SEORANG wanita terkejut tatkala menyedari dirinya menjadi
mangsa rakaman seorang lelaki di tandas pusat membeli-belah, SSTwo Mall,
Petaling Jaya, beberapa hari lalu.
Menerusi salinan laporan polis yang disiarkan di akaun Facebook Malaysian Crime Awareness Campaign, wanita yang dikenali sebagai Tan, 28, itu ternampak sebuah telefon bimbit sedang dipegang di bahagian bawah pintu.
Terkejut, dia terus berdiri, namun lelaki berkenaan segera melarikan diri, memetik maklumat dari The Star.
Sebelum kejadian, Tan melihat seorang lelaki Cina berkepala botak
berjalan ke arah tandas, namun menyangka dia mahu ke tandas lelaki.
Teman lelakinya yang dikenali sebagai Cheah memberitahu, sejurus
selepas kejadian, dia melihat lelaki berkenaan berlari ke arah pintu
kecemasan, namun berkunci.
Suspek kemudiannya melarikan diri menggunakan anak tangga lain.
Rakaman kamera pengawasan yang diletakkan berhampiran tandas tersebut berjaya merakamkan imej lelaki berkenaan.
Diharap kejadian ini akan menjadi peringatan buat para wanita untuk
lebih berhati-hati sewaktu ke tandas bagi mengelakkan kejadian yang sama
berulang.
Oleh: ELZA
MESKIPUN durian dianggap ‘Raja Buah’ di kalangan penduduk
tempatan, tidak semua orang khususnya Mat atau Minah Salleh mampu
memakannya.
Antara alasan mereka ialah baunya yang ‘busuk’ dan rasanya yang pelik
sehingga pernah dijadikan salah satu cabaran untuk rancangan Fear
Factor.
Bagaimanapun, bagi seorang pelajar Sweeden iaitu Gabriel Granback, 23, buah durian kini menjadi salah satu buah yang paling digemarinya sejak mula-mula merasainya dua minggu lalu.
“Saya mula-mula merasainya sewaktu di Thailand. Ia sangat sedap.
Kemudian saya membuat kajian menerusi internet dan mendapati durian
paling sedap datangnya dari Pulau Pinang.
“Rasanya umpama ‘fudge vanila berkrim dengan coklat’. Saya boleh
memakannya untuk sarapan, makan tengah hari dan malam,” ujarnya yang
mampu menghabiskan 10 biji durian sehari.
Atas minat yang begitu mendalam terhadap durian, dia sanggup menghabiskan RM500 di sebuah ladang durian di Balik Pulau, Pulau Pinang sepanjang empat hari di sana. Tabik!
Oleh: ELZA