Melalui akaun Instagramnya, Jasmin Hamid memuat naik foto beliau menggayakan sepasang pakaian yang ditaja oleh My Precious Wish untuk drama terbaru di Slot Akasia, Jika Itu Takdirku.
Seperti biasa, bagi pelakon wanita yang berusia 40 an ke atas, watak sebagai 'Mak Datin' akan menjadi pilihan penerbit untuk diberikan kepada mereka. Jasmin Hamid tidak terkecuali untuk melakonkan watak 'cliche' berkenaan.
Dengan mengenakan pakaian yang ditaja khas untuk watak tersebut, Jasmin jelas menonjolkan tubuhnya masih lagi 'bergetah' untuk peragaan mana-mana pakaian.
Bijak menjaga kesihatan dan mengamalkan kehidupan yang sihat menjadi rahsia tubuh beliau kekal montok seperti anak dara!