Benarkah..Gambar ini, Anggota TLDM Terbunuh Atau Dibunuh?


Gambar seorang tentera laut terbunuh atau di bunuh tersebar di laman sosial, ini berikutan keluarga mangsa tidak berpuas hati dengan laporan kematian anaknya yang di katakan lemas ketika menjalani latihan.

Berdasarkan fizikal mayat timbul elemen yang meragukan apabila terdapat kesan tumbukan dan tusukan rokok pada badan serta wajah mangsa, pihak keluarganya merasakan kematian anaknya mangsa penderaan. 

Mangsa di khabarkan berasal dari Tenom Sabah  dan berkhidmat dengan tentera laut di negara ini,kesahihan berita ini tidak dapat di pastikan , kes ini telah di siasat oleh pihak berwajib , semoga ada penyelesaian dalam kes ini, Al-fatihah dan Salam Takziah.

Semakan Online Tawaran Pelajar Tingkatan 1 ke Sekolah Berasrama Penuh




Sila Masukkan Angka Giliran UPSR 2013 dan Klik Butang Semakan

Siti Nurhaliza Turun Padang Bantu Mangsa Banjir (15 GAMBAR)


Banjir yang melanda Pahang sejak beberapa minggu lepas merupakan ujian yang sangat besar kepada penduduk negeri tersebut. Banyak kereta, rumah, barangan berharga dan macam-macam lagi yang musnah dalam bencana alam ini. Kami ingin mengucapkan takziah kepada mereka yang mengalami kerugian. Bertabahlah, sesungguhnya ujian Allah itu diberikan kepada mereka yang mampu menerimanya.
siti nurhaliza bantu mangsa banjir
siti nurhaliza bantu mangsa banjir
siti nurhaliza bantu mangsa banjir
siti nurhaliza bantu mangsa banjir
siti nurhaliza bantu mangsa banjir
siti nurhaliza bantu mangsa banjir
siti nurhaliza bantu mangsa banjir
siti nurhaliza bantu mangsa banjir
siti nurhaliza bantu mangsa banjir
siti nurhaliza bantu mangsa banjir
siti nurhaliza bantu mangsa banjir
siti nurhaliza bantu mangsa banjir
siti nurhaliza bantu mangsa banjir
siti nurhaliza bantu mangsa banjir
siti nurhaliza bantu mangsa banjir

Lagi!! Kes Penipuan di PC Fair




Macam-macam cara orang nak cepat kaya. Kisah kali ini ada seorang hamba Allah memaklumkan kes yang menimpa dirinya baru-baru ini. Mangsa membuat pembelian satu Portable Hard Drive 500 GB di PC Fair 2012. Oleh kerana HDD ini menimbulkan syakwa-sangka, mangsa pun membuka HDD tersebut dan apa yang dilihat di dalamnya, lebih mengejutkan lagi kerana dia ditipu oleh penjual tersebut.



Video tribute sebagai penghormatan kepada Paul Walker – oleh pasukan Fast & Furious



Pasukan (krew) francis filem Fast and Furious telah melancarkan sebuah video penghormatan ke atas Paul Walker yang sungguh menyentuh perasaan.

Paul Walker (1973-2013)



Paul Walker yang meninggal dunia minggu lepas akibat terlibat di dalam kemalangan ngeri yang mana kereta yang dinaiki beliau terbakar. Beliau yang dalam perjalanan untuk mengikuti aktiviti amal “Reach Out Worldwide”, mati di tempat kejadian sejurus Porcsche Carrera GT yang dipandu oleh rakan baiknya, Roger Roads (turut terkorban) terbakar akibat impak dari perlanggaran dengan lampu jalan dan pokok.
Pasukan Fast & Furious melancarkan video tersebut bagi memberi penghormatan ke atas Paul Walker yang merupakan pelakon utama di dalam siri filem F&F tersebut.
Sungguhpun produksi pembikinan filem terbaru, Fast and Furious 7 ditangguhkan buat sementara waktu, Universal Studio dalam kenyataannya mengumumkan bahawa francis filem tersebut tidak akan dihentikan. Pastinya, hampir kesemua skrip asal akan ditulis semula.

Surat terbuka Nur Adilla kepada Majlis Keselamatan Negara Malaysia




Keadaan banjir yang berlaku di Pahang dan negeri-negeri di Pantai Timur baru-baru ini begitu mendukacitakan. Melibatkan 40,920 orang mangsa dengan dua mangsa yang terkorban, bencana alam yang disebabkan hujan berterusan tanpa henti ini seperti tidak terurus dengan baik.
Setelah dibawa ke Dewan Rakyat oleh Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh, yang memohon agar Kuantan diisytihar darurat, isu banjir ini mula mendapat perhatian oleh pemimpin tertinggi negara.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang akhirnya turun padang sampai mengakui dan memohon maaf atas kelewatan bantuan bekalan dan kelemahan pengurusan banjir ini.
Di sinilah timbul satu persoalan baru. Malaysia bukan sebuah negara yang tidak biasa dihantar Tuhan dengan bah. Setiap hujung tahun, dari bulan November hingga Mac angin monsun Timur Laut akan bertiup membawa hujan lebat berterusan di kawasan Pantai Timur.




Hal ini berlaku setiap tahun – SETIAP TAHUN – lantas ketidaksiagaan badan kerajaan tertentu sebelum, semasa dan selepas bencana alam ini berlaku amat menghairankan.
Arahan MKN No. 20
Majlis Keselamatan Negara (MKN) merupakan satu-satunya agensi yang secara rasminya merupakan badan kerajaan yang tertubuh untuk pengurusan bencana di Malaysia. Meskipun sejarah menintakan bahawa MKN didirikan pasca-13 Mei dan pembubaran Mageran, peranan MKN semakin mencapah luas sejak itu. Antara lain:
  • Khidmat keurusetiaan kepada jawatankuasa
  • Memantau amalan serta pelaksanaan dasar dan mekanisme pengurusan bencana berjalan lancar
  • Post-mortem bencana diadakan
  • Menggerakkan SMART untuk operasi mencari dan menyelamat
  • Menyelaras pengendalian latihamal pengurusan bencana dan mencari dan menyelamat
  • Mengawasi langkah pencegahan dan kawalan bencana dijalankan
  • Merancang dan menyelaras serta mengawasi strategi kependidikan, latihan dan pencegahan kepada pegawai-pegawai dan anggota-anggota Jabatan Kerajaan, masyarakat dan Badan-badan Bukan Kerajaan dalam menghadapi dan mencegah bencana
  • Memberi nasihat kepada Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana apabila diminta ke arah kelancaran pengendalian serta pengurusan suatu bencana
Definisi ‘bencana’ yang jelas tercatit dalam Arahan MKN No.20 yang turut terpampang di laman sesawang MKN, ialah;
“…sesuatu kejadian yang berlaku secara mengejut, bersifat kompleks dan mengakibatkan kehilangan nyawa, kemusnahan kepada harta benda atau alam sekitar serta menjejaskan aktiviti masyarakat setempat.”
“melibatkan sumber, peralatan, kekerapan dan tenaga manusia yang ekstensif daripada banyak agensi serta penyelarasan yang berkesan…”
Arahan MKN No. 20: Dasar dan Mekanisma Pengurusan dan Bantuan Bencana Negara berdiri atas tiga tujuan utama iaitu;
  • Untuk menggariskan satu Dasar Pengurusan Dan Bantuan Bencana di Darat mengikut tahap bencana dan mewujudkan satu mekanisme pengurusan yang menentukan peranan serta tanggungjawab agensi-agensi yang terlibat semasa bertindak menangani sesuatu bencana yang berlaku.
  • Tindakan menjadi lebih kemas, terselaras dan teratur
  • Mengelakkan pembaziran, kekeliruan, konflik dan percanggahan
Dalam rekod MKN, Arahan No. 20 ini merupakan arahan yang paling kerap diguna pakai kerana bencana alam merupakan perkara yang umum dan selalu berlaku. Arahan ini tergubal sebagai respon padabeberapa kejadian alam lampau seperti kes Highland Towers pada Mei 1994.
Pengurusan banjir dan bencana
Kejelasan garis panduan ini tampak gah dan lengkap sekali. Mencakupi hampir segenap segi, Arahan MKN No. 20 yang baru usai proses semak semulanya beberapa bulan lalu ini seharusnya membuatkan MKN ikut gah dan lengkap modus operandinya. Namun, sebaliknya pula yang berlaku baru-baru ini.
Laporan media menampakkan seakan-akan MKN harus dipaksa dan ditolak oleh beberapa ahli politik, barulah gerak kerja menyelamat, memindah dan pengagihan keperluan kepada mangsa bencana dilakukan dengan kadar cepat seperti yang sewajarnya.
Keabsahan hal ini pula turut disokong dengan laporan keberadaan tempat perpindahan yang begitu mendukacitakan dan tampak sangat daif.
Seakan-akan kita tidak pernah menghadapi bencana seumpama ini dan inilah pertama kali.
Seakan-akan kita atau MKN secara khusus, langsung tidak mempunyai pengalaman lepas dalam hal-hal pengurusan bencana.
Seakan-akan MKN langsung tidak mempunyai garis panduan untuk modus operandi kerna jelas sekali pengurusan bencana ini begitu carca merba.
Adalah dicadangkan bahawa, beberapa minggu sebelumbencana bah ini dijangka berlaku, MKN siap siaga dengan segala persiapan.
Selain mengeluarkan notis awal kepada penduduk di kawasan yang mungkin terbabit, keperluan seperti makanan, minuman dan air bersih, pakaian dan hal-hal yang berkaitan sudah boleh lekas dihantar di pusat pemindahan banjir.
Selain itu, perpindahan mangsa juga wajib dilakukan sesegeranya apabila air sudah naik dan bukanlah hanya setelah bah melimpah ke tahap bahaya.
Bot penyelamat, helikopter, kenderaan pancuan empat roda (jika banjir masih tidak kritikal) atau apa sahaja kenderaan untuk memindahkan mangsa sudah disediakan.
Bantuan RM500
Bantuan RM500 terlalu sedikit jika hendak dinisbahkan dengan kadar inflasi negara yang semakin menggila.
Dengan kehadiran tahun baru yang tidak lama, perbelanjaan akan tambah mencanak apabila keluarga akan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan masuk sekolah serta, tentu sekali, dengan perlu memulihkan semula kondisi material keluarga, amat tidak masuk akal bantuan RM500.
Kami tidak berminat dengan ucapan balas dari politikus seperti, “Sekurang-kurangnya ada juga bantuan daripada tiada”, kerana setelah sekian lama, kadar bantuan ini tetap statik dan tidak berganjak jumlahnya.
Kami juga amat berharap agar kenyataan bodoh seperti, “Bersyukurlah, RM 500 sudah cukup banyak, kerajaan perlu belanja untuk hal lain yang penting untuk negara”, kerana dengan segala rekod pengurusan kewangan yang buruk, boros, tiris dan begitu jelas merugikan, memadam segala pujukan dan retorik ini. Sudah-sudahlah menidakkan hak pada yang benar-benar berhak.
Wang bantuan ini perlu dikaji semula, bahkan perlu diberi mengikut pemboleh ubah yang sewajarnya seperti tahap kerugiaan, jumlah ahli keluarga, taraf pendapatan dan hal-hal lain supaya setiap keluarga dapat pulih dari kerugiaan yang dialami dengan baik.
Jepun sebagai contoh
Jepun ialah sebuah negara yang berada di atas Lingkaran Api Pasifik dan tentulah, Jepun dan bencana alam seperti gempa bumi dan Tsunami memang tidak dapat dipisahkan.
Namun, suatu hal yang dapat kita contohi dari negara ini ialah persediaan mereka sebelum menghadapi benca alam ini begitu teliti dan rapi.
Andai ada yang cuba berhujah, mereka bisa lakukan dan punya persiapan lebih baik ini adalah kerna Jepun ialah sebuah negara yang jauh lebih maju, mohon hujahan itu berhenti sekadar di ruang kerongkong. Usah dituturkan.
Sejak 1960, persedian Jepun dalam menghadapi bencana ini bukan calang-calang.
Menyentuh dalam konteks yang serupa, Jepun telah menjadikan bangunan-bangunan awam- tidak hanya sekolah dan dewan serbaguna – tetapi kuil dan taman awam dijadikan tempat sesuai untuk perpindahan mangsa.
Bahkan, keperluan-keperluan pasca bencana juga dalam keadaan sentiasa bersedia untuk diedarkan di samping turut dijual di kedai-kedai.
Tentulah kita begitu terkejut dengan kenyataan seorang menteri baru-baru ini, apabila diajukan cadangan bahawa mangsa bencana alam ini perlu diberi dengan khemah supaya lebih meyelesakan terutamanya yang bekeluarga, kita dimomokan dengan jawapan yang langsung tidak masuk akal.
Beliau dengan gah menjawab yang adalah lebih baik tikar dan tilam sahaja dibekalkan dan perbandingan antara Jepun-Malaysia ini tidak boleh terpakai kerana iklim yang beda.
Kalaupun sungguh khemah sedia ada di pasaran tidak sesuai, apakah kita tidak boleh mengembleng usaha inovatif pelajar di universiti atau pakar sedia ada untuk menghasilkan khemah atau apa-apa produk yang sesuai untuk digunakan?
Nah, di sinilah pentas sebenar untuk para politikus patut menjuarai isu pemeliharaan hak orang Islam yang majoriti di Malaysia, majoriti juga sebagai mangsa bencana.
Keadaan pusat pemindahan mangsa banjir berterusan dilihat tidak sesuai untuk wanita- Muslim atau bukan Muslim dan keluarga.
Tidur bercampur berhari-hari dan apatah lagi yang punya anak kecil, keadaan sebegitu begitu tidak menyelesakan.
Namun janganlah pula hanya rancak berkokokan, namun nihil pula tindakan. Atau lancar fasih ucap kemaafan, tetapi diulang khilaf silap di masa hadapan.
Kesimpulan
Adalah menyedihkan apabila KPI yang digubal bertujuan untuk meningkatkan produktiviti dan impak kerja, akhirnya menjadi sekadar garis minimum dalam modus operandi yang ditugaskan. KPI tidak wajar sekadar jadi penyebab pada kerja cukup syarat.
MKN perlu lebih proaktif, menggunakan pengajaran lepas sebagai pengajaran. Segala kelemahan tahun ini harus lekas dibaiki sebab hampir terjamin bahawa bencana ini akan berulang dalam lingkung masa hampir serupa setahun lagi.
Jumlah mangsa yang terlibat pula bukan calangan sedikit tetapi mencecah puluhan ribu- tahun ini sampai lebih empat puluh ribu.
Usah dilupa air juga bisa jadi “wahana” penularan pelbagai penyakit, tanpa langkah berhati-hati dan bersifat mencegah, kita bisa menjangka apa bentuk bencana lagi yang akan menghinggapi anak kecil mangsa bah. MKN patut peka dan responsif pada bencana sebulum, semasa dan selepas.
Jawapan beberapa wakil rakyat dalam merespon akan isu bencana baru-baru ini kedengaran begitu sombong dan tidak cocok dengan jubah wakil rakyat yang tersarung.
Kerja wakil rakyat tidak selesai hanya dengan turun padang jenguk muka, tidak usai hanya sekadar dengan melontar simpati di depan lensa kamera: tetapi wakil rakyat harus memahami pergelutan rakyat yang marhaen terutamaya dan mewakili rakyat mendapatkan hak mereka seadanya.
Dengan keadaan masyarakat yang makin bijak menilai dan semakin matang, wakil rakyat yang tidak buat kerja memang menempah “maut” di pilihan raya akan datang! – 9 Disember, 2013.
* Nur Adilla Abd Rahim ialah mahasiswa di University of Washington, kru Universiti Terbuka Anak Muda (UTAM) dan alumnus Felo Perdana di Jabatan Perdana Menteri.

Leina Hangat Tidak Buang Gambar Seksi Di Facebook Untuk Beri Pengajaran




Lama kita tidak dengar cerita tentang penyanyi sensasi suatu ketika dulu iaitu Leina Hangat. Mendengar sahaja namanya, pasti sudah boleh mengambarkan imejnya yang daring. Namun itu semua cerita dulu, Liena Hangat yang sekarang bukan lagi Liena Hangat yang dulu.
Leina Hangat atau nama sebenarnya Norazlina Abdul Rahman, 40 sudahpun berhijrah menjadi wanita muslimah yang lebih baik dimata Allah sejak Ogos lalu. Penghijrahannya bermula selepas beliau menghadiri kursus keagamaan yang membuatkan hatinya terdetik untuk berubah dan menjalankan tanggungjawab kepada agama.
Namun begitu, pastu ramai yang tertanya-tanya kenapa Leina sengaja tidak membuang gambar-gambarnya yang seksi dan tidak menutup aurat di dalam laman sosial Facebook miliknya memandangkan dia kini sudahpun berhijrah.
“Menerusi gambar-gambar semasa zaman jahiliah dan terkini (ketika bertudung), mereka boleh membuat perbandingan dan seterusnya mengambil pengajaran supaya tidak meniru kehidupan lampau saya.
“Jika ada yang bertanya bagaimana saya mendapat hidayah, saya tiada jawapan namun perjalanan untuk menjadi insan yang sempurna masih panjang.
“Saya bersyukur diberi kesempatan oleh Allah untuk mengubah diri dan kehidupan saya selain meninggalkan larangan yang pernah saya lakukan semasa zaman jahiliah dahulu,” jelasnya.
Menurut Leina, meskipun dia kini sudah berudah namun dia tidak mahu dilihat sebagai seorang yang sudah sempurna dari segala segi kerana dia masih orang yang sama tetapi sedang cuba untuk memperbaiki diri kearah yang lebih diredhai Allah SWT.
Leina juga turut mengakui agak sedih apabila mengenangkan kembali kehidupanya sebelum ini namun dia menganggap ia adalah pengajaran terbesar buat dirinya. Malah dia juga tidak mahu lagi menoleh ke belakang dan mahu menggunakan sebaik mungkin hidayah yang diberi olehNya.
“Hadiah yang paling bermakna dalam hidup saya apabila saya diberi hidayah dan kesedaran untuk berubah. Tentang perkara lalu tidak perlu saya kenang lagi. Perubahan tersebut juga membuatkan diri saya lebih tenang dan menghargai nikmat yang Allah berikan.
“Pun begitu, saya masih lagi meneruskan kerjaya nyanyian saya seperti biasa tetapi lebih menjaga batas sebagai seorang wanita bertudung.
Pun begitu kata Leina, walaupun sudah bertudung dia tidak berhasrat untuk meninggalkan bidang nyanyian kerana ia telah sebati dengannya.” jelasnya mengakhiri perbualan.





Sumber

MB Terengganu Tahan 2 Lori Gardenia (Video)



MB Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kemamam bertindak nekad menggunakan kuasa 'veto' mengarahkan dua pemandu lori Gardenia mengagihkan roti yang dibawa mereka kepada rakyat yang sedang kelaparan akibat tersekat banjir.

Pemandu lori tersebut yang turut terkandas ekoran banjir di kawasan Chendor, pada mulanya tidak membenarkan lori mereka dibuka bagi tujuan itu.

Ahmad yang kasihan melihat orang ramai dalam kelaparan termasuk anak-anak kecil kerana tidak dapat meneruskan perjalanan berkeras meminta pemandu lori itu agar mengagihkan roti-roti tersebut. 

Setelah kedua-dua pemandu lori itu enggan berbuat demikian, Ahmad kemudiannya meminta mereka untuk menghubunginya pengurus mereka di Kuala Lumpur supaya beliau boleh membeli kesemua roti itu. 

Setelah kata sepakat dicapai dengan pengurus Gardenia di Kuala Lumpur, Ahmad kemudiannya membuka lori itu untuk mengagih-agihkan roti tersebut. 

Tindakan Ahmad itu dikongsikan mangsa banjir yang turut berada di situ dan mendapat pujian ramai di media sosial. 

 

SERIUS: Bob Lokman dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Taiping



















Bekas artis dan pelakon Bob Lokman dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Taiping 
pagi tadi selepas mengadu sesak nafas. Menurut beberapa laman blog , sebelum 
dimasukkan ke hospital difahamkan Bob menikmati jamuan buah durian di satu 
program di Kuala Kangsar. Ustaz Nazmi Karim dalam laman sosial meminta orang 
ramai mendoakan kesihatan Bob






sumber- terengganu today 

Kejam! Bayi Dibuang Di Tepi Longkang Tanpa Seurat Benang



Kejam! Bayi Dibuang Di Tepi Longkang Tanpa Seurat Benang | Assalamualaikum dan selamat sejahtera Dr Fuh ucapkan kepada semua pembaca yang dikasihi. Tadi Dr Fuh terbaca kisah seorang bayi yang belum pon kenal dunia telah dibuang dengan kejam di tepi longkang  di sebuah kawasan rumah kedai di Ipoh tanpa seurat benang sekalipon.


Bayi yang cukup sifat itu dikhabarkan masih bertali pusat. Bayi itu dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk mendapatkan rawatan. Sama-sama kita doakan agar bayi tersebut selamat dan sihat. Kes ini diklasifikasikan sebagai kes buang bayi. KEJAM!!