SINGAPURA – Tentera Udara Republik
Singapura (RSAF) terus mengambil bahagian dalam operasi mencari pesawat
Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang dengan menggunakan dua
pesawat C130 Hercules dan sebuah helikopter tentera laut Sikorsky S-70B.
“Helikopter tentera laut kami
menjalankan operasi bersama Kapal Perang Tentera Laut Republik Singapura
dalam operasi mencari dan menyelamat itu. Anggota tentera udara kami
menaiki C130 akan meneliti tempat yang lebih 20 kali ganda keluasan
Singapura,” jelas RSAF menerusi Facebook pada Isnin.
RSAF berkata anggota tentera udara akan
mengambil gambar dan menggugurkan penanda marin untuk kapal serta
helikopter mengadakan pemeriksaan lanjut jika ternampak objek yang
menarik perhatian. – BERNAMA