CALIFORNIA – Seorang wanita yang menghabiskan seluruh hidupnya untuk menjadi Barbie, telah mengambil keputusan untuk menjalani hypnotherapy agar `otaknya kosong’, sama seperti anak patung itu.
Blondie Bennett, 38, menjalani sesi hypnotherapy sekali dalam seminggu supaya dia senang menjadi keliru dan bengap.
Bekas model itu yang menukar nama kepada Blondie kira-kira setahun lalu, juga menghabiskan wang sebanyak £25,000 untuk menjalani pembedahan membesarkan payu dara.
Dia kini tidak bekerja lagi dan memperoleh pendapatan melalui `sugar daddy’ dalam talian yang memberikan sokongan kepadanya dengan menyaksikan dia memakai baju seksi seperti Barbie.
Blondie juga kerap kali menyembur spray, menyuntik botox dan bibir untuk membolehkan dia kelihatan seperti anak patung, namun dia memang bodoh kerana mahu menukar diri menjadi patung plastik.
“Apabila orang bertanya kenapa saya ingin menjadi Barbie, saya memberitahu mereka bahawa dia mempunyai kehidupan yang menarik dan cantik selain tidak perlu memikirkan mengenai perkara lain.
“Saya sudah menjalani rawatan hypnotherapy sebanyak 20 kali dan saya sudah berasa keliru serta kosong sepanjang masa.
“Baru-baru ini saya telah menjemput seorang rakan di lapangan terbang dan saya tidak ingat sama ada saya perlu menunggu di balai ketibaan atau balai berlepas.
Saya juga mengambil masa selama tiga jam untuk memandu ke rumah ibu saya, iaitu tempat di mana saya membesar kerana terlupa jalan,’’ katanya.
Dia mula menjadi obses dengan Barbie ketika kanak-kanak dan sentiasa berpakaian seperti anak patung itu.
“Saya mahu orang melihat saya sama seperti anak patung seks yang tidak berotak. Orang boleh mengutuk saya, tapi saya mahu melakukan perubahan ini,’’ katanya.