Birmingham – Dua penyokong pasukan
bola sepak Middlesbrough FC, Julie Phillips, 50, dan Gemma Parkin, 18,
didapati bersalah di mahkamah selepas bertindak kurang ajar dengan
mengoyak helaian al-Quran dan kemudiannya membaling ke udara ketika
perlawanan antara Middlesbrough FC dengan Birmingham City pada bulan
Disember tahun lepas.
Mereka telah didapati bersalah atas
tuduhan melakukan penghinaan serta mengancam agama pada perbicaraan
sehari yang diadakan di sini, semalam.
Pada perbicaraan itu, majistret
mendengar bagaimana Philips telah mengoyak al-Quran yang diambil
daripada beg tangannya dan mula mengoyaknya.
Dia kemudiannya menghulurkan helaian al-Quran itu kepada penyokong-penyokong pasukan itu, sebelum mereka membaling ke udara.
Philips dan Parkin juga melaungkan anti
Islam dan menjerit untuk membunuh umat Islam dengan bayonet selain
berpura-pura mahu membakar al-Quran.
“Ketika kejadian terdapat 13,454 penonton dengan 655 adalah penyokong kelab Middlesbrough yang berdiri di belakang tiang gol.
“Aksi mereka mengoyak al-Quran itu disaksikan ramai orang dan ia turut dirakamkan dalam kamera CCTV, ‘’ kata pendakwaraya.