Pelajar 12 tahun di rogol penjual sate:-KUCHING:
Seorang penjual sate ditahan malam kelmarin untuk siasatan selepas
dipercayai merogol saudara perempuannya yang baharu berusia 12 tahun.
Suspek berusia 21
tahun itu dikatakan telah melakukan perbuatan terkutuk itu di rumahnya
di Taman Malihah, Matang ketika mangsa menunggu dijemput oleh ibunya
yang bekerja sebagai pensyarah di sebuah intitusi pengajian tinggi di
sini.
Menurut sumber, mangsa
yang trauma dengan insiden tersebut telah mengadu kepada ibunya yang
segera membuat laporan polis berhubung kejadian.
Mangsa kemudian
dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk pemeriksaan kesihatan
sementara suspek masih ditahan untuk siasatan lanjut pihak polis.