LONDON – Sanggup menahan sakit atas nama seni. Itu prinsip Diablo Delenfer, 43, yang melakukan `pengubahsuaian’ pada badannya melalui pembedahan tanpa menggunakan ubat bius.
Bekas pengawal keselamatan itu telah melakukan pembedahan implan tanduk, lidah bercabang dan tatu di bebola mata dengan menukar mata putih kepada merah.
Disebabkan proses `pengubahsuaian’ badan tidak didaftarkan di Britain, maka seluruh pembedahan itu dilakukan tanpa menggunakan ubat bius.
“Semua pembedahan itu saya lakukan secara sedar. Saya dapat melihat jarum disuntik dan ia amat menyakitkan.
“Tapi anda tidak boleh takut dengan kesakitan. Pengubahsuaian badan adalah kehidupan saya.
“Biarpun ia agak pelik namun ini adalah saya yang sebenarnya,’’ katanya.
Setakat ini Delenfer telah membelanjakan lebih £10,000 dan menyifatkan ia bukan sesuatu yang mengejutkan.