‘Menonjol’ Bahagian Punggung, Tasha Shilla Nafi Pakai ‘Padding’!

'Menonjol' Bahagian Punggung, Tasha Shilla Nafi Pakai 'Padding'!
RUPA-rupanya bukan nama Neelofa saja yang berjaya mencuri tumpuan ramai ketika berlangsungnya Anugerah Meletop Era, Sabtu lalu.
Pelakon cantik manis, Tasha Shilla turut dikritik sesetengah pihak di luar sana berhubung tubuh badannya yang dikatakan tak ‘original’.
Tubuhnya yang kelihatan sangat menonjol lebih-lebih di bahagian punggung telah membuatkan peminatnya mengatakan dia menggenakan padding untuk menunjukkan tubuhnya yang cantik itu.
tash1

tash2
Mengulas mengenai perkara itu, Tasha menjelaskan, “terpulanglah orang nak cakap apa. Apa yang ada di badan saya memang original sebab saya selalu amalkan senaman. Saya tak perlukan padding”.
“Kalau orang kat luar sana nak bentuk badan macam saya, pergilah buat senaman. Kawan saya, Sakinah pun dah buat kelas senaman, boleh ikut serta untuk miliki badan yang cantik dan sihat,” katanya yang dipetik Ohbulan.
Dalam pada masa yang sama, pelakon berusia 27 tahun ini juga dilihat semakin terbuka mempamerkan hubungan mesranya dengan peninju Muay Thai yang dikenali sebagai Hans apabila hadir berpegangan tangan di red carpet anugerah tersebut.
tash
Walau bagaimanapun, Tasha lebih selesa mengatakan jejaka itu sebagai kawan lelaki yang paling rapat dengannya buat masa kini kerana baginya selagi belum berkahwin, dia tidak selesa membuat pengakuan bercinta dengan mana-mana jejaka yang dikaitkan dengannya.
Oleh: AUDREY LEE
Kredit foto: Ohbulan