NAMPAKNYA ada berita gembira yang kami dengar mengenai pelakon Hanez Suraya.
Khabarnya, status bujangnya bakal bertukar menjadi isteri orang pada tahun ini.Bakal suaminya merupakan seorang ahli perniagaan berusia 34 tahun dan sudah pun bertemu dengan keluarga Hanez.
Menerusi Metro Ahad semalam, majlis pertunangan bakal berlangsung dalam masa terdekat ini.
Dengarnya lagi, mereka mungkin akan bertunang selama enam bulan sebelum dinikahkan.
Apa pun, kami doakan segala perancangan Hanez dan bakal suaminya berjalan lancar selepas ini.
Pasti peminat pun tak sabar untuk melihat wajah jejaka bertuah yang berjaya mencuri hati pelakon jelita ini.
Oleh: ELZA