Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Wajid Diketahui - Brunei Haram 19 Perkataan Untuk Bukan Islam

Brunei,
BANDAR SERI BEGAWAN – BRUNEI. Kerajaan Brunei mengharamkan penggunaan 19 perkataan, termasuk ALLAH dan masjid, oleh orang bukan Islam di negara itu.
Brunei Times melaporkan, pengharaman itu berkuat kuasa bulan ini di bawah Kod Penal Syariah.
Lain-lain perkataan diharamkan adalah azan, baitullah, al-Quran, fatwa, firman ALLAH, hadis, haji, hukum syarak, Ilahi, kaabah, kalimah syahadat, kiblat, imam, mufti, mukmin, solat dan wali.
Pegawai Undang-Undang Syariah Kanan Unit Undang-Undang Islam Hardifadhillah Mohd Salleh berkata, Kod Penal Syariah juga diguna pakai kepada bukan Islam, termasuk kesalahan berzina dengan pasangan Islam, minum arak di tempat awam dan khalwat dengan pasangan Islam.
“Jika sabit kesalahan, hukuman adalah denda sehingga B$4,000 (RM10,400) dan/atau satu tahun penjara. Bagi pesalah zina yang dilakukan oleh seorang Muslim yang sudah berkahwin dan yang sudah berkahwin tetapi bukan Islam, kedua-dua mereka boleh dikenakan hukuman rejam sampai mati jika kesalahan itu dibuktikan oleh pengakuan atau kesaksian empat saksi,” katanya.
Menurutnya, mana-mana pihak yang menghasut lelaki atau wanita Islam bercerai atau tidak menjalankan kewajipan terhadap pasangan masing-masing, boleh dikenakan denda sehingga B$4,000 (RM10,400) dan/atau penjara setahun.
“Mana-mana ibu atau bapa beragama Islam yang ikhlas menyerahkan anak mereka dipelihara oleh orang bukan Islam, boleh dikenakan denda sehingga B$20,000 (RM52,000) dan atau penjara lima tahun,” katanya. – Sinar Harian Online

Misteri Hajar Aswad yang menggegerkan NASA Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah adalah pusat dari planet Bumi. Fakta ini telah di diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah. Ketika Neil Amstrong untuk pertama kalinya melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil..

Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah adalah pusat dari planet Bumi. Fakta ini telah di diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah. Ketika Neil Amstrong untuk pertama kalinya melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata,Planet Bumi ternyata menggantung di area yang sangat gelap, siapa yang menggantungnya,Para astronot telah menemukan bahwa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi, secara resmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayang nya 21 hari kemudian website tersebut raib yang sepertinya ada alasan tersembunyi dibalik penghapusan website tersebut.


Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari KaBah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite ( tidak berujung ), hal ini terbuktikan ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjut terus. Para peneliti Muslim mempercayai bahwa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara KaBah di planet Bumi dengan Kabah di alam akhirat.

Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, ada suatu area yang bernama Zero Magnetism Area, artinya adalah apabila kita mengeluarkan kompas di area tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali karena daya tarik yang sama besarnya antara kedua kutub.

Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka ia akan hidup lebih lama, lebih sehat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan gravitasi. Oleh sebab itu lah ketika kita mengelilingi Kaâ??Bah, maka seakan-akan diri kita di-charged ulang oleh suatu energi misterius dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.

Penelitian lainnya mengungkapkan bahwa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga bisa mengambang di air. Di sebuah musium di negara Inggris, ada tiga buah potongan batu tersebut ( dari KaBah ) dan pihak musium juga mengatakan bahwa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem tata surya kita.

Kecil-Kecil Dah Pandai Bertatu!!! Budak Zaman Sekarang Inginkan Ikutkan Peredaran Yang Kurang Bagus, Apa Dah Terjadi ?

Tak Padan Kecil, Dah Pandai Nak Bertatu Bagai?
Astaghfirullah… apa nak jadi budak-budak ini?
Usia masih kecil tapi sudah pandai ‘mencacah’ tatu di lengan. Nak kata tak diajar agama tu songkok di kepala apa cerita?
Mungkin tatu ini sekadar lukisan menggunakan pen tapi boleh dilihat di sini, bagaimana kanak-kanak begitu mudah terpengaruh dengan anasir liar yang menyalahi budaya dan agama.
Apa pun, bila dah kantoi begini di sekolah, satu cabaran pula pada guru untuk bertindak.
Kalau zaman dahulu dah tentulah budak-budak ini diberikan nasihat selepas diberi ajaran menggunakan rotan atau pembaris panjang. Kesannya, nasihat yang disertai rasa sakit akan berpadu di kepala dan membuatkan mereka tak lupa sampai bila-bila.
Tapi zaman sekarang?
Nak dipukul nanti disaman ibu bapa pula. Terpaksalah beri nasihat dengan lemah lembut walaupun hati membara.
Lihat sajalah wajah salah seorang adik ini, masih mampu tersenyum simpul sedangkan kalau kita dahulu, mesti dah rasa nak terkencing bila berdepan dengan guru disiplin.
- REM RAMZI

Menjelang Perayaan Hari Valentine Malam Ini…

Hari Kekasih atau lebih tepat disebut Valentine Day diraikan oleh penganut agama Kristian pada 14 Februari setiap tahun. Tujuan ia diraikan adalah sebagai memperingati dua orang paderi bernama Valentine yang berasal dari Rom dan Terni. Kedua-dua paderi tersebut dikatakan telah mati demi mempertahankan agama Kristian.  Hari Valentine pada awalnya tidak sedikitpun berkait dengan cinta asmara. Ia dikatakan hanya dikaitkan dengan pengorbanan terhadap agama. Namun setelah puisi yang dikarang oleh Geoffrey Chaucher untuk majlis ulangtahun pertunangan Raja Richard II disalahertikan oleh pembaca, Hari Valentine menjadi sinonim dengan cinta dan kasih sayang.  Di seluruh dunia ramai yang turut meraikan hari tersebut walaupun berbeza pegangan agama. Ia diraikan dengan memberi hadiah, coklat, kad ucapan dan bunga-bungaan kepada pasangan masing-masing. Penganut agama Islam juga tidak ketinggalan meraikan Hari Valentine walaupun hukum meraikan sambutan tersebut sudah dibincang dan diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada tahun 2005.  Di dalam persidangan tersebut, telah diputuskan bahawa amalan merayakan Hari Valentine tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Ianya mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang Islam. Muzakarah juga berpendapat bahawa ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tiada hari tertentu untuk meraikannya.  Pada tahun 2011, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau JAKIM telah melancarkan kempen ‘Awas Jerat Valentine’s Day’ di seluruh negara dengan menghalang umat Islam daripada menyambut perayaan itu. Pelbagai langkah diambil di dalam kempen tersebut termasuk menyerbu hotel untuk menghalang pasangan kekasih daripada melakukan khalwat dan perbuatan tidak bermoral serta mengedarkan risalah kepada mahasiswa universiti yang beragama Islam tentang larangan Hari Valentine.  Namun begitu, walaupun pihak JAKIM sudah menjalankan pelbagai langkah pencegahan, masih ramai juga umat Islam terutama di kalangan remaja yang diberkas dan didakwa di Mahkamah Syariah akibat mengingkari larangan dan melakukan maksiat ketika meraikan Hari Valentine.  Merayakan Hari Valentine tidak memberikan sebarang faedah kepada umat Islam. Selain daripada melanggar larangan agama, menyambut Hari Valentine juga boleh menimbulkan masalah sosial yang lebih teruk. Bermula dengan janji temu, bertukar-tukar hadiah, para remaja terjebak melakukan maksiat dan akhirnya mengundang gejala sosial seperti pengguguran dan pembuangan bayi yang tidak berdosa.
Hari Kekasih atau lebih tepat disebut Valentine Day diraikan oleh penganut agama Kristian pada 14 Februari setiap tahun.
Tujuan ia diraikan adalah sebagai memperingati dua orang paderi bernama Valentine yang berasal dari Rom dan Terni.
Kedua-dua paderi tersebut dikatakan telah mati demi mempertahankan agama Kristian.
Hari Valentine pada awalnya tidak sedikitpun berkait dengan cinta asmara.
Ia dikatakan hanya dikaitkan dengan pengorbanan terhadap agama.
Namun setelah puisi yang dikarang oleh Geoffrey Chaucher untuk majlis ulangtahun pertunangan Raja Richard II disalahertikan oleh pembaca, Hari Valentine menjadi sinonim dengan cinta dan kasih sayang.
Di seluruh dunia ramai yang turut meraikan hari tersebut walaupun berbeza pegangan agama.
Ia diraikan dengan memberi hadiah, coklat, kad ucapan dan bunga-bungaan kepada pasangan masing-masing.
Penganut agama Islam juga tidak ketinggalan meraikan Hari Valentine walaupun hukum meraikan sambutan tersebut sudah dibincang dan diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada tahun 2005.

Hina Sultan Selangor, Seorang Wanita Ditahan

h3
KUALA LUMPUR – Seorang wanita berusia 27 tahun ditahan baru-baru ini bagi membantu siasatan berhubung sebuah blog yang menyiarkan pautan Facebook yang didakwa mengandungi kenyataan melampau terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
(Baca – Hindu Murtad Hina Islam Dan Sultan Selangor – Ada Di Kajang!)
Penahanan wanita itu disahkan polis Selangor menerusi status akaun Facebook yang baru dimuat naik sejam yang lalu dengan mengatakan wanita itu ditahan di Sungai Jelok, Kajang.
Menurut laman FB polis itu, semasa tangkapan beberapa peralatan turut dirampas bagi membantu siasatan kes itu mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.
Dalam blog berkenaan sebelum ini, wanita terbabit secara terbuka menghina Sultan Selangor dengan mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya.
Tindakan wanita itu kemudian menyebabkan Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan satu laporan polis dibuat. – Bernama

Info: Cara Mandi Wajid Dengan Betul


Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

"Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul," tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur.

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua, menghilangkan najis di badan. Ketiga, meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Niat mandi wajib: "Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala." Atau " Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala."

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.

Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: " Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala."
Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: " Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala".

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya.

Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..

Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak (wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.

Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Sumber dari : JAKIM

Kisah Warak Salahuddin Al-Ayubbi Yang Ramai Tak Tahu

KISAH WARAK SALAHUDDIN AL AYUBBI YANG RAMAI TAK TAHU... MENITIS AIR MATA ADMIN... Dalam kesejukan malam itu..Aku mendengar..Cerita tentang hebatnya seorang muslim bernama Salahuddin Al-Ayubbi, pemilik pedang paling tajam di dunia. Rugilah bagi anak-anak pelapis agama dan bangsa sekarang yang kerap kali mendengar cerita Hero fiksyen, tahyul dan rekaan barat seperti Batman, Spiderman, serta ultraman lebih kerap daripada mendengar cerita tentang pahlawan Islam..


Kita ? Kita bagaimana? Secara jujur, kita sendiri lebih kenal siapa spiderman daripada kisah tokoh-tokoh Islam bukan?
Cuba kita tanya pada umat Islam sekarang tak kisah mat rockers ke anak muda ke orang veteran ke..
Siapa dia Salahuddin Al-Ayubbi?
Siapa dia Syeikh Yusuf Qaradawi ?
Siapa dia As-Syahid Hassan Al-Bana?
Siapa dia Muhammad Al-Fateh?
Siapa dia Syeikh Ahmed Deedat?
Hurm..
Aku dengan teliti mendengar cerita sang penceramah tentang Sallahuddin bagaikan anak kecil mendengar cerita sang pelipur lara. Bezanya Sang pelipur lara hanya bercerita kisah dongeng.. Tetapi ini kisah benar-benar berlaku..
Bila??
Suatu Masa Dulu…..
“”"”Bagaimana aku ingin ketawa sedangkan masjid Al-Aqsa masih dibawah jajahan musuh?”"”
kata Sallahuddin al-Ayubbi ketika ditanya mengapa beliau sentiasa serius dan tidak pernah ketawa..
Salahuddin adalah dari keturunan Kurdis. Bukan berbangsa Arab.. bukan berbangsa palestin..tapi.. mengapa salahuddin menghabiskan sepanjang umurnya bertarung mendapatkan Palestin dan Al-Aqsa?
Betapa hebatnya salahuddin apabila berjaya menyatukan umat islam yang berpecah belah .. segala persoalan fahaman, mazhab, bangsa,dan keturunan semuanya ditinggalkan untuk bersatu dibawah panji islam yang diketuai Salahuddin. Malah.. Salahuddin berjaya menyatukan fahaman yang sering bertelagah syiah dan ahli sunnah waljamaah untuk berjuang atas nama Islam..
Hebatnya Kau Salahuddin….
Suatu ketika dulu beliau pernah meminta air minum, tetapi entah apa sebabnya air itu tidak diberikan kepadanya. beliau meminta sehingga lima kali lalu berkata, “Aku hampir mati kehausan”. beliau kemudian meminum air yang dibawakan kepadanya tanpa menunjukkan kemarahan..
Penyabarnya kau Salahuddin..
Dalam kesungguhan, semangat dan ketahanan rasanya tiada siapa yang boleh menandingi Salahuddin.
Kadang-kadang beliau sendiri pergi ke kawasan perkhemahan tentera musuh bersama perisik-perisiknya sekali bahkan dua kali sehari. Ketika berperang beliau sendiri akan pergi merempun celah-celah tentera musuh yang sedang mara. beliau sentiasa mengadakan pemeriksaan ke atas setiap tenteranya dan memberikan arahan kepada panglima-panglima tenteranya.
Suatu Malam.. Richard the lion Raja England , musuh salahuddin sedang sakit didalam khemah tentera kristian..
Tiba-tiba ada satu kelibat manusia datang kepada Richard the Lion untuk merawat penyakitnya.. siapa sangka manusia itu musuh Richard sendiri.. Solahuddin Al-Ayubi.. Beliau sanggup menyamar dan membuang perasaan benci untuk merawat musuhnya sendiri. Subhanallah..
Pernah diceritakan, Salahuddin Al-ayubi pernah berhadapan Richard the lion untuk menunjukkan kehebatan dan kemahiran masing-masing. Richard the lion yang berbadan sasa mengambil pedang dari sarungnya dan dengan penuh tenaga menghunus kearah sebiji batu besar.. batu itu terbelah..
Apabila tiba giliran Salahuddin.. Salahuddin lantas mencampakkan sehelai kain sutera kelangit dan menghulurkan pedangnya,. Kain sutera dengan perlahan jatuh dan hinggap dimata pedang.. Kain itu terpotong dua kerana tajamnya mata pedang Salahuddin.
Dalam medan peperangan beliau bagaikan seorang ibu yang garang kehilangan anak tunggal
akibat dibunuh oleh tangan jahat.
Beliau akan bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk
mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah semata-mata.
Beliau juga akan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan mata yang berlinang
mengajak manusia supaya bangkit membela Islam.
Ketika mengepung Acre beliau hanya minum, itupun selepas dipaksa oleh doktor peribadinya
tanpa makan. Doktor itu berkata bahawa Salahuddin hanya makan beberapa suap makanan
semenjak hari Jumaat hingga isnin kerena beliau tidak mahu perhatiannya kepada
peperangan terganggu ..
Asakan Tentera Islam teramat dahsyat
Memaksa Tentera Kristian menyerah kalah.
tiada lagi pertempuran berlaku
Ketua tenteta kristian menunggang kuda menuju kearah Salahudin Al-Ayubbi didepan Baitul Maqdis..
“Adakah kamu orang islam akan memperlakukan kami seperti mana kami memperlakukan keatas orang-orang kamu terdahulu?” Kata Ketua Tentera Kristian
Semasa Kristian berjaya menawan Baitul Maqdis dahulu, jalan-jalan di jerusalem ‘tersumbat’ dengan mayat-mayat, orang-orang Islam yang tidak bersenjata disiksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat di atas bumbung dan menara rumah-rumah ibadah. Darah merah mewarnai bumi palestin akibat pembunuhan orang Islam beramai-ramai.
” Kami orang Islam tidak seperti kamu” Jawab Salahuddin Al-Ayubi.
Jawapan ini telah menyebabkan ramai orang kristian memeluk Islam akibat keindahan akhlak yang ditunjukkan Salahuddin Al-ayubbi..
Salahuddin tidak membalas tindakan mereka membunuh orang Islam yang tidak bersalah semasa orang kristian menawan baitul maqdis. Bersesuaian dengan tuntutan Islam, Orang awam tidak boleh dibunuh dalam peperangan..
Hari itu, Langit begitu Cerah
Laungan “Allahhu Akbar” dan “Tiada tuhan melainkan
Allah” telah memenuhi langit..
Para tentera tersenyum girang..
Pada Jumaat, 27 Rajab 583H bersamaan dengan tarikh peristiwa iskraj mikraj Rasulullah SAW.
Baitul Maqdis Ditawan Tentera Mukmin.
Ramai orang yang terdiri dari ulama,
Pembesar-pembesar, peniaga dan orang-orang biasa
datang merayakan gembira kemenangan ini
Selepas menunggu hampir 90 tahun
kini sembahyang Jumaat telah diadakan
semula di Baitul Muqaddis. ALLAHUAKBAR!
Salib yang terpampang di ‘Dome of Rock’ telah diturunkan.
Betapa Hebatnya hari itu hanya Allah yang tahu..
Kemenangan Seluruh Umat Islam
Kemenangan Atas Kemenangan
27 Safar, 589H
Malam itu telah nampak tanda-tanda berakhirnya hayat Salahuddin
Syeikh Abu Ja’afar , seorang yang wara’ telah diberi kepercayaan untuk duduk disebelah Salahuddin ketika beliau Nazak.
Salahuddin Antara pengsan dan sedar.
Lantas, Syeikh Abu Jaafar membacakan
“Dialah Allah, tiada tuhan melainkan Dia, Yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata”
(Al-Hasyr: 22)
Sejurus Syeikh Abu Jaafar membacakan ayat tersebut,
Salahuddin terus membuka matanya sambil tersenyum
dengan muka yang berseri dan perasaan yang gembira dia berkata
“Memang Benar”
Selepas mengucapkan kata-kata itu, Rohnya pun kembali kerahmatullah.
Salahuddin tidak meninggalkan harta kecuali satu dinar dan 47 dirham ketika beliau wafat. Tiada rumah-rumah, barang-barang, tanah, kebun dan harta-harta lain yang ditinggalkannya. Bahkan harta yang ditinggalkannya tidak cukup untuk kos pengkebumiannya. Keluarganya terpaksa meminjam wang untuk menanggung kos pengkebumian. Malah kain kafan pun diberikan oleh seorang menterinya.
Empat puluh tahun kemudian,
Lord Olenby yang mengetuai pasukan Salibiah berjaya memasuki semula kota Baitulmaqdis, dia pergi ke kubur Salahuddin dan menginjakkan kakinya ke atas kubur Salahuddin sambil berkata:
“Sekarang aku datang semula ke sini.”
Alangkah penakutnya Si Olenby.. Celakalah si penakut ini kerana hanya berani berdepan dengan Salahuddin yang telah mati..
Tidak cukup dengan itu,
1917
Selepas Perdana Menteri Britain mengumumkan tamatnya perang salib ,
General Perancis,Goro telah datang kekubur Salahuddin Al- Ayubi dan menyepak kubur pembela Islam ini sambil berkata
” Bangunlah Salahuddin, Kami dah sampai disini!”
Alangkah bencinya mereka terhadap Hero umat islam ini.. Maha Suci Allah , telah mengurniakan seorang manusia yang hebat dalam membantu menegakkan umat Islam
Dalam tidak sedar,
aku rasa ada air mengalir dipipi..
Layakkah kita dibandingkan dengan Salahuddin Al-Ayubi?
Reflexi dan cermin-cerminkan diri..
mana tahap kita?
astaghfirullah..
lemah nya umat sekarang..
lemahnya aku…
Malam itu, aku terdengar bunyi bising motor berlumba..
aku menjenguk diluar jendela..
Anak-anak muda bertaruh nyawa untuk mendapatkan hadiah- seorang perempuan untuk ditiduri,..
Aku menggelengkan kepala…
mungkin ini generasi Salahuddin Al-Ayubi??
hurm..
generasi AL-AYYUBI dalam bayanganku~
Sumber : Jiwa Hamba

SERIUS - TANDA-TANDA KIAMAT KECIL TELAH LENGKAP



Tahukah korang dimana tanda-tanda Kiamat Kecil telah lengkap. Harus diingati dimana kita sudah pun ‘embrace’ kepada tanda-tanda kiamat besar secara tidak rasmi iaitu keluarnya Dajjal dan Yakjuj & Ma’juj. 




















Dajjal telah pun keluar dan kini berada dalam peringkat ‘sehari sama seperti sebulan’ iaitu diluar dimensi masa manusia. Manakala Yakjuj & Ma’juj telah pun dibebaskan setelah Tembok Zulkarnain (dengan izin Allah) telah runtuh di Georgia.

Golongan mereka pada hari ini telah menjadi Ashkenazi Jews & Zionist! Golongan mereka yang terakhir akan keluar ialah selepas Dajjal dibunuh oleh Isa a.s. Hanya 8 tanda-tanda besar kiamat yang masih tinggal. Allahu A’lam.


1-Penaklukan Baitulmuqaddis.

Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Saya menghitung 6 perkara menjelang – hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari.


2-Zina bermaharajalela.


“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim.


Kalau korang tengok di Media bersepah pasal Zina tu yang keluar media yang tak keluar media lagi la banyak agak-agak masa korang tengah baca artikel ini ade berapa ramai yang tengah berzina di dunia ini.. Subhanallah!

3-Bermaharajalela alat muzik.

“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. ” Ada yang bertanya kepada Rasulullah saw; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah.


Ini memang tidak dapat nak dinafikan la alat muzik sememang nyer bermaharaja lela korang tengok la media sekarang, bersepah rancangan-rancangan musik dan program-program yang melalaikan.


4-Menghias masjid & membanggakannya.


“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat -Nasai.


Korang lihat dekat negara kita sendiri sudah, berapa banyak masjid yang berhiasa tesergam indah? Bahkan sekarang ini menara di Mekah jugak sudah seperti menjadi kebanggaan buat kita betapa tinggi nyer.


Sebab Nabi Muhammad SAW penah menyebutkan:


“..apabila engkau melihat orang yang tidak berkasut, tidak berpakaian, miskin, pengembala kambing berbangga-banga menegak dan meninggikan bangunan.” SubhanAllah!


Seperti mana yang kita lihat sekarang tanda kiamat di tepi Kaabah jer iaitu Menara Jam Di Raja Mekah.


5-Munculnya kekejian.


“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim.


6-Ramai orang soleh meninggal dunia.


“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad.



7-Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.

“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia”


- Riwayat Thabrani.


8-Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.


“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad.


9-Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.


Diriwayatkan dari Abu Hurairah lah.a. “Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”.


Ini pon sudah menular di negara kita.. lihatlah artis-artis sekarang berpakaian tetapi telanjang pakaian tak cukup kain.


10-Bulan sabit kelihatan besar.


“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”


- Riwayat Thabrani.


11-Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.


“Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu” – Sahih Muslim.


Zaman sekarang nie kita sukar untuk membezakan dan keliru samaada berita yang di sampaikan tersebut adalah benar ataupun tidak.


12-Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.


“Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” – Riwayat Ahmad.


13-Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.


“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai” – Sahih Muslim.


Apakah arab akan kembali menjadi padang rumput semula seperti mana pernah di lakonkan dalam cerita The Mummy : Scorpion King ?


14-Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda.


“Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati’ yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga.” – Sahih Abu Daud & Nasai.


Haaa.. yang ini sudah banyak berlaku bak yang jauh dan dekat mungkin terdapat di kalangan sahabat atau keluarga korang juga melakukan seperti ini.


15-Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam.


“Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya).” – Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.




Kini, Kita hanya menuggu saat tibanya..


Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.


(H.R Muslim).


Keterangan:


Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat.


Sepuluh tanda itu ialah:


1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.


2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.


3. Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.


4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa. Sepertimana nasa juga mengeluarkan kenyataan dimana suatu hari nanti matahari akan terbit di belah BARAT!


5. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.


6. Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.


7. Gempa bumi di Timur.


8. Gempa bumi di Barat.


9 .Gempa bumi di Semenanjung Arab.


10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.


Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.



MAKA BERSEDIALAH WAHAI UMAT ISLAM..