GAMBAR: Insiden Berdarah Di Bintangor, Sarawak

GAMBAR: Insiden Berdarah Di Bintangor, Sarawak
NGERI… beberapa keping gambar menunjukkan lantai sebuah restoran di Bintangor, Sarawak  yang disimbahi darah selepas seorang lelaki ditetak kini beredar di laman siber.
1

2  4  3  5  6
Mengikut blog meradongtoday.blogspot.com; maklumat awal daripada Ketua Polis Daerah Meradong, DSP Mohamad Hafifi Mohd Salim mengesahkan kejadian seorang lelaki Cina berusia 43 tahun telah diserang di sebuah restoran.
Ketua Polis Daerah Meradong, DSP Mohamad  Hafifi Mohd Salim
Serangan dilakukan oleh dua lelaki memakai topeng muka dan menggunakan parang panjang.
Mangsa yang mempunyai rekod jenayah lampau ditetak hingga tangannya putus dan mengalami luka dalam di paha.
8
Mangsa dihantar ke Hospital Sarikei seterusnya ke Hospital Sibu. Dia bagaimanapun mati ketika dalam perjalanan kerana pendarahan teruk.
Pihak polis masih berusaha mengesan penyerang yang dilaporkan melarikan diri menggunakan kenderaan jenis Vigo berwarna putih.
Kes disiasat mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan. - REM RAMZI
 Sumber: meradongtoday.blogspot.com