'Kerana Fitnah Nenek' Seorang Wanita Hadapi Saat Genting Apabila Ditampar, Ditumbuk Oleh Abang Ipar!!!

Ditampar, Ditumbuk Abang Ipar Kerana Fitnah Nenek


SIBU – Seorang wanita membuat laporan polis selepas ditampar dan ditumbuk abang iparnya di sebuah kuarters pekerja Ta Ann, Sungai Bidut tengah hari kelmarin.
Dalam insiden jam 12.10 tengah hari itu, mangsa telah difitnah oleh nenek kepada abang iparnya yang mengatakan pengadu telah merosakkan barang-barang di dalam rumah dan memukulnya.
Apabila abang iparnya pulang ke rumah selepas dimaklumkan oleh neneknya, abang ipar pengadu telah bertindak menampar dan menumbuk pengadu di bahagian lengan kanan menyebabkannya mengalami kesakitan.
Menurut pengadu, dia sedang masak di dapur apabila dia terdengar bayinya yang berumur sebulan lebih menangis di dalam buaian dan cuba dipujuk oleh nenek abang iparnya.
Apabila pengadu cuba menegur si nenek supaya tidak memujuk anaknya dengan cara menimangnya, nenek terbabit bertindak memarahinya.
Dia mendakwa terkejut dimarahi nenek tadi dan berlaku satu pertengkaran antara mereka.
Pengadu juga hairan kerana abang iparnya cepat mempercayai kata-kata si nenek yang menfitnahnya.
“Saya tidak pernah berniat jahat atau kurang ajar terhadap orang tua tambahan dia ahli keluarga sendiri tetapi saya telah dianiayai juga,” kata pengadu.
Menurutnya, dia dan suaminya telah diajak oleh abang iparnya tinggal bersama mereka di situ sebelum ini.
Katanya ini merupakan kali kedua abang iparnya ‘datang tangan’ terhadapnya dan kali ini dia sudah tidak mampu tinggal bersama mereka lagi. - Borneo Post
(*Gambar hiasan*)