LONDON – Manchester United menafikan tiga mata penuh untuk Arsenal dan kembali ke tangga teratas Liga Perdana Inggeris apabila kedua-dua pasukan seri 0-0 di Stadium Emirates, sebentar tadi.
Arsenal yang mahu bangkit selepas kalah 1-5 kepada Liverpool hujung minggu lalu manakala United pula memburu kemenangan, gagal memperoleh gol meskipun beberapa peluang terdedah.
Robin van Persie hampir merobek gawang bekas kelabnya pada awal minit permainan manakala tandukannya pada separuh kedua diselamatkan penjaga gol Arsenal.
Arsenal pula memperoleh peluang menerusi tandukan pemain pertahanan, Laurent Koscielny namun ia diselamatkan Antonio Velencia. - Berita Harian