Pelekat yang dijual pada harga mahal iaitu RM25.90 + RM10 pos itu didakwa boleh membantu pemandu apabila berlaku sekatan jalanraya oleh pihak berkuasa.
Ia juga dikatakan dapat membantu apabila terlibat dalam kemalangan jalanraya dengan kaum Cina dan boleh digunakan tidak kira sama ada oleh ahli mahu pun bukan ahli Pekida.
Perbuatan pemilik Facebook ini mendapat kecaman ahli Pekida yang meninggalkan komen di Facebook terbabit.
Ia didakwa memberikan imej negatif kepada pertubuhan namun teguran tersebut nampaknya tidak memberi kesan.
Buktinya, dalam satu pos baru admin page Facebook ini mengucapkan terima kasih kepada semua pembeli pelekat yang dijualnya dan akan memaklumkan jika ada pelekat baru.
Nampak gaya, perbuatan tidak bertanggung jawab ini perlu disiasat segera kerana nyata ia menipu orang ramai.
Secara logik, mana mungkin kesalahan trafik boleh dipandang sebelah mata semata-mata kerana sekeping pelekat mewakili pertubuhan tertentu bukan? - REM RAMZI