Isu Kalimah Allah.. Pope Dikatakan "TAK SETUJU" Lihat Di...

UcapanPope01

POPE Benedict XVI iaitu ketua tertinggi penganut Kristian Katolik di seluruh dunia pada ucapannya kepada orang berbangsa Arab tidak pun menggunakan kalimah Allah untuk menggambarkan Tuhan.

Pada awalnya sebuah laman berita antarabangsa dikenali sebagai Commonweal melalui penulisnya Michael Peppard menyatakan dalam satu artikel bertajuk “Pope Benedict : ‘May Allah Bless You All”.
Penggunaan kalimah Allah oleh Pope Benedict dipersoalkan oleh banyak pihak yang mendengar ucapan itu, mengatakan Pope tidak menggunakan kalimah Allah.
Dalam artikel tulisan Michael itu, dikatakan hanya ada satu perkataan yang digunakan oleh Pope untuk menggambarkan Tuhan iaitu Allah.
Bagaimanapun, Michael mengakui kesilapannya dan kemudian menukar artikel berkenaan kepada perkataan sebenar yang digunakan pemimpin tertinggi Kristian Katolik itu.
Teks ucapan itu yang diterjemahkan dari bahasa Itali ke Bahasa Arab boleh dibaca di laman web Vatican City berbunyi :
“Pope berdoa untuk semua penceramah berbahasa Arab, Semoga Tuhan memberkati kamu semua,”

UcapanPope02
Perkataan atau istilah yang digunakan oleh Pope Benedict ialah bukan ALLAH tetapi Al-Rab yang bermaksud Tuhan atau Lord.
Perkara ini berlaku pada 10 Oktober 2012 dan didedahkan hari ini di laman blog akarimomar.wordpress.com.
Pope sendiri bertegas membetulkan laporan di portal antarabangsa yang memetik ucapannya di Dataran St Peters itu dan tersilap meletakkan istilah yang digunakan.
Menurut pentadbiran kerajaan Vatican, jika Pope menyebut nama suci Allah dalam ucapannya, ia seolah-olah telah menaikkan syiar Islam di pusat pentadbiran tertinggi Kristian itu.
Laporan dalam laman blog itu telah dibantah oleh pentadbiran Vatican City sendiri.
Jadi, mengapa tokoh agama Kristian Katolik di Malaysia beriya-iya mahu menggunakan kalimah Allah sebagai Tuhan dalam agama mereka dan membelakangkan Pope Benedict sebagai pemimpin tertinggi?
Tidakkah nanti seolah-olah mereka akan dilihat seperti menegakkan syiar Islam atau sebenarnya mereka henda mempengaruhi penganut Islam agar sama-sama menyertai agama Kristian.
Ucapan Pope Benedict XVI di Dataran St Peters di Vatican itu ialah satu BUKTI bahawa Pope TIDAK BERSETUJU dengan penggunaan nama suci Allah untuk tujuan merujuk kepada Tuhan dalam ajaran Kristian.
Ianya juga mengesahkan bahawa God terjemahannya ialah Tuhan dalam bahasa Melayu dan Rabb dalam bahasa Arab. BUKANNYA Allah, nama khas dan KHUSUS untuk umat Islam. – KUMBANG WIRA