KEMELUT rumah tangga penyanyi dan pelakon popular, Erra
Fazira akhirnya terjawab apabila dia disahkan bercerai talak satu
dengan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin di Mahkamah Tinggi
Syariah Shah Alam, sebentar tadi.
Menurut sumber Berita Harian, Hakim Syarie, Mohammad Adib Hussain
mengesahkan lafaz dibuat Engku Emran itu selepas kedua-dua pihak
bersetuju untuk berpisah secara baik.
Erra dan Engku Emran berkahwin pada 25 Oktober 2007 dan hasil
perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Engku
Aleesya, 5.
Pasangan berkenaan bersetuju untuk menyerahkan hak penjagaan Engku Aleesya kepada Engku Emran.
Sebelum ini memang terdapat ura-ura mengatakan hubungan pasangan ini
bermasalah namun Erra tidak pernah mengulas lanjut mengenai perkara itu
di mana-mana media.
Sebelum berkahwin dengan Engku Emran, Erra pernah mengahwini pengarah filem, Yusry KRU pada Jun 2003.
Namun mereka bercerai tiga tahun kemudiannya.
Erra yang sinonim dengan gelaran Primadona Filem Melayu, juga pernah dilaporkan bercinta dengan Awie dan Hans Isaac.
Sumber: mynewshub