Carlsberg Halal??? JAKIM Buat Laporan Polis


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menafikan memberi perakuan dan sijil logo halal kepada produk atau syarikat yang mengeluarkan minuman keras.
Pengarah Hab Halal jabatan itu, Hakimah Mohd Yusoff berkata, Jakim telah membuat laporan polis di Balai Polis Putrajaya semalam berhubung perkara itu dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat.
Beliau berkata demikian dalam kenyataan bagi mengulas maklumat dan aduan yang diterima daripada orang ramai berkaitan gambar tin minuman bir berjenama ‘Carlsberg’ tertera logo halal yang disebar melalui media sosial Facebook dan aplikasi Whatsapp.


“Jakim dengan ini menegaskan bahawa jabatan ini tidak pernah memberi dan mengeluarkan perakuan serta sijil atau logo halal kepada produk atau syarikat itu. Bahkan produk lain yang turut dikilangkan di kilang yang sama turut tidak diberikan sijil halal walaupun ia bukan minuman keras,” katanya.
Beliau berkata sebarang penyalahgunaan logo halal oleh mana-mana pihak boleh diambil tindakan di bawah Akta Perihal Dagangan – Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal 2011).
“Jakim menganggap penyebaran gambar minuman tin berkenaan sebagai berniat jahat dan cuba menjatuhkan imej serta kredibiliti Jakim sebagai sebuah badan pensijilan halal Malaysia yang berwibawa dan diiktiraf di dalam dan luar negara,” kata Hakimah.
Beliau berkata penyebaran gambar itu boleh menimbulkan tanggapan negatif kepada Jakim dan boleh menyentuh sensitivi agama.
“Justeru itu, Jakim mengecam tindakan memalsukan logo halal itu, sama ada secara sengaja atau tujuan prokosi kerana perkara ini boleh merosakkan kredibiliti Malaysia sebagai peneraju pensijilian halal dunia dan boleh mencetuskan polemik di kalangan masyarakat,” katanya.
Beliau berharap pengguna tidak terpengaruh dengan berita-berita palsu di laman sosial yang sengaja dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab dan menghentikan penyebaran perkara sedemikian.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi Bernama mengesahkan menerima laporan itu.- Bernama

(Video) Rakaman CCTV 'jin' jilat makanan terdedah tersebar ?

Tak dapat dipastikan apakah objek hitam yang berterbangan dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) ini yang kini menjadi viral di laman Facebook.

Menerusi video berdurasi 40 saat itu dapat dilihat objek itu pergi ke arah meja makan dan kemudiannya menjilat makanan yang terdedah di situ.




Memetik komen yang ada di status itu, memang terdapat kebenaran daripada ulama yang makanan dibiarkan terdedah akan dijilat oleh jin.

Sebab itulah, segala makanan harus disimpan dengan sebaik mungkin dalam bekas tertutup atau pun ditutupi dengan tudung saji.

Ini sekali gus menghindarkan lalat dan serangga daripada menghinggapi makanan dan mengelakkan makanan itu daripada tercemar.


Serius: Kerana kekasih “Awang Hitam” seorang wanita sanggup lawan Imigresen

Kuala Lumpur: Cinta yang mendalam terhadap kekasih ‘Awang Hitam’ membuatkan seorang wanita tempatan sanggup melawan tindakan anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen Selangor daripada menahan teman lelakinya yang berasal dari Sierra Leone dalam satu operasi di tiga lokasi berasingan, malam kelmarin.
Dalam operasi yang diketuai Timbalan Penolong Pengarah Operasi Jabatan Imigresen Selangor Othman Montil bersama dua pegawai kanan dan 31 pegawai itu, seramai 18 lelaki dan 13 wanita warga asing ditahan di tiga lokasi iaitu Seksyen 4 Bangi, Putra Perdana dan Sunway.

Gambar Hiasan Carian Google
Othman berkata, serbuan pertama dilakukan di kawasan perniagaan tepi jalan yang dimonopoli warga Indonesia yang menjalankan perniagaan kedai runcit dan restoran di Seksyen 4 Bangi.
Katanya, kebanyakan kedai itu dimiliki rakyat tempatan bagaimanapun disewakan kepada warga asing untuk menjalankan perniagaan.
“Ketika serbuan di Putra Perdana, sebuah kereta jenis Proton Wira yang dipandu seorang lelaki warga Seirra Leone bersama kekasihnya yang juga wanita tempatan melanggar van dinaiki pegawai imigresen dalam cubaan melarikan diri sebaik diarah berhenti untuk pemeriksaan.
“Bagaimanapun, usaha mereka gagal dan apabila anggota cuba menahan lelaki warga asing terbabit kerana tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan, kekasih lelaki itu melawan dengan cuba menarik teman lelakinya itu daripada digari,” katanya ketika ditemui selepas operasi.
Beliau berkata, selepas diberi penerangan, wanita itu akhirnya akur.
“Ketika serbuan terakhir di sebuah pusat hiburan di Sunway Piramid, lebih 15 wanita dan lelaki warga asing dari Nigeria dan Uganda yang sedang leka berhibur bertempiaran lari selepas menyedari kehadiran pegawai penguat kuasa menjalankan operasi.
“Ada antara mereka yang sanggup menggadai nyawa dengan berlari ke arah jalan utama di hadapan pusat beli-belah itu untuk melarikan diri malah ada yang bergelut dengan pegawai penguat kuasa selepas ditahan,” katanya.
Menurutnya, dalam operasi berkenaan, kebanyakan daripada mereka dikesan melakukan kesalahan tinggal melebihi tempoh, salah guna pas lawatan sosial, dokumen palsu dan malah ada yang tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.
“Seramai 16 daripada mereka adalah warga Indonesia, Nigeria (enam), Uganda (empat), Bangladesh (dua) manakala seorang daripada Sierra Leone dan Vietnam.
“Semua yang ditahan dihantar ke Depoh Tahanan Semenyih untuk siasatan lanjut,” katanya.

Perompak Bank Yang Cantik Tetapi Bodoh Tahap Dewa (7 Gambar)

Perompak Bank Yang Cantik Tetapi Bodoh Tahap Dewa.
Seorang remaja Nebraska yang baru berusia 19 tahun, Hannah Sabata telah ditangkap polis baru-baru ini kerana merompak sebanyak RM18,000 di sebuah bank serta sebuah kereta mewah. Apa yang bodohnya adalah dia kemudiannyan membuat satu video dan muat naik ke Youtube. Video Youtube tersebut bertajuk : "Chica Bank Robber". Dia juga tulis 

“I just stole a car and robbed a bank. Now I'm rich, I can pay off my college financial aid and tomorrow i'm going for a shopping spree. Bite me. I love GREENDAY!”

Walaupun dia ditangkap polis, sekurang-kurangnya dia femes kerana video tersebut ditonton oleh lebih dari sejuta orang. 






Kenapa Sami Buddha Solat Di Surau?

Admin pun tak pasti di mana lokasi surau ini.. tapi kenapa pulak sami sembahyang bersama-sama dengan orang-orang islam kat surau ni.. jika dia dah peluk Islam x elok la berpakaian mcm tu kan.. ini boleh menimbulkan fitnah.. kerana sami berpakaian rasmi agama meraka, elok jika mereka berpakaian seperti makmun-makmun lain.. Wasalam. Wallahu a’lam bish-shawabi.







sumber gambar: whatsapp

Assalamualaikum,
Kepada yang ingin menyumbang utk pelajar tahfiz, aktifviti keagamaan surau dan anak yatim bolehlah bank in ke Maybank 159012875434 SURAU JAMBU BERTIH dan hubungi Pengerusi Surau Ustaz Rosmadi (0134884319). Jazakallah...syukran jazakallah.
details di http://mustaqimmah.wordpress.com

Gempar : Keluarga pembaca berita TV3 cedera diserang dan disamun

KUALA LUMPUR: Suami kepada pembaca berita TV3, Azawate Zenol Abidin cedera selepas diserang dua lelaki yang bertindak menyamunnya di hadapan rumah di Kota Damansara dekat sini.
Difahamkan, mangsa diserang dua lelaki tempatan ketika dia bersama Azawate dan tiga lagi anaknya hendak keluar rumah, kira-kira jam 8.45 malam tadi.
Menurut Azawate, ketika kejadian, suaminya Raqizal Khalis Husni berada di luar rumah bersama dua anak lelakinya yang berusia 2 serta empat tahun manakala dia sedang memangku anak bongsunya yang berusia sembilan bulan di kawasan tempat letak kereta.

Azawate Zenol Abidin
“Ketika itu hujan renyai-renyai dan suami telah menghantar dua anak lelaki saya masuk ke dalam kereta terlebih dahulu sebelum mahu membawa payung untuk mengambil saya dan bayi.
“Dua motosikal yang dinaiki empat lelaki tiba-tiba datang dan dua lelaki turun lalu meluru ke arah suami yang ketika itu mahu datang kepada saya.
“Kejadian itu berlaku di depan mata saya dan saya sempat melihat dua daripada mereka menyerang suami dengan batang besi serta satu buku lima. Dua lagi rakan mereka hanya berada di atas motosikal,” katanya, semalam.
Mengulas lanjut, Azawate yang terkenal dengan program Berita Utama memberitahu, dia tidak dapat melakukan apa-apa selain menjerit meminta tolong dengan sekuat hati.
“Kejadian berlaku sepantas kilat dan saya hanya mampu menjerit kerana begitu terkejut apabila suami diserang dengan tiba-tiba.
“Ikutkan hati memang saya mahu meluru ke arah suami namun adik lelaki yang ketika itu berada di dalam rumah terus mengarahkan saya masuk ke dalam rumah dan dia menelefon polis,” katanya.
Beliau berkata, individu yang menyerang suaminya hanya mahukan wang dan mengarahkan suaminya itu tidak membuat sebarang tindakan jika tidak mahu dicederakan.
“Suami saya hanya bimbangkan keselamatan dua anak lelaki saya di dalam kereta dan dia risau jika penjenayah itu mahu melarikan kenderaan itu memandangkan enjin kereta dihidupkan ketika kejadian.
“Kami bersyukur kerana selepas suami menghulurkan dompet, suspek itu segera melarikan diri dan tambahan lagi jiran-jiran terus keluar rumah apabila mendengar jeritan saya,” katanya.
Azawate menjelaskan, dia telah membuat laporan polis berhubung kejadian di Balai Polis Damansara dan kerugian yang dialami mereka sekeluarga tidak sampai RM100 sahaja.-HM

Klip Video Seks Bersama Isteri Tersebar, Mufti Letak Jawatan

Bishkek: Pegawai Islam tertinggi Kyrgyzstan semalam dilaporkan terpaksa meletak jawatan selepas klip video memaparkan imej seperti dirinya mengadakan hubungan seks terbesar kepada umum.

Berita itu turut mendorong kira-kira 60 orang berkumpul di luar pejabat Mufti Besar Kyrgyzstan, Rakhmatullah Hajji Egemberdiyev bagi mendesaknya memberi penjelasan terhadap dakwaan berkenaan.

Mereka turut melaungkan kemarahan bagi mendesak Egemberdiyev meletak jawatan. Sebelum ini mufti terbabit berkata, dia mengakui lelaki dalam klip video itu adalah dirinya yang sedang berasmara dengan isteri kedua.

Ketika ini Kyrgyzstan mengharamkan amalan poligami walaupun umum percayai golongan kaya dan bangsawan sebenarnya mempunyai lebih daripada seorang isteri. Beberapa percubaan pernah dibuat untuk menghalalkan poligami di negara berkenaan tetapi belum berjaya. Bekas Presiden Kyrgyzstan, Kurmanbek Bakiyev - yang disingkirkan daripada kuasa pada 2010 juga berpoligami. Klip video itu mula tersebar di YouTube pada 1 Januari lalu dan mencetuskan kemarahan ramai.

EGEMBERDIYEV yakin penyebaran klip video seksnya mempunyai motif politik.
Penduduk setempat berkata, Egemberdiyev mesti melepaskan jawatannya kerana “tidak mempunyai nilai moral” lagi untuk menjadi mufti. Klip berkenaan sudah dipadamkan dari YouTube. Egemberdiyev berkata, penyebaran klip video itu mungkin mempunyai motif politik dan didalangi pegawai kanan suruhanjaya agama di Kyrgyztan, Abdulatif Zhumabayev.

“Abdulatif berniat menggantikan saya dengan tokoh lain yang sehaluan dengannya serta menguasai agensi pengurusan haji yang membuat pungutan tinggi setiap tahun,” katanya.

Sementara itu sumber berkata Egemberdiyev turut disiasat kerana disyaki cuba mengelak cukai serta mengambil rasuah ketika menguruskan sistem kuota haji. Egemberdiyev menjadi mufti Kyrgyztan pada 2012 dan tokoh keenam disingkirkan dari jawatan berkenaan dalam tempoh empat tahun. Jawatan itu diisi melalui pilihan raya.

Sementara menunggu pemilihan baru pada 8 Februari ini jawatan berkenaan dipangku timbalan Egemberdiyev, Maksat Toktomushev. - Agensi

BERITA PALSU : kenaikan Harga Minyak RON95 tengah malam ini


Lagi berita palsu tersebar ketika ini menyatakan harga minyak Petrol RON95 naik 20 sen tengah malam ini. Gambar itu meragukan apabila sumber tidak dinyatakan. Namun hasil semakan TengokTVonline mendapati Printscreen yang disebarkan di dalam email ternyata PALSU.


Berita Palsu tersebar

Rupa-rupanya, berita dalam printscreen tersebut diambil daripada berita kenaikan harga minyak pada 2 September tahun lepas seperti gambar dibawah.

Gambar berita  pada 2 September 2013
Diharap pengamal media sosial berhenti menyebarkan gambar tersebut kerana ia boleh membawa kepada fitnah. Setakat ini, telah ramai yang mempercayai gambar itu secara bulat-bulat dan melemparkan kata makian tanpa sebab.

Laporan Asal

Gambar : Gadis Ular mengemparkan penduduk Thailand


BANGKOK: Gadis berusia 8 tahun, Mai Li Fay, dari Bangkok, adalah jauh dari kehidupan yang biasa seorang gadis sebayanya. Setiap hari, beribu-ribu orang datang berkunjung dan berkumpul di depan rumah keluarganya untuk mengambil peluang melihat dan menyentuh gadis itu, yang dianggap oleh penganut buddha dan hindu sebagai boleh memberikan nasib baik.

Gadis Ular
Admin rasa gambar ini di edit.. ada ke manusia macm ni?
Menurut pakar perubatan terkemuka Thailand, Dr Ping Lao, gadis muda itu mengalami sindrom yang jarang berlaku dikenali sebagai Malianorcis Serpentosis atau penyakit Jing Jing, yang menjadikan badan lebih rendah, berbentuk reptilia yang berbeza dari manusia biasa.
Hanya segelintir kes-kes seumpamanya telah direkodkan sepanjang sejarah, jadi pengetahuan saintifik terkumpul berkaitan kes seumpama itu agak terhad dan tidak ada penyelesaian perubatan sehingga waktu ini.
Keluarga menerima keadaan Mai Li dengan perasaan bercampur, kesedihan dan kegembiraan, Sedih dengan keadaan Mai Li, tapi gembira kerana sebagai keluarga miskin, kehadiran tetamu yang tidak berkesudahan (pelancong dan tetamu agama) telah menjadikan keluarga miskin ini beroleh pendapatan yang besar dan meningkatkan taraf hidup mereka.
#Benarkah cerita ini?? Cer komen apa pendapat korang..

Laporan Asal worldnewsdailyreport

Video Cik Akak Cantik Paling Hebat






Tipu lah jika anda tidak tengok video ni sampai habis. Memang hebat 
sangat cik akak ni. Jom tengok. Dah tengok sila share ok..



SERAM : Imej Lembaga Putih Dengan Lidah Terjelir Dirakam

Imej lembaga putih dengan lidah terjelir dan bertanduk dipercayai hantu berjaya dirakam secara tidak sengaja oleh seorang pelanggan dengan menggunakan telefon pintar di sebuah gerai makan di pekan Bagan Tiang, di sini tiga minggu lalu.

Pekerja kontrak, Musa Ibrahim, 40, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam, dia bersama tiga rakannya sedang melepak dan bersembang di dalam ruangan khas gerai itu.




Menurutnya, seorang rakan bernama Rizan Shahrin Abdul Rahman, 35, bertindak merakam gambar kepala salah seorang rakan dengan menggunakan telefon pintar dimilikinya secara suka-suka dengan niat bergurau senda.

“Setelah itu, kami terus meneliti kembali beberapa keping gambar yang dirakam.

“Bagaimanapun, kami terkejut melihat kelibat kepala lembaga putih dengan lidah terjelir dan bertanduk muncul di penjuru kanan salah satu gambar diambil walaupun pemilik telefon pintar ini benar-benar yakin tidak melihat apa-apa sebelum rakaman gambar dibuat,” katanya sewaktu ditemui Sinar Harian di Pekan Bagan Tiang di sini semalam.

Musa berkata, gempar dengan penemuan itu, mereka bertindak menemui salah seorang individu yang arif dalam bidang paranormal untuk mengesahkan imej lembaga berkenaan.

“Setelah meneliti gambar terbabit, individu itu mengesahkan imej hantu yang berkemungkinan ‘melintasi’ lokasi kejadian pada ketika itu.

"Kami memutuskan mendedahkan perkara ini melalui media setelah mendapat maklumat terdapat siri gangguan makhluk halus dialami penduduk sejak kebelakangan ini dan menggesa ada pihak sudi tampil ke hadapan menyelesaikan perkara ini,” katanya.

#Aku ingat metroll dan kosmoll je update benda karut, rupanya sinar harian pun join sekaki. Phailed!
Sumber : SinarHarian

(Gambar) Bukti Firaun Yang Ditenggelamkan??

Kebenaran Al-Quran!
Fir'aun Yang Ditenggelamkan...

Gambar - Sebuah Bandar Didalam Air Ditemui Selepas 1500 Tahun

Ianya ditemui apabila sekumpulan arkeologi yang diketuai oleh seorang ahli arkeologi marin Perancis Franck Goddio terjumpa beberapa peninggalan, ia membawa mereka kepada salah satu penemuan terbesar dalam abad ke-21, iaitu bandar dalam air ini.

Penemuan itu berlaku apabila Goddio berusaha mencari kapal perang Napoleon dari 1798 Battle of the Nile, apabila dia telah dikalahkan oleh Nelson pada ketika itu, dan ianya telah membawa kepada penemuan ini. Pasukan Goddio telah disertai oleh Pusat Oxford bagi Maritim Arkeologi dan Jabatan Antikuiti Mesir telah menghasilkan pelbagai penemuan ini.






Diantara penemuannya adalah seperti patung dewa Hapi, patung granit merah ratu Ptolemy,dulang emas, Patung gangsa daripada dinasti ke-26 Firaun, Satu Lampu Purba dan berbagai penemuan lagi.

Firman Allah...
“(Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun
dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang yang sebelumnya. Mereka mendustakan ayat-ayat Tuhannya maka Kami membinasakan mereka disebabkan dosa-dosanya dan Kami tenggelamkan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya; dan kesemuanya adalah orang-orang yang zalim.” (QS. Al Anfaal, 8: 54).









Info : Panggung Wayang Filem Lucah "Shama" di Pakistan? (Gambar)

Berpuluh-puluh lelaki akan memenuhi sebuah panggung di Pakistan untuk menonton filem lucah yang disajikan sebanyak tiga kali sehari. Dikenali sebagai Shama, ramai tidak menyangka sebuah panggung wayang porno wujud di bandar ini, barat laut Pakistan. Ia berikutan lokasi tersebut sebagai kubu kuat Taliban dan militan Al-Qaeda lain yang memperjuangkan pemerintahan Islam.


Namun, selama lebih 30 tahun, pawagam Shama terus beroperasi dengan menyajikan filem-filem lucah untuk keseronokan tontonan mereka. Bimbang dikenali, pelanggan Shama akan menutup muka ketika mengunjungi panggung wayang itu yang tersepit di antara sebuah pasar kambing dan stesen bas. Terdapat tiga tayangan filem porno yang dipaparkan di sebuah bilik gelap pawagam berkenaan manakala layar perak dewan utama pula dikhaskan untuk filem 'biasa'.

Pelanggan filem "klasifikasi X" itu perlu membayar wang 200 rupee (RM6.15) dan hanya dibenarkan masuk selepas mereka diperiksa seorang pengawal bersenjatakan raifal AK-47. Kebanyakan penonton datang secara bersendirian dan mahu kekal demikian. Mereka akan memilih kerusi sesuai untuk mengelak daripada duduk bersebelahan penonton lain.































































Formula tayangan filem lucah menjadikan Shama antara panggung wayang paling berjaya di Peshawar ketika banyak pawagam lain terpaksa gulung tikar. Proses Islamisasi di Pakistan sekitar tahun 1980-an mendorong orang ramai meminggir layar perak kerana dianggap boleh merosakkan akhlak orang Islam.

Situasi itu yang ditambah dengan kebanjiran video, cakera video digital (DVD) dan internet, banyak menyumbang kepada penutupan panggung wayang di sini dengan kini hanya terdapat tujuh pawagam berbanding 15 premis itu, 20 tahun lalu. Tiga daripadanya menayangkan filem lucah. Panggung Shama yang paling popular antara ketiga-tiga layar perak itu biasanya penuh dengan penonton walaupun tiket dijual tiga kali ganda melebihi harga tiket filem biasa.


Kunci kejayaan Sharma adalah tayangan filem lucah buatan tempatan yang sukar ditemui di sini atau di internet yang sarat dengan filem porno Barat

Dr Mashitah jawab hukum salam cium tangan dengan Pak Lah ?

SEBELUM ini kecoh di internet dan facebook serta twitter tentang penyebaran gambar, Ustazah Umno, Dr Mashitah Ibrahim sedang bersalam dan mencium tangan Tun Abdullah Badawi bekas Perdana Menteri Malaysia sambil diperhatikan oleh Menteri Agama, Jamil Khir.

Hari ini tersebar pula satu gambar yang dipetik dari salah sebuah artikel di Sinar Harian tentang soal jawab berhubung perkara itu yang ditulis oleh Dr Mashitah Ibrahim.
Dalam artikel di ruangan soal jawab “Anda musykil Dr Mashitah jawab” itu, beliau membincangkan tentang hukum bersalaman dan mencium tangan di antara lelaki dan wanita bukan mahram.
Antara isi penting yang dinyatakan ialah, Ulama berbeza pendapat tentang hal ini. Namun jika berjabat tangan disertai dengan perasaan ghairah dan boleh mendatangkan fitnah maka hukumnya adalah haram, tulis beliau.

Jadi apakah hukum beliau bersalam dan mencium tangan Pak Lah, lelaki yang bukan mahramnya? Adakah haram, harus, sunat, ataupun wajib?
ReJaM© “Lu fikirlah sendiri…. “

Laporan Asal suarainsan