Berita CNN-Penggunaan Pasport Curi Dalam Insiden MH307 Lebih Kepada Kearah Pemerdagangan Orang...

www.mynewshub.my

Penggunaan pasport curi oleh dua lelaki misteri yang menaiki penerbangan MH370 Sabtu lalu lebih berarah kepada aktiviti pemerdagangan orang dan bukannya pengganas.

Saluran berita CNN melaporkan, sorang pakar perisikan dari Amerika Syarikat memberitahu bahawa kejadian berkaitan penggunaan pasport curi itu menepati corak rangkaian penyeludupan manusia dan kemungkinan besar tidak berkait dengan kehilangan kapal MH370.
Malah, jika mengikut siasatan yang dibuat, kedua individu misteri berkenaan merancang untuk meneruskan penerbangan ke Eropah selepas mendarat di Beijing.
Laluan ke barat melalui Beijing adalah antara laluan udara yang murah.
Penggunaan pasport itu walaupun merupakan antara fokus utama siasatan, tetapi pihak berkuasa telah memberi peringatan masih terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan bahawa kehilangan pesawat itu berkait dengan serangan pengganas di udara.
Secara umumnya, banyak kes dilaporkan dan dikesan di mana pendatang tanap izin menggunkan pasport palsu atau curi untuk memasuki negara barat dan rantau Asia Tenggara memang dikenali sebagai sebuah ‘pasaran yang mewah’ untuk pasport curi.
Teori serangan pengganas bagaimanapun masih tidak ditolak malah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA)sendiri masih terbuka kepada kemungkinan itu.
“Wujud juga persoalan kapal tersebut dirampas, yea, kita tidak menolak kemungkinan (rampasan) kerana kita sedang melihat kepada semua kemungkinan,” kata Ketua Pengarahnya, Datuk Azharuddin Abdul Rahman.
Pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada radar, kira-kira sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada pukul 12.41 tengah malam Jumaat dan sepatutnya dijadual tiba di Beijing pukul 6.30 pagi Sabtu.
Daripada jumlah itu, 150 penumpang merupakan warga negara China