Fanpage Oh! Media melaporkan bahawa salah seorang daripada pelajar yang pernah terabit dalam satu kes buli di Pulau Pinang pada tahun 2013 telah meninggal dunia.
Berikut petikan pada fanpage berkenaan;“Ingat lagi dengan kes 3 budak pembuli sekolah menengah di Seberang Jaya yang femes dengan video klip Lan Todak tak lama dulu?
Salah seorang dari pelajar yang terbabit telah meninggal dunia kerana kes langgar lari Jumaat lepas tak jauh dari sekolahnya.
Di tengah yang pakai baju merah (gambar di atas) tu namanya Allahyarham Munir.
Dia dah banyak berubah setelah kes tersebut. Tak lupa sembahyang. Pagi tu semasa nak ke sekolah di SMK Taman Inderawasih. Motor Allahyarham terlanggar motor yang terlibat kemalangan sebelum itu lalu dia tercampak dan meninggal dunia.
Arwah meninggal pada pagi Jumaat.
Jenazahnya tiba di Surau Tuna jam 1230 dan dibawa ke Masjid Seberang Jaya jam 1. Arwah dah banyak berubah dan banyak membuat tugas-tugas kebajikan dan terlibat dengan gotong-royong membersihkan surau/masjid. Sebelum meninggal, arwah sempat memohon maaf kepada ibubapa dan mangsa buli tersebut.”
Psst: Semoga ditempatkan dengan orang yang beriman. Sumber dari rakan WhatsApp Oh! Media dan fanpage Oh! Media.