Niat seorang lelaki untuk buat lawak berakhir dengan mendapat malu besar apabila tersangkut di kerusi bayi hingga terpaksa dibantu oleh bomba.
Lelaki berusia 19 tahun yang dirahsiakan namanya itu cuba duduk di atas kerusi bayi ketika mengunjungi bar The Stannary Court, Plymouth, England malam minggu lalu.
Dia kemudiannya tersangkut tidak dapat keluar sebelum terjatuh ke lantai bersama kerusi kecil tersebut.
Akibatnya, anggota bomba terpaksa datang jam 9.15 malam untuk mengeluarkan dirinya menggunakan gergaji.
Sementara menunggu bomba tiba, pengunjung lain mengambil kesempatan mengambil gambar dan merakam video lelaki tersebut sambil ketawa besar.
Pengawal bar kemudiannya mengalihkan lelaki tersebut ke depan pintu utama untuk memudahkan bomba melakukan kerja mereka.
Lelaki yang tersangkut di kerusi bayi dilihat turut tertawa pada mulanya tetapi tidak lama apabila sementara menunggu bomba yang tiba agak lewat, pengurus bar terlebih dahulu datang menemuinya dalam keadaan marah dan memaklumkan bahawa dia mesti membayar kerosakan kerusi yang telah dilakukannya. – REM RAMZI
Sumber: Dailymail