Manila: Seorang lelaki Britain berusia 73 tahun ditahan selepas didakwa mencabul kehormatan tiga kanak-kanak bawah umur.
Stanley
James Lamb ditahan polis Carcar kerana disyaki meraba bahagian sulit
kanak-kanak itu di kediamannya di Barangay Perrelos, Cebu kelmarin.
Ketua Polis Wilyah Visayas, Superintendan Danilo Constantino berkata, Stanley didakwa di bawah akta pencabulan Filipina.
Katanya, identiti ketiga-tiga mangsa yang dirahsiakan atas faktor keselamatan.
Danilo berkata, Stanley menjemput mangsa ke rumahnya sebelum mengambil kesempatan dengan meraba bahagian sulit mereka.
Tertuduh ditahan di balai polis Carcar sementara menunggu pertuduhan difailkan ke atasnya.
Sabtu lalu,
seorang diplomat Itali berusia 46 tahun ditahan di pusat peranginan
Laguna selepas dituduh menyeludup dan mendera tiga kanak-kanak lelaki.
Menurut saksi, duta Itali di Turkmenistan, Daniele Bosio dilihat “meraba dan membelai” kanak-kanak itu di kolam renang.
Bosio
ditahan di balai polis BiƱan sementara kanak-kanak itu yang didakwanya
gelandangan dari Manila, diletakkan di Jabatan Kebajikan Sosial dan
Pembangunan.