SEORANG remaja lelaki bernama Abe Muse sememangnya terkenal di laman Facebook sebagai seorang pakar membuat gurauan di Malaysia.
Laman Facebooknya sudah mendapat Likes sebanyak kira-kira 200,000.
Kegemaran Abu Muse ialah beliau suka membuat gurauan melampau kepada
beberapa jenis mangsa antaranya operator pandu lalu Mc’Donalds dan juga
antara kegemarannya ialah membuat gurauan ke atas operator pusat
panggilan Celcom.
Pada kali ini, Abe Muse menyamar menjadi Mr KonarLepe dan
bertanyakan tentang kenapa kredit talian pra-bayarnya kerap habis tanpa
mengetahui ke mana ia digunakan.
Sudahlah bercakap Inggeris dalam tatabahasa yang tidak betul,
Abe Muse konon-konon mahu menyamar seperti seorang warga asing yang
betul-betul menghadapi masalah dengan taliannya.
Kasihan operator itu dipermainkan oleh dia. Salah satu operasi standard
operator pusat panggilan ialah, mereka perlu melayan setiap panggilan
biarpun sepelik mana panggilan itu.
Mereka hanya boleh menolak untuk mengambil sesuatu panggilan jika
panggilan itu mempunyai unsur membahayakan nyawa atau ugutan kepada
operator sahaja.
Selagi panggilan itu tiada unsur jenayah, seseorang operator panggilan
telefon itu perlu melayaninya dengan penuh kesabaran kerana kesemua
panggilan akan dirakamkan.
Jom Layan video tersebut di bawah...