KUALA LUMPUR – Polis Serdang
berjaya menumpaskan ‘Gang Proton’ yang dipercayai terbabit dalam kes
mencuri kereta jenis Proton di sekitar Serdang, Puchong dan Petaling
Jaya sejak November tahun lepas.
Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Abd
Razak Elias, menerusi Ops Lejang, kedua-dua suspek yang berusia 28 dan
29 tahun itu ditahan di Puchong semalam.
“Hasil tangkapan kedua-dua suspek, polis
menemui empat kereta Waja, sembilan Satria, dua Iswara, sebuah Putra
serta satu enjin yang telah dilerai di sekitar daerah Serdang dan
Petaling Jaya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Berdasarkan siasatan awal, kedua-dua
suspek juga mempunyai rekod jenayah lampau dan turut positif dadah jenis
‘methamphetamine’ dan
‘amphetamine’.
‘amphetamine’.
Beliau berkata seorang daripada suspek
merupakan mekanik dan modus operandi mereka ialah menyasarkan kenderaan
yang diparkir di tepi jalan, flat dan kondominium.
“Dalam masih dua minit sahaja mereka
melakukan kerja ini dengan menggunakan pelbagai peralatan untuk membuka
pintu kereta sebelum melarikannya,” kata Abd Razak.
Kedua-dua suspek direman sehingga Jumaat ini. – BERNAMA