Gambar keluarga mangsa pesawat MAS MH370 Hilang Naik Berang Dan Bertindak....



PUTRAJAYA – Seorang ahli keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS)
MH370 naik berang apabila dilarang memberikan sebarang kenyataan kepada
pihak media.Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Kong berkata, tindakan
pihak MAS yang menahan beliau daripada mengeluarkan sebarang kenyataan
sebagai keterlaluan.



“Mereka bukan sahaja bertindak keterlaluan, malah asyik menyuruh kami
sekeluarga menunggu dan terus menunggu daripada semalam tanpa sebarang
berita.“Bukannya saya sengaja ingin mencari masalah dengan mereka tetapi
sesiapa sahaja yang berada di tempat saya sekarang juga tentu tidak akan
berpuas hati dengan situasi ini,” dakwanya.

Kong adalah bapa saudara salah seorang penumpang pesawat MH370, Chng Mei
Ling, 33.Kong berkata, anak saudaranya itu bertolak ke Beijing pada hari
kejadian, sebelum bercadang meneruskan perjalanan ke Amerika Syarikat.

Terdahulu, suasana di Hotel Everly agak tegang apabila usaha pemberita untuk
menemubual Kong dihalang oleh petugas MAS. Berang dengan situasi tersebut,
Kong bertindak menolak dan menengking petugas MAS tersebut. – KOSMO!