Gempak ! Seorang wanita menggunting hingga putus kemaluan teman lelakinya

Potong


Hong Kong – Seorang wanita menggunting hingga putus kemaluan teman lelakinya sebelum membunuh manggsa dengan tukul selepas lelaki itu merogolnya.
Yeung Ki, 41, semalam dituduh membunuh guru piano, Zhou Hui, 32, pada 26 Disember tahun lalu.
Dia mengaku tidak bersalah.
Yueng yang berasal dari tanah besar China dan menetap di Hong Kong, didakwa membunuh Zhou selepas setahun menjalinkan hubungan dengan suami orang itu.
Dia juga mendakwa lelaki itu meninggalkannya sewaktu dia mengandung dan banyak berhutang dengannya.
Pada malam kejadian, Zhou dikatakan memukul Yueng, menolaknya ke lantai dan menampar anak perempuan mereka, sebelum mengadakan seks secara paksa dengannya.
Selepas kejadian itu, Yueng mencampurkan ubat tidur ke dalam sup yang dihidangkan kepada lelaki itu, menggunting kemaluan Zhou ketika dia tidak sedarkan diri dan membuangnya ke dalam tandas.
Apabila lelaki itu terjaga akibat kesakitan, wanita itu memukulnya berulang kali dengan tukul sehingga mati, lapor akhbar tempatan yang memetik pertuduhan yang dibacakan.
Mengikut laporan akhbar tempatan, Zhou sebelum itu mengugut menyebarkan gambar lucah Yeung yang dimilikinya di Internet kecuali dia memberinya HK$200,000 (RM 84,477) untuk membeli kereta.
“Perbicaraan kes ini akan diadakan selama 11 hari,” kata jurucakap badan kehakiman Hong Kong. – AFP