Kos Cari MH370 TERMAHAL Dalam Sejarah, Kini Cecah RM161 Juta

Kos Cari MH370 TERMAHAL Dalam Sejarah, Kini Cecah RM161 Juta
Kos misi mencari dan siasatan ke atas pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu bakal menjadi misi paling mahal dalam sejarah penerbangan, menurut angka yang dianggarkan oleh Fairfax Media. Selepas empat minggu, ia sudahpun melepasi kos misi mencari pesawat Air France AF447 yang sebelum ini memegang rekod paling mahal dengan nilai perbelanjaan mencecah $50 juta (RM164 juta).Kos perbelanjaan tinggi ini melibatkan kapal laut, satelit, kapal terbang dan kapal selam yang dihantar ke Laut China Selatan dan Selat Melaka dan selepas itu ke Lautan Hindi pula.
Memetik laporan The Sydney Morning Herald, kos kegunaan kapal HMAS Success milik Australia yang digunakan dua minggu lepas berjumlah $510,400 (RM1.67 juta) sehari. Kos HMAS Toowoomba pula berjumlah $352,640 (RM1.16 juta) termasuk kos minyak dan kru untuk satu hari. Bila kos kedua-dua kapal ditambah, ia mencecah $9.28 juta (RM30.4 juta) untuk berada di Lautan Hindi.
Tentera Amerika Syarikat turut berbelanja sebanyak $3.62 juta (RM11.87 juta) bagi kegunaan ‘Towed Pinger Locator’ (TPL)’ untuk mencari kotak hitam pesawat MH370.
Laporan yang sama turut berkata bahawa pihak Amerika Syarikat telah berbelanja sebanyak $3.3 million(RM10.8 juta) untuk kegunaan pesawat dan kapal mereka.Vietnam pula telah berbelanja $8 juta (RM26.2 juta) bagi penggunaan lapan pesawat mereka.
Akhbar berkenaan melaporkan bahawa kos lain pula termasuk wang yang diberi oleh kerajaan Malaysia sebanyak $5000 (RM16397.50) kepada ahli keluarga penumpang (bukan kru) dan jumlah keseluruhan menjadi $1.16 juta (RM3.7 juta).
Jumlah sekarang boleh mencecah $49.18 juta (RM161.29 juta) namun ia bukan angka keseluruhan kerana pencarian ini melibatkan 26 negara.
Ketua Penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama, Angus Houston berkata beliau akan memberikan angka sebenar dalam masa terdekat. “Ia memerlukan wang yang banyak,” jelas beliau. – ASTRO AWANI

Digigit Tikus Ketika Tonton Wayang Di Mid Valley

kaki
PETALING JAYA – Melakukan aktiviti luar bersama keluarga pada waktu malam bertukar tragis selepas kaki Chrisanne Chin digigit tikus semasa dia sedang menonton filem di pawagam Golden Screen Cinemas ( GSC) Mid Valley pada Rabu.
Moderator Belia dan ahli eksekutif Majlis Gereja Malaysia (CCM) itu merasakan sesuatu yang tajam di kakinya dan terus menjerit kesakitan ketika menonton filem di pawagam.
Apabila lampu dibuka dia terkejut melihat darah meleleh di kakinya.
“Sebaik sahaja ia berlaku, kami terus menemui kakitangan dan mereka membawa kit bantuan kecemasan untuk membersihkan luka. Saya juga membuat aduan rasmi dengan GSC. Pihak pengurusan juga membayar balik tiket wayang kami.
“Gigitan tikus adalah berbahaya kerana air liur atau lendirnya boleh membawa maut, seperti mana air kencingnya.
“Mereka memberitahu saya supaya menghantar bil perubatan saya kepada mereka,” kata Chin yang juga membuat ulasan filem untuk laman web pangkalan data Filem dan TV, Rotten Tomatoes.
Chin berkata ini adalah isu yang serius dan GSC harus memberi perhatian dalam perkara ini.
“Kesihatan dan keselamatan awam adalah paling utama bagi mana-mana cawangan. Kejadian ini sangat mengecewakan bagi saya sebagai pelanggan tetap GSC yang meminati filem dan menulis ulasan filem adalah salah satu daripada hobi kegemaran saya.
“Saya rasa Malaysia adalah pasaran filem yang besar dan semakin meningkat dan saya percaya GSC tidak perlu hanya melihat untuk mengaut keuntungan sahaja tetapi juga memikul tanggungjawab korporat ke arah memastikan keselamatan dan kesihatan awam.
“Kami hanya mahu pawagam yang bersih dan saya berharap GSC mengambil tindakan serius sebelum lebih ramai orang tercedera,” katanya.
Chin menyiarkan gambar kaki berbalut dan ia telah tersebar di Facebook. Sehingga Sabtu, 661 orang berkongsi gambar ini di Facebook.
Fullscreen capture 452014 55314 PM
GSC sejak secara terbuka memohon maaf di laman Facebook mereka dan mereka sudah menghubungi pakar dan pihak berkaitan mengenai perkara ini. - mStar Online

VIDEO: Bekas Pemain Arsenal Kini Sertai Jihad Di Syria?

VIDEO: Bekas Pemain Arsenal Kini Sertai Jihad Di Syria?

Bagi sesetengah media asing, setiap perkara melibatkan jihad oleh orang Islam bermakna mereka adalah pengganas, ekstremis dan puak pelampau.
Itulah yang diuar-uarkan terhadap lelaki dalam rakaman di bawah.
Lelaki dalam video ini mendapat perhatian ramai kerana dia didakwa bekas pemain bola sepak terkenal Liga Inggeris, Arsenal yang pernah meningkat naik bersama Cristiano Ronaldo.
Meskipun memperkenalkan diri sebagai ‘Abu Issa Al-Andalusi’, lelaki ini dikatakan bekas pemain Arsenal berasal dari Portugis yang meninggalkan London dan segala kemewahan dunia demi berjuang untuk Syria sejak dua tahun lalu.
BACA: VIDEO: Sedihnya.. Anak-Anak Syria Kutip Habuk Roti
Memakai topeng muka berwarna hitam dan memegang senjata dipercayai jenis AK-47, video yang dimuatnaik di laman web FiSyria.com ini menunjukkan lelaki tersebut antara lain memberi nasihat khususnya kepada rakyat Ukraine:
“My advice to you is that we are in need of all types of help from those who can help us in fighting the enemy. Welcome, come and join us and from those who think that they cannot fight they should also come and join us because it maybe that they can help us in something else, for example help with medicine, help us financially, help us with with advice, help with any other qualities they may have and any other skills they might have, and they can give and pass on this knowledge, and we can take whatever is beneficial and that way they will participate in jihad.” (Saya ingin menasihati semua bahawa segala jenis bantuan kini diperlukan untuk melawan musuh. Sesiapa yang berasakan mereka tidak mampu ikut berperang masih boleh membantu dari sudut lain termasuk bantuan kewangan, ubat-ubatan, panduan dan apa sahaja skil yang dimiliki. Dengan cara itu kita semua dapat turut serta berjihad).
Arsenal belum mengeluarkan kenyataan rasmi tentang perkara ini namun mengakui sedang menyiasatnya.
Bagaimanapun dalam kenyataan kepada The Sun, wakil Arsenal dilaporkan memberi komen tidak mengenali lelaki dalam rakaman berkenaan dan tiada pemain dengan nama tersebut pernah direkodkan bermain bersama mereka. - REM RAMZI MYNEWSHUB