Individu itu menggunakan akaun media sosial Twitter palsu @JasmineJohari dan menggunakan foto palsu sebagai di laman berkenaan.
Dia turut mencipta akaun aplikasi Whatsapp palsu konon-kononnya semacam satu perbualan dia merintih mahukan ibunya yang dikatakan berada di dalam pesawat itu untuk pulang.
Penipuannya disedari selepas seorang wanita membuat kenyataan bahawa individu itu menggunakan gambarnya untuk menyamar dan menipu orang ramai.
Wanita itu dengan tweethandle @mialuna menyedari gambarnya digunakan apabila menonton berita yang menyiarkan tweet-tweet palsu itu yang dianggap umpama luahan kesedihan dari ahli keluarga penumpang MH370.
“I’m fake haha.. (Saya sebenarnya palsu..),” menurut tweet daripada akaun @jasminejohari1 yang dibuat semula.
Individu itu sempat bergurau dalam tweetnya mengatakan adakah kes penipuan sebegini akan diterima jika dia menyerah diri ke balai polis.
“Wait? Kalau serah diri, kes ini diterima ke?” kata tweet gurauannya.
Oleh : IBNU KHUSAIRY ARIS