Hidup Mewah Dengan Hasil Kutipan Derma Anak Tahfiz?

Pengetua 'Enjoy' Sakan Hasil Kutipan Derma Anak Tahfiz?
Pemilik ‘Pusat Tahfiz Amal’ dikesan hidup kaya raya dipercayai hasil kutipan derma dan jualan barang menggunakan golongan kanak-kanak dan remaja seluruh negara.
Seperti diketahui ramai, kanak-kanak dari Pusat Tahfiz Amal ini boleh dikesan berada di mana-mana terutama stesen-stesen minyak dan kedai makan.
Mereka biasanya menjual minyak angin atau minuman tertentu namun apabila ditolak untuk membeli jualan mereka, orang ramai dirayu agar memberikan derma ikhlas.
q1 q9
Walaupun sudah lama isu ini diketengahkan baik termasuk menerusi laporan khas di TV, nampaknya aktiviti ini seolah-olah kebal dan kanak-kanak ini terus kelihatan berkeliaran walaupun pada hari biasa di mana mereka sepatutnya berada di sekolah menimba ilmu.
Berilah apa pun alasan, tiada siapa dapat menafikan kesemua sumbangan yang dihulurkan mahupun pembelian barang-barang yang dilakukan orang ramai biasanya pasti disebabkan rasa simpati terhadap golongan kanak-kanak.
Fullscreen capture 2192014 111609 AM  IMG_7772-001
Tapi fikirkan, jika wang hasil penat lelah kanak-kanak yang terpaksa berpanas berhujan itu akhirnya disalurkan kepada kemewahan individu lain, apakah anda masih ingin terus menderma selepas ini?
Fullscreen capture 2192014 114320 AM  Fullscreen capture 2192014 114350 AM
Fullscreen capture 242013 93458 PM
Apa yang pasti, kekayaan pengasas Al-Mansur Holdings Sdn Bhd dan Pusat Tahfiz Amal ini terserlah menerusi gaya hidup dan pemilikan sebuah wisma yang gah di Shah Alam.
- REM RAMZI
Sumber: www.mazidulakmal.com/ tengoktvonline.blogspot.com