MEMANG patut rasanya Syafiq Yusof, 22, yang juga anak kepada pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam panas hati terhadap pengurusan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).
Apa tidaknya, dia dan krew produksi diminta untuk menjalankan penggambaran di luar studio FINAS dengan alasan kakitangan mereka mahu bermain badminton sedangkan dia sudah mendapatkan kebenaran sehari sebelum itu.
Kekecewaannya itu diluahkan menerusi akaun Twitternya yang berbunyi:
Memetik laporan Astro Awani, Syafiq berkata, FINAS sepatutnya menjadi tempat untuk anak-anak filem menjalankan penggambaran.
Penggambaran di luar juga akan menyebabkan belanja besar dan seharusnya perbadanan itu membantu mereka.
Perkara itu diulas oleh Ketua Pengarahnya, Raja Rozaimie Raja Dalnish Shah yang memberitahu teguran sudah diberikan kepada mereka yang terlibat.
Syafiq juga melalui Twitternya telah memaklumkan bahawa perkara ini sudah diselesaikan antara pihaknya dengan FINAS.
Oleh: ELZA