Kehilangan pesawat MH370 telah membuatkan rakyat Malaysia dan masyarakat seluruh dunia bersatu mendoakan kesudahan yang terbaik bagi insiden yang masih menjadi tanda tanya ini.
Di meja kerja salah seorang penumpang terlibat iaitu Philip Wood, 50, yang merupakan eksekutif IBM, banyak origami burung diletakkan sebagai tanda mendoakan keselamatannya.
Wood yang sudah bekerja di IBM cawangan Beijing selama dua tahun, dikatakan sedang dalam proses untuk berpindah ke Kuala Lumpur.
Berikut adalah gambar lain yang memaparkan doa serta harapan rakyat Malaysia yang tidak putus-putus.
Antara yang menarik perhatian adalah sokongan daripada anak-anak PASTI di Lahad Datu, pelajar Malaysia di Birmingham, murid-murid di SJK(T) Sithambam Pillay, peminat bola sepak Pahang dan banyak lagi.
Apa yang pasti, harapan dan doa yang baik-baik terhadap MH370 telah menyatukan bukan sahaja rakyat Malaysia tetapi juga masyarakat dunia tanpa mengira di mana sahaja kita berada.
- REM RAMZI
Sumber: Says.com