Sebab Keislaman Adam Corrie Lee Abdullah

Sebab Keislaman Adam Corrie Lee Abdullah | ADAM CORRIE LEE BIN ABDULLAH
Assalamualaikum sahabat-sahabat.
Saya ada banyak menerima msg dari sahabat-sahabat di FB yang ingin tahu bagaimana saya boleh memeluk Islam.
Saya ringkaskan di sini untuk sahabat-sahabat budiman.
Secara rasmi saya telah kembali pada fitrah.
Berasal dari keluarga cina yang menganuti agama Budha.
Saya giat belajar mengenal Islam sebelum memeluk Islam lagi. Belajar bagaimana solat, serba sedikit mengenai fardu ain.
Saya telah mengucap 2 kali syahadah sebagai Adam Corrie Lee bin Abdullah.
alhamdulillah dengan hidayah yang diberi di ketika usia 39 tahun.
Impian pertama sebagai Muslim ialah ingin menjadi tetamu-Nya.
Bagaimana boleh peluk Islam?



1. Kaabah. – saya suka tgk kaabah. Ia membuatkan saya tenang dan rasa ingin ke sana.
2. Bersahabat baik saya anak ustaz ketika kanak-kanak, selalu bawa saya ke masjid. suka akan akhlak dan cara hidup mereka.
3. Mencari pedoman dan kebenaran dalam hidup.
Telah banyak agama sy kaji sebelum membuat keputusan balik pada fitrah.
Mendapat hidayah ketika di dalam mimpi setelah berdoa pada Allah sebelum tidur; “Ya Allah! sekiranya Islam adalah agama yang benar untuk aku pegang sepanjang hayat hayatku, Kau berikan lah pertunjuk pada aku Ya Allah.”
Ketika tidur saya telah bermimpi seperti berada di syurga, lalu didatangi seorang yang bercahaya putih, mukanya bersih tersenyum.
Ia memberi satu ketenangan yang amat ketika itu.
Insan tersebut seperti memberitahu Islam adalah peganganmu. Alhamdulillah impian pertama selepas memeluk Islam, perkara pertama ingin saya lakukan selepas pandai solat 5 waktu ialah menjadi Tetamu Allah.
Alhamdulillah dalam masa 10 bulan menjadi saudara baru, Allah telah menjemput saya menjadi TetamuNya :)
Alhamdulillah
Kredit : Andi Silahhuddin

Al-Quran Menambah Kekuatanku - Mesut Ozil pemain Real Madrid

Ada ramai pemain bola sepak Muslim yang bermain di liga utama Eropah. Namun boleh dikira dengan jari mereka yang boleh meraih prestasi hebat di kelab dan memperkuatkan kelab besar. Satu di antara pemain bola sepak Muslim yang beruntung adalah pemain tengah kreatif Real Madrid, Mesut Ozil.

Pemain berdarah Turki yang memperkuat pasukan kebangsaan Jerman itu dikenali sebagai kreator kejayaan Los Blancos merebut juara La Liga Sepanyol musim ini. Capaian itu semakin melambungkan nama Ozil di kancah pesepakbolaan dunia.


Ternyata ada sedikit rahsia di balik paparan gemilang permainan Ozil sepanjang musim 2011/2012. "membaca Al-Quran setiap sebelum kick-off," ungkap Ozil menceritakan kunci kejayaan meraih prestasi bersama Madrid.

Saat ini, terdapat enam pemain Muslim yang membela Madrid. Lima pemain lain adalah Karim Benzema, Sami Khedira, Hamit Altintop, Nuri Sahrin, dan Lassana Diarra. Namun hanya Ozil dan Khedira yang rutin turun sebagai starter di bawah pengendalian Mourinho.

Menurut Ozil, membaca beberapa ayat kitab suci umat Islam itu boleh memberinya ketenangan selama di lapangan. Tak heran Ozil dikenali sebagai pemain tenang di lapangan, meski laga berlangsung dalam tensi tinggi. "Al-Quran suci memberi saya kekuatan lebih untuk bermain dalam pertandingan dengan baik," ujar eks pemain Werder Bremen itu.

Budak Sekolah Tingkatan Dua Berjunub Dalam Tandas Sekolah

Tenom – Kegiatan tidak bermoral sepasang kekasih yang juga pelajar tingkatan dua sekolah menengah di sini, yang melakukan hubungan seks di dalam tandas sekolah, terbongkar apabila perbuatan mereka disedari guru disiplin sekolah terbabit, kelmarin.
Dalam kejadian pada kira-kira jam 10.30 pagi, pelajar masing-masing berusia 14 tahun ditahan ketika berada dalam keadaan tidak terurus di dalam tandas sekolah berkenaan oleh guru disiplin yang kebetulan menyedari perbuatan mereka.

'

Menurut sumber, kejadian berlaku ketika waktu rehat apabila pelajar lelaki itu memanggil teman wanitanya ke tandas untuk melakukan hubungan seks.
“Secara kebetulan guru disiplin sekolah terbabit yang melakukan rondaan melakukan pemeriksaan di tandas berkenaan sebelum menemui pasangan pelajar itu.
“Hasil soal siasat, pelajar lelaki mengaku baru selesai melakukan seks dengan pelajar perempuan dan memaklumkan ia kali ketiga mereka melakukan hubungan seks di dalam tandas sekolah berkenaan,” katanya.
Sumber berkata, pihak sekolah kemudian memaklumkan kejadian itu kepada bapa pelajar perempuan sebelum membuat laporan polis.
“Suspek ditahan dan ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tenom untuk siasatan lanjut,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tenom Deputi Superintendan Mazlan Lazim ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan, menurut sumber HMetro.
Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 376, Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol. Harian Metro difahamkan, tandas lelaki di tingkat tiga sekolah berkenaan jarang digunakan pelajar.

Serius: Nenek 10 Cucu Pecah Rekod Punyai 200 Orang Kekasih


MARANG: Berbekalkan sepotong kain batik yang dipuja dikenali sebagai kain ular berlaki atau mengawan, seorang wanita mendakwa pernah memiliki lebih 200 teman lelaki sepanjang lima tahun dia menjanda, sejak 2003 sebelum berkahwin semula pada 2008.

Akibat terlalu mengikut nafsu dan ghairah mendapat kasih sayang lelaki, wanita yang mahu dikenali sebagai Nora, 50, dari bandar ini berkata, ketika zaman ‘gemilang’nya itu dia bukan saja berjaya memancing lelaki bujang berusia 30 hingga 60 tahun, malah menjalin hubungan dengan suami orang
Nora yang kini bergelar nenek mendakwa dia memiliki sepotong kain dinamakan kain ular berlaki yang mampu menarik minat lelaki kepadanya selain minat mendalamnya mempelajari ilmu kebatinan sejak remaja bagi menambahkan seri wajahnya. 


puja, mengawan, menjanda, nafsu, ghairah, teman lelaki, ilmu batin, pelaris, pengasih, hilang nafsu, tahyul, khurafat, terlanjur,


“Kain yang tersimpan sejak 34 tahun lalu itu saya dapat daripada seorang wanita di bandar ini dan bermula daripada situ hidup saya berubah apabila sering menjadi tarikan lelaki.

“Kain batik itu istimewa kerana ada sepasang ular mengawan di bawahnya. Ia kemudian dipuja dengan ayat tertentu yang saya tidak tahu sebelum boleh digunakan sebagai penyeri, pelaris dan pengasih,” katanya.

Nora berkata, cara penggunaan kain itu mudah iaitu hanya disimpan di dalam beg atau dompet, namun perlu berhati-hati kerana ia tidak akan mujarab jika suami atau lelaki tahu mengenai kewujudan kain itu dalam simpanannya. 

Nora berkata, melihat dirinya menjadi tarikan lelaki, ibu bapanya menyuruhnya berkahwin pada 1981 dan mendapat sembilan anak. 

“Walaupun sudah berkahwin, masih ada lelaki yang mahu mendekati, tetapi saya pandai menyembunyikan rahsia itu daripada pengetahuan suami,” katanya yang kini mempunyai 10 cucu. 

Menurutnya, akibat pergolakan rumah tangga berikutan diburu lelaki yang terpaut dengannya, dia bercerai pada 2003 dan dalam menjanda selama lima tahun. 

Berbekalkan kain ular berlaki itu, dia memikat ramai lelaki untuk menjadi kekasihnya dan sepanjang lima tahun menjanda dia mendakwa mempunyai lebih 200 teman lelaki

Bagaimanapun, Nora berkata dia tidak pernah melakukan hubungan seks dengan mereka, sebaliknya sekadar berseronok seperti berbual dan keluar minum bagi menghilangkan kebosanan. 

“Bagi mendapatkan lelaki bagaikan memetik jari dan mereka akan mendekati sama ada meninggalkan nombor telefon atau mempelawa saya keluar bersiar-siar,” katanya. 

Nora yang bekerja sebagai peniaga sambilan produk kecantikan berkata, dia mempercayai kain yang dipuja itu memberi kuasa dalam hidupnya hingga mudah mendapatkan lelaki tanpa perlu berkata-kata. 

Menurutnya, selepas lima tahun menjanda, dia berkahwin kali kedua dengan seorang lelaki berusia 10 tahun lebih muda daripadanya pada 2008. 

“Bagi menguji keberkesanan kain itu, saya pernah meletakkannya di dalam dompet suami tanpa pengetahuannya dan tidak lama selepas itu, suami hilang nafsu seks kepada saya,” katanya. 

Namun katanya, lama-kelamaan kain itu menimbulkan banyak masalah kerana dia masih menjadi tumpuan lelaki sehinggakan untuk sukar menjalankan urusan harian selain bimbang tembelangnya mempunyai ramai kekasih diketahui keluarga dan rakan. 

“Saya sudah tua dan hidup pada usia ini perlu dimanfaatkan sebaik mungkin untuk mencari keredaan Ilahi atas kesilapan lampau,” katanya. 

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Muhammad Ramli Nuh, berkata umat Islam haram mempercayai perkara tahyul dan khurafat

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tepoh berkata, mempercayai unsur yang tidak diajar agama boleh menjejaskan akidah seseorang kerana setiap yang dijadikan Allah adalah sempurna. 

“Orang Islam sepatutnya tidak menjadikan makhluk lain seperti jin dan syaitan sebagai tempat untuk mereka meminta pertolongan bagi tujuan tidak baik. 

“Justeru itu, mereka yang sudah terlanjur mengamal ilmu tidak menepati syariat Islam wajib meninggalkan perbuatan itu dan pulang ke pangkal jalan selain mendalami ilmu agama dengan lebih sempurna,”

sumber : biaqpila

Subhanallah! Badan ikan tongkol tertulis nama-nama Allah di Pahang

PEKAN 4 Jan.- Kebesaran yang Maha Esa. Itulah yang mampu diucapkan oleh seorang Pembantu Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) apabila mendapati ikan tongkol dibelinya di sebuah kedai di Kuala Pahang di sini Isnin lalu tertulis nama-nama Allah dalam tulisan Jawi.
Selain itu turut tertulis di bahagian badan kiri ikan tersebut adalah ‘Muhammadur Rasulullah’.
Menurut Zainon Abdullah, 50, pada mulanya dia tidak menyedari perkataan dalam tulisan Jawi lama pada ikan dibelinya dengan harga RM5.60 itu.
“Ketika anak saya, Zaidi Zainuddin, 17, hendak menyiang ikan tersebut dia mendapati terdapat ayat-ayat ditulis dalam tulisan Jawi.




“Apabila cuba membaca ayat tersebut, saya tidak faham kerana tulisan tersebut seolah-olah menggunakan seni khat Jawi,” katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia di rumahnya di Rancangan Rumah Murah (RRM) Kuala Pahang, semalam.
Katanya, dia cuba menghilangkan ayat tersebut, namun gagal walaupun dikikis menggunakan pisau.
“Saya kemudian meminta seorang anak saudara yang belajar bahasa Arab membacanya dan memberitahu bahawa ayat tersebut adalah nama-nama Allah serta beberapa ayat lain.
“Antara nama Allah yang saya ingat adalah al-Malik selain perkataan ‘Muhammadur Rasullah’. Menurut anak saudara saya ada empat nama Allah tetapi saya tidak berapa ingat,” katanya.
Tambahnya, ikan itu dibeli sewaktu pulang dari kerja dan hanya terdapat seekor ikan jenis itu di kedai tersebut.
Malah katanya, peniaga ikan itu juga tidak menyedari terdapat ayat-ayat di badan ikan tersebut.
Menurutnya, dia berhasrat untuk mengawet ikan tersebut untuk dijadikan kenangan.
“Saya juga tidak berhasrat menjualnya. Bukan mudah untuk jumpa ikan yang mempunyai ayat-ayat seperti ini. Setakat ini tidak ada lagi orang yang datang untuk membeli ikan tersebut dan saya tidak akan menjualnya,” katanya.
- Utusan Online

Cara Batal atau Cancel Auto-payment/Automatic Fee Renewal in Paypal

Anda pernah menggunakan Paypal..dan pernah membeli melalui Paypal, jika ya pasti anda pernah terjadi auto renewal pada sesuatu produk yg anda Langgan jika anda tidak mahu ia berulang Langganan secara automatik anda boleh mencuba langkah-langkah di bawah..


1). Log in Paypal.com, click on Profile.
2). In the Profile page, click on Pay List (Note: not Recurring Payments or Preapproved Payments) option under the Financial Information column.

3). In the resultant Pay List Overview, you get a glimpse of all of preapproved automatic payments under your Paypal accounts and click on the one(s) you intend to disable.
4). In the Billing Details page, click on Cancel beside the Status option

5). When prompted with the Cancel Confirmation dialog box, clickYes

6). Congratulations! You’ve successfully disabled Paypal Auto-payment/Automatic Fees Renewal!