ke kapal terbang mereka. Maka sekali lagi mereka terpaksa berjalan dan menaiki MH370. Sebelumnya, ada suara mengatakan seorang penumpang (katanya duduk di kerusi depan) tidak ada. Pihak baju biru yang memeriksa buat macam tidak dengar aduan mereka.
Kapal terbang itu berlepas pergi dan disusuli sebuah pesawat yang lebih kecil mengekori mereka. Selepas itu terjadi peristiwa sebagaimana MIMPI MH370 yang pertama..
Saya dibawa semula ke tempat awal. Di sini, saya termasuk sebuah bilik yang dalamnya ada banyak komputer dan radio. Ada sebuah peta dunia yang besar di dinding. Tertarik pula untuk saya amati lebih dekat pada peta tersebut. Terkejut saya bila ada tanda ‘X’ berwarna merah di beberapa negara yang saya kenal…
Saya tersedar..
Memang tak pernah saya rasa begitu takut dalam hidup…. Tapi misteri sepenuhnya belum terjawab.. Adakah saya masih diberi peluang oleh-Nya..? Wallahu’alam..
———————
PERINGATAN…!!
Ini hanya MIMPI… Benar atau Tidak, jawapannya bukan pada saya. Pandanglah dengan mata hati sahabatku… Sekian..

Gambar: Majlis Resepsi Syamsul Yusof – Puteri Sarah

syamsul4
Semalam telah berlangsung majlis resepsi perkahwinan pelakon dan pengarah popular, Syamsul Yusof dan isterinya, Puteri Sarah Liyana.
Majlis persandingan di sebelah pengantin perempuan ini bertemakan Arabic Night yang diadakan di N’dah Catering, Shah Alam.
Antara rakan artis yang turut hadir pada majlis tersebut ialah Irma Hasmie, Yatt Hamzah, Reen Rahim dan Liza Abdullah.
Majlis menyambut menantu di sebelah pihak Syamsul pula akan diadakan pada 18 April ini bertempat di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur.
Pada majlis itu nanti, Syamsul dan Sarah akan disandingkan bersama-sama adik Syamsul, Syafiq Yusof yang akan diijabkabulkan dengan tunangnya, Aiesyah Zainal pada 5 April depan.
syamsul
syamsul1
syamsul2
    syamsul4
syamsul3
Oleh: AUDREY LEE
Foto: Rotikaya

MH370: Waris Keluarga Dari China Terus Bikin Kecoh Di Malaysia!

MH370: Waris Keluarga Dari China Bikin Kecoh Di Malaysia!
Waris penumpang MH370 dari China mahu Kerajaan Malaysia dan Malaysia Airlines (MAS) meminta maaf kerana mengisytihar kematian kesemua 239 orang dalam penerbangan MH370, kononnya tanpa mengemukakan bukti konklusif.
Seorang wakil kepada 34 orang waris berkenaan, Jiang Hui menuduh kerajaan Malaysia melalui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bertindak dengan tidak bertanggungjawab apabila mengumumkan perkara itu, 24 Mac lalu.
“Kami mahu Kerajaan Malaysia dan MAS memohon maaf kepada keluarga dan waris berkenaan isu ini.
“Pada 24 Mac, Kerajaan Malaysia beri kenyataan tidak bertanggungjawab bahawa kapal terbang terhempas tanpa bukti,” kata beliau dalam sidang media dalam bahasa Mandarin di sebuah hotel di Subang hari ini.
Katanya, mereka kini terdesak kerana pertemuman dengan wakil penting Malaysia sebelum ini hanya memberi “maklumat tidak efektif kepada mereka”.
Mereka juga kesal kerana wakil berkenaan perlu memeriksa maklumat dengan kerajaan Malaysia untuk setiap pertanyaan mereka.
Oleh itu, kumpulan tersebut mahu bertemu dengan wakil dari kerajaan Malaysia, pembuat pesawat Boeing, pembuat enjin, Rolls Royce, syarikat satelit Inmasat serta wakil operasi mencari dan menyelamat bagi mendapatkan jawapan.
“22 hari telah berlalu, tiada satupun mereka menemui kami. Adakah ini bermakna qualiti produk mereka bermasalah?…
“Kami berharap dalam beberapa hari ini kami turut boleh bertemu dengan pasukan penyelamat, MAS dan kerajaan Malaysia untuk berkomunikasi.
“Kami harap komunikasi ini tak berlaku seperti di Beijing,” katanya.
s1
Kata-katanya itu disambut dengan sorakan slogan “Kami mahu kebenaran”, “Kami mahu bukti”, dan “Kami mahu keluarga kami” oleh kira-kira 30 orang yang lain.
Individu berkenaan turut mengenakan baju-T berwarna putih dengan tulisan “Doakan untuk MH370″ dan “Kembalilah dengan aman” dalam bahasa Cina.
Kumpulan berkenaan turut mempamerkan kain rentang dengan slogan sama.
Kumpulan waris kepada penumpang berkenaan dibawa untuk menyertai satu perbincangan dengan wakil kerajaan Malaysia dan juga Malaysia Airlines di hotel berkenaan, sebaik tiba dari Beijing pagi ini.
Terdahulu, para waris penumpang berkenaan mengunci mulut dan enggan memberi sebarang kenyataan kepada para wartawan selepas pertemuan selama lebih dua jam.
Seramai 15 orang dari 34 orang yang menyertai pertemuan tersebut menegaskan mereka “tidak mahu bercakap”, apabila para wartawan mengerumuni mereka sebaik keluar dari bilik perbincangan di hotel tersebut.
Wakil Kedutaan Cina yang diketuai setiausaha pertamanya Liu Peng Xiang juga enggan memberi sebarang kenyataan ketika diasak para wartawan.
Kumpulan waris tersebut, yang menyertai perbincangan sebaik tiba di Malaysia pagi ini, diiringi oleh 20 orang wakil MCA, diketuai naib presiden Datin Chew Mei Fun.
Seramai lapan orang wakil MAS, termasuk enam anggota keselamatannya turut mengiringi para anggota keluarga penumpang berkenaan dari pintu dewan perbincangan ke sebuah lif.
Tiada anggota polis dilihat mengawal para anggota keluarga tersebut, yang dikerumuni seramai kira-kira 50 orang petugas media dari pelbagai agensi dalam kejadian selama kira-kira 10 minit itu.
Para wartawan yang berasak-asak dalam kejadian tersebut menunggu sejak jam 11 pagi di luar bilik berkenaan sebaik mendapat tahu para waris tersebut dibawa ke hotel berkenaan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Naib presiden MCA Datin Chew Mei Fun yang mengetuai unit bantuan krisis parti itu merupakan wakil kerajaan Malaysia untuk berurusan dengan anggota keluarga penumpang berkenaan. – sumber Malaysiakini.com

SEGERA: Hamilton Ungguli Grand Prix Malaysia Petronas 2014

Hamilton Ungguli Grand Prix Malaysia Petronas 2014


SEPANG – Pemandu Lewis Hamilton dari Mercedes AMG Petronas mengungguli kejohanan F1 Grand Prix Malaysia 2014 di Litar Sepang hari ini.
Rakan sepasukannya pemandu dari Jerman, Nico Rosberg menduduki tempat kedua sementara pemandu Infiniti Red Bull Racing juga dari Jerman, Sebastian Vettel di tempat ketiga. – BERNAMA