Inilah Gambar Sultan Brunei Yang Berjiwa Rakyat Dan Mampu Mengharukan Rakyat Jelata Di Bawah Pimpinannya !!! Best Ada Sultan Fahami ?

Bukan niat untuk memperkecilkan pemimpin di negara sendiri tapi inilah realiti sebenar.

Sultan Brunei walau kita tahu mempunyai jet mewah sendiri, dan merupakan antara Sultan yang terkaya di dunia tetapi hanya menaiki bot cabuk je untuk melawat mangsa banjir. Tiada payung yang memayunginya.

Lain pula halnya dengar pemimpin kita yang melawat mangsa banjir pakai kapal terbang macam manalah nak merasai keperitan rakyat dalam menghadapi suasana banjir.

Orang selalu berkata kalau kita nak lihat ciri pemimpin yang baik kita kenalah lihat pada perwatakan luarannya dahulu kerana ia mencerminkan peribadi diri seseorang itu.

MORAL GADIS MELAYU YANG SEMAKIN LAYU DIBAWA ARUS KEMAJUAN.. DI MANAKAH SILAPNYA ?

Nak cerita terasa malu sangat, tak cerita rasanya dah tanggung jawap, apa boleh buat kenalah cerita. Sayang anak gadis sekarang sudah tak ada langsung moral keMELAYUAN dan keagaman yang dikaitkan dengan ISLAM.

Keruntuhan Moral Gadis Melayu Semakin Ramai Yang Terkulai Layu

Mengapa ini terjadi? Apakah berpunca ikut-ikutan budaya barat atau kerana tiada didikan displin, kesopanan, agama dan budaya oleh keluarga? Siapa perlu disalahkan? Apakah wajar kita salahakan kepimpinan kita kerana membenarkan budaya barat bermaha raja lela di tv, media massa dan internet?.

Semua ini kita tidak boleh elakkan jika kita mahu pembangunan. Perubahan era globalisasi, dunia iT sebenarnya untuk kemudahan kita dalam mempercepatkan segala proses kemajuan.

Misteri Hajar Aswad yang menggegerkan NASA Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah adalah pusat dari planet Bumi. Fakta ini telah di diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah. Ketika Neil Amstrong untuk pertama kalinya melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil..

Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah adalah pusat dari planet Bumi. Fakta ini telah di diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah. Ketika Neil Amstrong untuk pertama kalinya melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata,Planet Bumi ternyata menggantung di area yang sangat gelap, siapa yang menggantungnya,Para astronot telah menemukan bahwa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi, secara resmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayang nya 21 hari kemudian website tersebut raib yang sepertinya ada alasan tersembunyi dibalik penghapusan website tersebut.


Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari KaBah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite ( tidak berujung ), hal ini terbuktikan ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjut terus. Para peneliti Muslim mempercayai bahwa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara KaBah di planet Bumi dengan Kabah di alam akhirat.

Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, ada suatu area yang bernama Zero Magnetism Area, artinya adalah apabila kita mengeluarkan kompas di area tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali karena daya tarik yang sama besarnya antara kedua kutub.

Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka ia akan hidup lebih lama, lebih sehat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan gravitasi. Oleh sebab itu lah ketika kita mengelilingi KaĆ¢??Bah, maka seakan-akan diri kita di-charged ulang oleh suatu energi misterius dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.

Penelitian lainnya mengungkapkan bahwa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga bisa mengambang di air. Di sebuah musium di negara Inggris, ada tiga buah potongan batu tersebut ( dari KaBah ) dan pihak musium juga mengatakan bahwa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem tata surya kita.

Menjijikkan Dan Tak Tahu Malu : Seorang Lelaki Selamba Tidur Bogel DalamTren, Apa Dah ?

nakedman1
Pengangkutan awam disediakan kerajaan untuk memberikan kemudahan dan keselesaan kepada penduduknya.
Namun, jangan jadi seperti lelaki dari negara China di bawah ini yang terlebih ‘selesa’ sehingga menjadikan tren yang dinaikinya seakan-seakan dirinya berada di rumah sendiri.
Takkan pun dia mungkin mabuk teruk sehingga tak sedar seluar yang dipakainya ‘terbang’ secara tiba-tiba.
Sampaikan ada pengguna lain terpaksa menundukkan muka sepanjang perjalanan disebabkan malu melihat insiden menjijikkan itu di depan mata mereka.
Hai, macam-macam hal..
nakedman

VIDEO: Sangkut Di Kerusi Gara-Gara Nak Buat Lawak

VIDEO: Sangkut Di Kerusi Gara-gara Berlawak
Niat seorang lelaki untuk buat lawak berakhir dengan mendapat malu besar apabila tersangkut di kerusi bayi hingga terpaksa dibantu oleh bomba.
Lelaki berusia 19 tahun yang dirahsiakan namanya itu cuba duduk di atas kerusi bayi ketika mengunjungi bar The Stannary Court, Plymouth, England malam minggu lalu.
Dia kemudiannya tersangkut tidak dapat keluar sebelum terjatuh ke lantai bersama kerusi kecil tersebut.
Akibatnya, anggota bomba terpaksa datang jam 9.15 malam untuk mengeluarkan dirinya menggunakan gergaji.
Sementara menunggu bomba tiba, pengunjung lain mengambil kesempatan mengambil gambar dan merakam video lelaki tersebut sambil ketawa besar.
Pengawal bar kemudiannya mengalihkan lelaki tersebut ke depan pintu utama untuk memudahkan bomba melakukan kerja mereka.
Lelaki yang tersangkut di kerusi bayi dilihat turut tertawa pada mulanya tetapi tidak lama apabila sementara menunggu bomba yang tiba agak lewat, pengurus bar terlebih dahulu datang menemuinya dalam keadaan marah dan memaklumkan bahawa dia mesti membayar kerosakan kerusi yang telah dilakukannya. – REM RAMZI
Sumber: Dailymail

Kecil-Kecil Dah Pandai Bertatu!!! Budak Zaman Sekarang Inginkan Ikutkan Peredaran Yang Kurang Bagus, Apa Dah Terjadi ?

Tak Padan Kecil, Dah Pandai Nak Bertatu Bagai?
Astaghfirullah… apa nak jadi budak-budak ini?
Usia masih kecil tapi sudah pandai ‘mencacah’ tatu di lengan. Nak kata tak diajar agama tu songkok di kepala apa cerita?
Mungkin tatu ini sekadar lukisan menggunakan pen tapi boleh dilihat di sini, bagaimana kanak-kanak begitu mudah terpengaruh dengan anasir liar yang menyalahi budaya dan agama.
Apa pun, bila dah kantoi begini di sekolah, satu cabaran pula pada guru untuk bertindak.
Kalau zaman dahulu dah tentulah budak-budak ini diberikan nasihat selepas diberi ajaran menggunakan rotan atau pembaris panjang. Kesannya, nasihat yang disertai rasa sakit akan berpadu di kepala dan membuatkan mereka tak lupa sampai bila-bila.
Tapi zaman sekarang?
Nak dipukul nanti disaman ibu bapa pula. Terpaksalah beri nasihat dengan lemah lembut walaupun hati membara.
Lihat sajalah wajah salah seorang adik ini, masih mampu tersenyum simpul sedangkan kalau kita dahulu, mesti dah rasa nak terkencing bila berdepan dengan guru disiplin.
- REM RAMZI

Berhati-Hati Bila Membeli Terlur! Telur Tiruan Dijual Dibuat Daripada Tumbuhan, Menipu

egg


SAN FRACISCO – Sejenis telur tiruan diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan bakal menembusi pasaran global selepas firma Amerika Syarikat (AS) yang dibiayai lelaki terkaya di Asia mendedahkan perkara itu.
Ia bakal menggantikan telur dalam semua termasuk pembuatan kek hingga mayonis tanpa memerlukan seekor ayam untuk menghasilkan pengeluarannya.
Produk keluaran Hampton Creek itu sudah dijual di Whole Foods di California dan kini firma yang dibiayai oleh lelaki terkaya Asia, Li Ka-shing serta pengasas bersama Yahoo, Jerry Yang, merancang untuk menembusi pasaran dunia.
Perjanjian dengan 500 syarikat
Malah syarikat terbabit dikatakan sudah menandatangani perjanjian kerjasama dengan 500 syarikat termasuk pengeluar dan peruncit makanan terbesar dunia.
“Teknologi membolehkan semua untuk mendapat lebih banyak pilihan untuk masa depan bersama yang lebih baik,” katanya.
“Untuk memenuhi semua permintaan penduduk dunia yang semakin bertambah, kita perlu lebih efisyen, lebih mesra alam sekitar dan lebih berkualiti serta banyak pilihan.
Ketua pegawai eksekutif, Hampton Creek dan pengasas, Josh Tetrick berkata, kita hidup ketika pilihan tidak sihat adalah murah dan mudah, manakala pilihan sihat adalah mahal dan sukar.

“Sasaran kami sentiasa untuk membina sebuah syarikat yang menghasilkan makanan sihat dan mudah didapati kepada sesiapa saja.
“Menyelesaikan masalah itu bermakna menyelesaikan masalah kebanyakan orang ramai bukan hanya mereka yang mampu untuk membayar AS$5.99 bagi telur organik,” katanya.
Idea Tetrick adalah untuk mencari campuran tumbuh-tumbuhan yang senang tumbuh, apabila dicampur bersama dengan betul, meniru rasa, nilai khasiat dan kegunaan memasak bagi sebiji telur. – AGENSI

"Demi Menyara Kehidupan" Gadis 15 Tahun Terpaksa Menganti Ibu Menari Tarian Lucah Di ?

Gadis 15 Tahun Ganti Ibu Menari Tarian Lucah


SERDANG – Seorang ibu tergamak membiarkan anak perempuannya berusia 15 tahun menggantikan dirinya untuk menghibur pelanggan dengan menyanyi dan menari tarian lucah di Medan Selera Serdang, Taman Perindustrian Bukit Serdang, malam kelmarin.
Gadis tersebut mendakwa dia terpaksa berbuat demikian bagi menggantikan ibunya yang tidak sihat dan tidak mampu memberi persembahan kepada pelanggan yang berkunjung ke medan selera tersebut.
Difahamkan, remaja perempuan itu tidak bersekolah sejak setahun lalu dan masa terluang diisi dengan bekerja bersama ibunya.
Dalam Ops Noda dilaksanakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, remaja perempuan dan ibunya berusia 53 tahun antara 15 yang dicekup leka membuat persembahan mengghairahkan di atas pentas dengan berpakaian menjolok mata.
Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik IPD Serdang, Deputi Superintendan Ramsay Embol berkata, hasil maklumat awam, beliau bersama 23 anggota menyerbu medan selera yang turut menempatkan sebuah pentas di bahagian tengah premis kira-kira jam 11 malam.
Tujuh wanita warga tempatan, tujuh warga China dan seorang warga Thailand masing-masing berusia antara 15 hingga 55 tahun didapati leka membuat tarian dengan lentok tubuh badan yang menggiurkan kepada pengunjung.
“Penari akan dikalung bunga oleh pelanggan yang berpuas hati dengan persembahan mereka selain menerima tips antara RM10 dan RM100 daripada pengunjung,” katanya.
Kesemua yang ditahan termasuk dua penjaga warga tempatan dibawa ke Balai Polis Seri Kembangan untuk tindakan lanjut.
Pengusaha didapati tidak mempunyai permit untuk menjalankan aktiviti hiburan selain menggaji pekerja tanpa permit.
Manakala warga asing pula didapati menyalahgunakan pas pelawat, pas pelajar dan pasport tamat tempoh serta tinggal lebih masa. – Sinar Harian

PANAS!!! Status JandaNya Jadi Bahan Lawak..

Nora Danish Kesal Status Janda Dijadikan Bahan Lawak


Petaling Jaya: Tindakan segelintir individu nakal mempermainkan beberapa selebriti cantik berstatus janda dengan mereka-reka dialog lucu sebelum menyebarkan gambar dan dialog itu dalam laman sosial sejak Isnin lalu, mengecewakan aktres jelita, Nora Danish, 31, yang turut menjadi mangsa.
Selain Nora, artis lain yang turut menjadi bahan usikan ialah Erra Fazira, Rita Rudaini dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.
Fullscreen capture 2232014 113524 AM
Usikan itu bermula apabila Erra Fazira disahkan bercerai talak satu dengan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam, Isnin lalu.
Nora berkata, individu nakal berkenaan tidak sepatutnya memperlekehkan wanita berstatus janda, seolah-olah membawa konotasi negatif dengan anggapan golongan ini mudah didekati.
“Jangan sebab wanita itu janda, masyarakat terus label seseorang itu dengan perkara kurang elok. Kami tidak pernah minta untuk diceraikan. Membawa status janda itu sebenarnya sangat berat.
“Saya rasa, untuk wanita yang diceraikan tetapi mempunyai anak, lebih elok dipanggil sebagai ibu tunggal,” katanya ketika ditemui di Wisma Metrowealth, di sini, kelmarin. – HARIAN METRO

PaNas!!! ‘Along Kemasek’ Ditembak Mati Ketika Hayun Parang Panjang Ke Arah Polis

'Along Kemasek' Ditembak Mati Ketika Serang Polis


Seorang lelaki ditembak mati ketika menyerang anggota polis di Jalan Airport Kerteh, Kemaman, Terengganu petang semalam.
Dalam kejadian jam 5.50 petang itu, suspek yang dikenali sebagai Along Kemasek cuba diberkas empat anggota polis selepas menerima maklumat bahawa suspek terlibat dengan kes samun kedai serbanika dan stesen minyak sekitar kawasan Kerteh.
Bagaimanapun semasa hendak membuat tangkapan, suspek telah menyerang salah seorang anggota polis menggunakan parang sepanjang 3 kaki.
Ketika hendak menghayun parang ke arah anggota polis yang terjatuh, anggota lain terpaksa melepaskan tembakan. Salah satunya mengenai perut suspek yang turut membawa bersamanya sebilah pisau lain di pinggang.
Berdasarkan rekod, suspek mempunyai lapan rekod jenayah lampau. – REM RAMZI

SEGERA!!! Menapa Engku Emran Dan Erra Berpisah..

KEMELUT rumah tangga penyanyi dan pelakon popular, Erra Fazira akhirnya terjawab apabila dia disahkan bercerai talak satu dengan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, sebentar tadi.
Menurut sumber Berita Harian, Hakim Syarie, Mohammad Adib Hussain mengesahkan lafaz dibuat Engku Emran itu selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk berpisah secara baik.
Erra dan Engku Emran berkahwin pada 25 Oktober 2007 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya, 5.
Pasangan berkenaan bersetuju untuk menyerahkan hak penjagaan Engku Aleesya kepada Engku Emran.
Image_11

Trafik Miami Sesak Disebabkan Bayi Tak Bernafas Di ?

2202BayiCPR01
DI sebuah lebuh raya di Miami, kecoh apabila seorang wanita cuba untuk menyelamatkan seorang bayi iaitu anak saudaranya yang menjadi biru akibat tidak bernafas.
Wanita itu keluar dari keretanya kira-kira pukul 2.30 petang waktu tempatan di tengah-tengah laluan sibuk Dolphin Expressway, merayu bantuan daripada kenderaan yang lalu lalang menjerit memberitahu bayi itu sudah tidak lagi bernafas.
Ibu saudara kepada bayi itu yang bernama Sebastian de la Cruz, Pamela Rauseo, 37 tahun, berkata beliau memang dipercayai oleh ibu bayi iaitu adiknya untuk menyelamatkannya pada ketika itu.

Inilah Video Yang Popularkan Pelakon Cilik Mia Sara ' Sangat Cute"




mia1

Siapa yang tidak mengenali pelakon cilik yang popular ini kan..
mia
Antara drama pertama yang berjaya mengetengahkan bakatnya dalam bidang lakonan ialah drama bersiri Adam Maya yang turut dibintangi Lisa Surihani dan Sein Hussein.
Tapi tahukah anda bagaimana mula-mula bakat si cilik Mia Sara Nasuha, 8, mula dicungkil dalam bidang ini?
Ini semua gara-gara video kecomelan Mia yang dikongsikan bapanya di laman video Youtube yang menarik perhatian orang di luar sana sehingga dia disunting menjadi pelakon.
mia2
Dan, dengan usaha kerasnya dalam bidang seni seawal usia tiga tahun, kini nama Mia boleh dianggap sebagai pelopor pelakon kanak-kanak masa kini di samping beberapa lagi artis cilik lain seperti Rykarl Iskandar dan Puteri Balkish Azizi.

9 Kes Pembunuhan Kejam Di Malaysia Yang Pernah Berlaku.. Patut Kita Ketahui .

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, berikut disenaraikan 9 kes pembunuhan kejam yang berlaku di Malaysia.. Ada di antara pembunuhnya sudah ditangkap, sudah menerima hukuman dan ada yang masih bebas..

1. PEMBUNUHAN DATUK MAZLAN IDRIS – 23 Julai 1993
Penjenayah yang terkenal dengan senyuman yang ‘mengerikan’ telah membunuh dengan kejam ahli Dewan Undangan Negeri Batu Talam, Datuk Mazlan Idris dengan mengerat Datuk Mazlan sebanyak 18 kerat. Mona bersama suaminya Nor Affandi Abdul Rahman dan pembantunya Juraimi Hassan telah disabitkan bersalah atas pembunuhan yang dilakukan.

Allahyarham Datuk Mazlan Idris (Baju Biru)
Mona terkenal sebagai bomoh kepada beberapa ahli politik tanahair telah menawarkan Datuk Mazlan tongkat dan azimat yang menurutnya milik bekas Presiden Indonesia, Sukarno dengan harga 2.5juta ringgit. Datuk Mazlan yang menganggap Mona sebagai bomoh peribadinya bersetuju namun beliau membayar terlebih dahulu wang pendahuluan sebanyak RM500,000.
Episod ngeri bermula apabila Datuk Mazlan disuruh berbaring dan mengadap ke siling. Mona dan Affendi menyakinkan Datuk Mazlan bahawa ‘duit akan turun daripada langit’. Namun, ia hanya helah Mona dan Affendi. Juraimi yang telah menerima arahan daripada Mona dan Affendi telah menetak leher Datuk Mazlan. Selepas itu, Juraimi secara berseorangan mengerat 18 anggota badan Datuk Mazlan.!
Mona dan Juraimi akhirnya tertangkap apabila dilihat membeli-belah secara rakus hasil wang daripada Datuk Mazlan yang telah dibunuhnya. Tersebarnya kisah pembunuhan Datuk Mazlan yang dikerat 18 telah menggerunkan seluruh rakyat Malaysia tambah-tambah dengan dakwaan bahawa Mona adalah seorang bomoh.
Mona, Affendi dan Juraimi akhirnya telah dihukum gantung sampai mati pada 2hb November 2001 bersamaan hari Jumaat. Mayat Mona dikebumikan di kampung halamannya di Pahang. Paling diingati adalah Mona sempat tersenyum sambil berteriak ‘aku takkan mati’ sebelum beliau dihukum gantung. Ya, beliau sehingga hari ini ‘tidak pernah mati’ dalam kamus jenayah di Malaysia. Jenayah yang beliau lakukan bagaikan penanda aras jenayah kejam di Malaysia.

2. PEMBUNUHAN NORITTA SAMSUDDIN -25 Disember 2003
Kes pembunuhan Eksekutif Akaun sebuah syarikat dan model sambilan sehingga ke hari ini masih lagi diselubungi misteri. Pembunuh sebenar Noritta Samsuddin masih belum terjawab. Miskipun Jurutera awan di sebuah badan kerajaan, Hanif Basree Abdul Rahman, 36, yang dituduh membunuh Noritta, 22, di Unit D-7-1, Kondominium Puncak Prima Galleria di Jalan 17, Sri Hartamas, antara 1.30 pagi dan 4 pagi pada 25 Disember 2003. ditahan dan dibicara, ternyata bukan Hanif yang membunuhnya. Hanif diistisyharkan mahkamah sebagai tidak bersalah dan terlepas hukuman gantung sampai mati akibat kekurangan bukti.
Mayat Noritta ditemui dalam keadaan menyayatkan hati di mana mayatnya dalam keadaaan bogel diikatkan tangannya di belakang dengan wayar dijerutkan ke leher dan mulut disumbat kain. Kaki Noritta juga diikat. Dipercayai, Noritta telah dirogol terlebih dahulu sebelum dibunuh.

Gambar Tubuh Syarifah Sakinah semakin Membuat Peminat 'mengiurkan' !!!


wow.. Syarifah Sakinah kini bukan lagi gadis gila-gila yang pernah peminatnya kutuk dan hentam.

sebab apa...

Semuanya gara-gara video tak senonoh yang pernah dimuat naik di Keek dan Youtube.

Syarifah Sakinah kini tampil dengan lebih sek$i dan lebih 'menyihatkan' apabila beliau memuatnaik tubuhnya yang semakin fit dan mantap ke akaun Instagramnya.

Setiap aktiviti kesihatan dan senaman yang dilakukan termasuklah aktiviti pemakanan dimuatnaik ke laman sosial. Semakin kurang peminat yang menghentam, tetapi lebih ramai yang memuji tubuh yang sedang beliau 'bina' sekarang.

Jom tengok aktiviti beliau di bawah.. layan..

Kisah Remaja Mati Direjam Kerana FB Rupanya PALSU, Laporan Telah...

Kisah Remaja Mati Direjam Kerana FB Rupanya PALSU, CNN Tarik Laporan

WASHINGTON – Kisah seorang remaja di Damsyik direjam hingga mati gara-gara mempunyai akaun Facebook yang disiarkan oleh agensi berita iCNN, mencetuskan spekulasi di kebanyakan laman web berita, semalam.
Kelmarin, agensi itu memaparkan berita kumpulan militan Iraq dan Syria (ISIS) merejam Fatoum Al- Jaseem di utara Syria hingga mati selepas Mahkamah Syariah Al-Raqqa mendapati gadis itu melakukan jenayah sama seperti berzina.
Menurut sebuah blog, ia adalah satu propaganda untuk melagakan negara Islam yang sedang dilanda perang saudara.
Kisah berjudul Syrian girl stoned to death for using Facebook account telah dikongsi lebih 294,000 pengguna laman web selepas kisah tersebut disebarkan oleh agensi berita Fars yang merupakan pro Presiden Syria Bashar al-Assad.
“Gambar disebarkan itu juga adalah sedutan filem Stoning of Soraya dihasilkan pada tahun 80-an,” menurut satu laporan.
Sejurus mendapat kecaman banyak pihak, Pengarah Kanan Perhubungan Awam CNN, Matt Dornic menarik semula berita berkenaan serta merta, laporan dipetik dari Agensi.

Resepsi Luar Negara Digunakan Bagi Hantaran Buat Nora Danish..

Nora

Aktres Nora Danish tidak mementingkan soal barang hantaran untuk hari perkahwinannya. Sebaliknya dia mahu melaksanakan yang wajib sahaja iaitu cukup dengan acara akad nikad. Kemudian dia berhasrat mengadakan sebuah majlis secara sederhana untuk meraikan hari bahagianya itu di sebuah pulau di luar negara.
“Memandangkan saya pernah berkahwin sebelum ini, jadi bagi saya tak perlu lagi dah nak barang-barang hantaran. Kalau ditakdirkan saya berkahwin lagi satu hari nanti, sebolehnya saya nak buat yang wajib sahaja iaitu cukup dengan majlis akad nikah di Kuala Lumpur. Kemudian saya nak adakan majlis secara kecilan di pulau, kemungkinan di Bali.
“Lagipun saya memang dah lama teringin nak buat majlis ala ‘beach wedding’. Saya suka berkunjung ke Bali malah ia dah seperti rumah kedua saya. Saya sukakan tempat-tempatnya dan makanan di sana sedap-sedap”, kata Nora Danish kepada Malaysia Digest ketika ditemui pada majlis Doa Selamat sempena penggambaran filem terbaru terbitan MIG, ‘Hantu Bungkus Ikat Tepi’, bertempat di Wisma Metrowealth, Petaling Jaya, semalam.
Empunya nama sebenar Nora Mohd Danish Hanif, 31, ini berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai gosip di sebuah akhbar tempatan baru-baru ini yang menyebut, dia kononnya sudah membeli barang-barang hantaran. Sekaligus membuat persiapan sedikit demi sedikit untuk mengahwini teman lelakinya, Nedim Nazri, dalam tahun ini.
Menafikan hal tersebut, Nora berkata dia tidak membuat sebarang persiapan untuk perkahwinan termasuklah membeli barang-barang hantaran seperti yang didakwa.
“Saya tak pernah beli barang-barang hantaran. Saya tak tahu bagaimana cerita itu boleh timbul sebab saya memang tak ada langsung membuat persiapan.
“Malah kami tak pernah berbincang soal kahwin. Apa yang penting, kami fokus pada kerjaya dan anak masing-masing. Itu yang buat kami selesa antara satu sama lain. Kami sebenarnya lebih suka bergelar kawan biasa. Memang lah kahwin ni satu perkara yang baik. Tapi Allah belum tetapkan lagi jodoh kami. Harap semua orang dapat mendoakan yang terbaik untuk saya”, tuturnya.
Perkembangan lain, Nora bakal sibuk di lokasi penggambaran filem komedi seram berjudul ‘Hantu Bonceng Ikat Tepi’. Filem arahan Hashim Rejab itu akan memulakan penggambaran di sekitar lembah Klang pada 23 Februari ini.
Selain Nora antara barisan pelakon lain yang turut menjayakan filem ini seperti kumpulan Jambu iaitu Taukeh dan Yus, Abam (Bocey), Farid Kamil, Kartina Aziz, Zalif Sidek, Atikah Suhaime, Ruminah Sidek, Niezam Zaidi dan ramai lagi. – Malaysian Digest

PANAS!!! Gadis 15 Tahun Sanggup Menari Separa Lucah Demi Tips Yang Tak !!!

Menari

Menari

Menari

SERI KEMBANGAN – Seorang gadis 15 tahun adalah antara penyanyi dan penari separa lucah diitahan dalam Ops Noda di Medan Selera Serdang, di Taman Perindustrian Bukit Serdang, di sini, malam tadi.
Gadis berasal dari Bandar Tun Razak itu dikatakan berhenti sekolah tahun lalu kerana menggantikan ibunya yang juga penghibur di medan selera itu.
Gadis berkenaan mendakwa dia pertama kali membuat persembahan menggantikan ibunya yang sakit dan tidak boleh menyanyi.
Ibunya berusia 53 tahun turut ditahan ketika serbuan dilakukan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, kira-kira 11 malam.
Serbuan berkenaan diterajui Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik, Asisten Superintendan Ramsay Embol.
Ramsay berkata, ketika serbuan terdapat 15 wanita sedang berada di atas pentas menari dan dikalungkan bunga.
“Serbuan dilakukan 23 anggota termasuk empat pegawai selepas mendapat maklumat awam berhubung persembahan kurang sopan di medan selera itu.
“Semua 15 penari dan penyanyi berusia antara 15 hingga 50-an iaitu tujuh tempatan, tujuh warga China dan satu dari Thailand ditahan untuk siasatan lanjut.
“Dua lelaki tempatan yang disyaki penjaga premis berkenaan turut ditahan,” katanya.
Menurutnya, semua tangkapan dibawa balik ke Balai Polis Seri Kembangan di atas pelbagai kesalahan antaranya tiada permit hiburan, menggajikan pekerja tanpa permit, salah guna pas pelawat dan pas pelajar serta pasport tamat tempoh atau tinggal lebih masa.
Difahamkan, pengunjung yang berpuas hati dengan persembahan akan mengalungkan bunga di samping tips RM10 sehingga RM100 kepada penari. – myMetro Online

Apa Yang Tak Kena Gan Gambar Ni ? Ni Gambar Transformasi Ekstrem ‘Ladyboy’ Vietnam !!!

vietnam

vietnam

Dunia akhir zaman, memang apa-apa sahaja boleh berlaku.
Seperti keinginan seorang jejaka dari Vietnam yang dikenali sebagai Bao Anh yang mahu menukarkan tubuh badan serta wajahnya persis gadis jelita.
Transformasi yang dilakukannya bermula sejak dua tahun lalu nampaknya mula menampakkan hasilnya.
Tengoklah, dari wajah berbentuk bulat kini sudah bujur sireh.
Tapi memang tak dinafikan hasil transformasinya kelihatan cantik jika dibandingkan dengan ‘ladyboy’ lain yang pernah kita lihat sebelum ini kan.
vietnam
vietnam1
vietnam2
vietnam3
vietnam4
vietnam5
vietnam6
vietnam7
vietnam8
vietnam9
vietnam10
vietnam11
Oleh: AUDREY LEE
Sumber: akustressgiler
    February 22, 2014
  • kisah benar


0
 
0
 
0
 

Dunia akhir zaman, memang apa-apa sahaja boleh berlaku.
Seperti keinginan seorang jejaka dari Vietnam yang dikenali sebagai Bao Anh yang mahu menukarkan tubuh badan serta wajahnya persis gadis jelita.
Transformasi yang dilakukannya bermula sejak dua tahun lalu nampaknya mula menampakkan hasilnya.
Tengoklah, dari wajah berbentuk bulat kini sudah bujur sireh.
Tapi memang tak dinafikan hasil transformasinya kelihatan cantik jika dibandingkan dengan ‘ladyboy’ lain yang pernah kita lihat sebelum ini kan.
vietnam

'Rungutan Orang Ramai Pasal' Penjelasan Mengapa BR1M Kurang Sedikit Jumlahnya Dari Dulu ?

2202BR1M01
HARI ini beberapa kelompok tertentu rakyat Malaysia mula mengukir senyuman manis selepas menerima wang tunai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M3.0) melalui akaun bank masing-masing.
Sesetengah dari mereka ada yang menerima RM650 dan ada di antara mereka yang lain menerima RM450.
Bagaimanapun, difahamkan ada cakap-cakap di belakang tabir berkenaan ada penerima BR1M yang merungut kerana hanya mendapat RM450 sahaja berbanding RM650 seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2014 tahun lepas.
Bagi penerima yang menerima wang bernilai RM450, gabungan pendapatan di dalam isi rumah atau keluarga mereka adalah antara RM3,000 dan RM4,000.

'Panas' Hashtag #PresidenFAMSilaLetakJawatan Trending Di Twitter Malaysia

FAM1
Hashtag kembali menjadi trending di laman sosial Twitter, hari ini.
Sebelum ini hashtag tersebut pernah juga menjadi trending gara-gara ketidakpuasan hati sesetengah peminat bola sepak tempatan terhadap pengurusan terbabit.
Komuniti Twitter bersepakat mahu Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah meletakkan jawatan tertinggi persatuan tersebut.
FAM
Ini kerana peminat bola sepak tempatan kini dilihat mahukan pucuk pimpinan yang baru yang dapat memberikan kelainan dalam pengurusan badan tertinggi bola sepak Malaysia.
Untuk makluman anda, Sultan Ahmad Shah sudah dilihat terlalu lama memegang tampuk pimpinan FAM sejak 1984 sehingga kini.

Dunia Dah Terbalik - Anak Sanggup Mengahwini Ibu Sendiri.. Disebabkan ?

Huhu... memang pelik tapi benar kaun ni, HM hampir2 x percaya masih ada masyarakat yang mengamalkan tradisi sebegini... jom baca selanjutnya

ULU BARAM : Mungkin pelik bagi kita, tetapi satu kumpulan suku kaum Penan di sebuah perkampungan di sini masih mengamalkan perkahwinan sesama ahli keluarga, termasukanak dengan ibu, bapa atau sesama saudara kandung.