WATAK animasi dalam filem Roger Rabbit, Jessica Rabbit telah
dipilih sebagai watak kartun paling seksi sepanjang zaman melalui satu
undian melibatkan 1,000 peminat kartun.
Dalam undian pada 2009, itu Jessica menewaskan watak-watak kartun lain dengan mendapat sebanyak 37 peratus undi.
Watak kartun paling seksi kedua ialah Betty Boop yang popular dengan topi dan skirt pendeknya yang mendapat undian sebanyak 21 peratus.
Dalam satu maklumbalas peminat mengenai Jessica, mereka
berkata watak animasi itu merupakan seorang yang seksi, menarik serta
menyukai lelaki yang mempunyai unsur kelucuan dan dia akan melakukan apa
sahaja untuk suaminya.
Undian dikendalikan syarikat pengeluar coklat terkenal
Cadbury Dairy Milk. Bagaimanapun, watak animasi Cadbury Caramel Bunny
hanya menduduki tempat ketiga dengan 10 peratus.
Selain Jessice dan Betty, watak kartun lain adalah Cadbury Caramel
Bunny, Cinderella (7%), Snow White (7%) dan Daphne dari filem Scooby Doo
(7%).
Menurut jurucakap syarikat Cadbury, tiga watak mendapat undian paling
tinggi mempunyai kekuatan yang hampir sama iaitu mereka bersifat
menarik dan menggoda.
Pada undian mengenalpasti sebab watak animasi itu seksi, bentuk badan mendapat undian paling tinggi dengan 28 peratus.
Mata yang menarik mendapat tempat kedua dengan 15 peratus dan suara mendapat tempat ketiga dengan 15 peratus undian.
PETALING JAYA – Pengarah filem Aku Akan Muncul iaitu Roy
Krishnan berkata, dia dan kru produksi diganggu makhluk halus ketika
menjalani penggambaran filem tersebut di sebuah hutan di Kota Tinggi,
Johor pada Oktober 2012.
Roy berkata, atas faktor keselamatan, pihak produksi telah mengambil
langkah berjaga-jaga dengan memanggil seorang ustaz untuk menghalau
makhluk-makhluk halus itu agar penggambaran dapat dijalankan dengan
lancar.
“Bayangkan, ketika mula-mula menjalani penggambaran, ada saja benda pelik yang kami lihat sehingga menimbulkan rasa seram.
“Malah ada kru produksi melihat kelibat pelakon kami iaitu Julia
Ziegler pada pukul 3 pagi sedangkan ketika itu dia sudah pun pulang ke
hotel. Tanpa membuang masa kami terus memanggil seorang ustaz memasang
‘pagar’ agar kami tidak diganggu,” katanya kepada mStar Online.
Tambah Roy, dia juga bersyukur walaupun melihat kelibat makhluk
tersebut, namun pelakon-pelakon yang terlibat tidak diganggu termasuklah
dirasuk ataupun mengalami histeria.
Selain Julia Ziegler, filem seram terbitan RM Vision Film Production
Sdn. Bhd itu turut dibarisi pelakon seperti Datuk Jalaluddin Hassan,
Maimon Mutalib (Allahtyarham), Liza Abdullah, Zulkifli Ismail, Noor
Akma, Zaibo dan Musly Ramly.
Barisan pelakon-pelakon baharu pula terdiri daripada Abam (Bochey), Syafiq, Megat Samsuddin, Alfie, Firah, Shairah dan Azura.
Ia mengisahkan tentang Kesuma (Julia) yang memiliki raut wajah yang
cantik, tetapi gemar membandingkan kecantikannya itu dengan rakannya
Mawar sehingga membuatkan rakan-rakannya yang lain seperti bosan dengan
tingkah lakunya.
Bagaimanapun, kecantikan yang dimiliki Kesuma tidak bertahan lama apabila dia terlibat dengan kemalangan ketika mencari inai.
Akibatnya, wajah Kesuma telah menjadi buruk dan untuk memulihkan
wajahnya itu, Kesuma meminta bantuan Mak Yam (Maimon) yang cukup
terkenal sebagai seorang dukun yang hebat.
Dalam pada itu Beritahu Roy, karyanya akan dilihat berbeza berbanding
filem lain di mana kesemua babak yang melibatkan hantu telah disunting
dalam bentuk teknik pengimejan berkomputer (CGI) oleh pakar penyunting
di India.
“Saya tampilkan filem ini dengan pengarahan yang sangat lain daripada
yang lain. Bukan setakat CGI yang kami fokuskan tetapi juga penggunaan
teknik kamera dan sinematografi supaya filem ini nampak lebih cantik,”
ujarnya.
Aku Akan Muncul bakal ditayangkan bermula 27 Februari 2014. - mStar Online
KUALA LUMPUR – Filem Kami Histeria hasil sentuhan pertama
pengarah, Shamyl Othman terus mendapat sambutan di pawagam-pawagam utama
seluruh Malaysia sejak ditayangkan pada 6 Februari lalu.
Setakat ini, kutipan panggung telah mencecah RM500,000 dalam masa empat hari tayangan.
Shamyl yang juga merupakan anak kepada pengarah tersohor, Othman
Hafsham, di dalam temubualnya bersama Gala TV memberitahu ini adalah
kali pertama dia mengarah filem dan cabarannya sangat berbeza dengan
mengarah drama.
“Bagi saya cabaran mengarah filem apabila setiap scene perlu dijaga
dengan terperinci kerana filem disiarkan di skrin sebesar 20 kaki maka
setiap inci bakal diperhatikan” katanya.
“Kita juga mengambil masa yang lama dalam pemilihan pelakon yang
bakal menganggotai kumpulan Histeria dan alhamdullah, pemilihan yang
dibuat menghasilkan kombinasi yang baik” katanya kepada Gala TV.
Filem yang dibarisi pelakon hebat seperti Fazura, Diana Danielle,
Mila Jirin dan Izzue Islam turut mendapat review yang baik dari
penggemar-penggemar filem.
Antaranya Blog hiburan, Ohbulan! yang merasakan filem bergenre komedi
seram ini sebagai ‘terbaik’ kerana berjaya lari dari pandangan
stereotaip sesetengah orang yang sering melabel genre berkenaan sebagai
karya syok sendiri.
Lakonan lima watak utama ahli kumpulan Histeria iaitu Laila (Diana
Danielle), Peanut (Nad Zainal), Bad (Sara Ali), Airin (Mila Jirin) dan
Jojo (Umie Omar) disebut-sebut sebagai kekuatan filem Kami Histeria.
Bagi penulis blog Mamuvies pula, lima watak utama tersebut berjaya
melakonkan watak masing-masing dengan jayanya tanpa menenggelamkan satu
sama lain, namun penulisnya kecewa apabila elemen seram tidak tidak
dijadikan subplot dalam filem tersebut.
Selain itu, penulis blog Byrawlins merasakan filem ini berjaya merubah anggapan skeptikalnya kepada filem melayu.
Turut memberi pujian kepada sinematografi filem ini yang dikatakan
seolah menonton filem ‘luar negara’, penulis juga merasakan lakonan Nad
Zainal ‘menjadi’ walaupun hampir tidak mempunyai dialog, dan hanya
menggunakan ekspresi muka serta bahasa badan.
Walaubagaimanapun, rata-rata pendapat di media sosial turut
menggemari lakonan Fazura sebagai Cik Lang, hantu yang bercakap loghat
Kedah serta lagu-lagu ciptaan Loque yang digunakan sebagai runut bunyi
untuk filem ini.
Melihat kepada rekod syarikat produksi Red Films yang banyak
menerbitkan filem bercorak urban dan segar antaranya Istanbul Aku
Datang, Pisau Cukur dan Gol & Gincu, rasanya filem terbaru keluaran
mereka iaitu Kami Histeria bakal memberikan satu lagi hiburan maksima
buat penggemar filem tempatan.
Bagi penulis, Kami Histeria yang diarahkan oleh pengarah muda, Shamyl
Othman ini cukup rempah dan ramuan bagi sebuah filem komedi seram yang
lari daripada kebiasaan filem yang dihidangkan oleh syarikat penerbitan
yang lain sebelum ini.
Filemnya tidak ‘cliche’ malah berjaya membawa mood seram kelakar tanpa sedikit pun mencacatkan sesuatu babak tersebut.
Malah, penglibatan pelakon kegemaran Red Films iaitu Nur Fazura
Sharifuddin dalam filem ini juga memberikan dimensi watak yang baru buat
dirinya selain pelakon utamanya, Diana Danielle yang perlu menonjolkan
bakat nyanyiannya yang diasah oleh penerbit muzik Kami Histeria,
Monoloque.