London – Seorang pelanggan terkejut dan marah apabila ditinggalkan terkunci dalam bilik menunggu selama sejam selepas premis itu ditutup.
Wanita itu masuk ke bank Natwest berkenaan sejurus sebelum jam 5 petang untuk mendapatkan penjelasan mengenai akaunnya.
Pengurus cawangan terbabit membenarkannya menggunakan bilik menunggu untuk menghubungi pejabat khidmat pelanggan pusat bank berkenaan.
Bagaimanapun, wanita itu gagal menghubungi mereka dan keluar dari bilik itu untuk memaklumkan pengurus berkenaan namun terkejut apabila mendapati premis sudah ditutup.
“Saya terkejut apabila mesin penggera berbunyi selepas saya cuba membuka pintu.
“Ketika menghubungi pihak polis, mereka memaklumkan saya perlu menunggu sejam untuk mendapat bantuan,” katanya.
Wanita itu akhirnya berjaya menghubungi pihak keselamatan bank yang mencadangkan dia keluar melalui pintu kecemasan.
“Sudah tentu saya menolak. Bagaimana jika mereka temui kesan cap jari saya yang menimbulkan masalah lain kelak?” katanya.