Bomba Terkejut Jumpa Emas, Bukan Bom

Disangka Bom Rupanya Emas
Penemuan bungkusan misteri dalam tandas membuatkan kapal terbang kurier, IndiGo yang baru berlepas dari Singapura menuju ke Chennai, India melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kira-kira jam 7.30 pagi semalam.
99073_1292996318

Dibimbangi bungkusan mencurigakan itu berisi bom atau bahan kimia berbahaya, 18 anggota bomba dan penyelamat yang memakai sut hazmat segera dikejarkan untuk membuat pemeriksaan.
Para petugas kabin dan penumpang seramai 144 orang turut dipindahkan buat sementara waktu bagi membolehkan pemeriksaan dilakukan.
Penolong Pengarah bahagian operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, petugas lengkap berpakaian hazmat memeriksa dengan teliti bungkusan yang dibalut dengan kain guni dengan cermat, sebelum membukanya.
firefighters-dressed-in-hazmat-suits-stocktrek-images
Ternyata, kandungan bungkusan tersebut amat mengejutkan iaitu tiga bongkah emas berukuran 5.1×15.2cm seberat lebih kurang 1 kilogram!
Mohd Sani mengesahkan ini adalah satu penemuan yang mengejutkan dan pihak polis kini sedang melakukan penyiasatan bagaimana emas berkenaan boleh ‘tertinggal’ di tandas hingga mencetuskan suspen pada semua orang. - REM RAMZI
Sumber: The Star / India Times