VIDEO: Kisah Abang Rahim Baretta, Pantang Dengar Muzik…Badannya Terus Bergoyang!

VIDEO: Kisah Abang Rahim Baretta, Pantang Dengar Muzik...Badannya Bergoyang!


RAHIM Haroon atau abang Rahim Baretta bukanlah siapa-siapa.
Tetapi ada satu perkara ‘menarik’ tentang lelaki berusia 56 tahun ini.
Pantang dengar muzik rancak, abang Rahim tak ‘senang duduk’.
Tanpa rasa segan dan malu, abang Rahim akan bangun dan menari seolah-olah dunia dia yang punya!
Walaupun ramai yang ketawa dan tak kurang yang sinis dengan gelagatnya, abang Rahim ternyata tidak ambil peduli.
Dia akan menggoyangkan badannya bersungguh-sungguh sambil menari mengikut rentak lagu yang berkumandang.
” Saya paling tak ‘senang duduk’ kalau ada lagu irama cha-cha, tengah minum pun saya berhenti dan terus menari,” katanya pada Mynewshub.my sambil tersenyum.

Menariknya, ketika muda, abang Rahim tidak begitu minat menari, masanya lebih banyak dihabiskan di padang bola.
Ini kerana beliau merupakan bekas pegawai kelab bolasepak DBKL tidak lama dulu.
Namun selepas bersara, entah mengapa, minatnya tiba-tiba berubah.




” Saya anggap ini pun satu senaman juga…bahkan kelebihan saya ada boleh ‘berpusing’ dan menari dengan liuk lentuk badan yang lembut, lagu Gangnam Style pun saya hentam semacam!,” kata abang Rahim.
Kelibat abang Rahim boleh ditemui di kawasan Cheras, Kuala Lumpur setiap malam terutama di gerai-gerai makanan yang menyediakan pentas karaoke terbuka.
Ketika ditanya apakah impiannya, abang Rahim berkata dia teringin nak menunjukkan bakatnya itu pada para VVIP dan pemimpin negara.


Ini kerana, katanya, dia ingin menghiburkan mereka yang penat memikirkan masalah politik dan urusan mentadbir negara.
” Saya nak mereka relaks dan enjoy dengan tarian saya, tapi maklumlah, siapalah saya untuk menari depan mereka. Tapi kalau mereka nak ‘test’, panggil saja saya, saya pasti akan membuatkan mereka seronok,” kata abang Rahim bersungguh-sungguh.


Hai macam-macam…