PANAS-PANAS VIDEO: Tuu Diaaaa…..Sharnaaz Sudah ‘Hangin’ Satu Badan! Apa Plak Terkini ?

Sharnaaz

Dari hari ke sehari makin panas nampaknya kontoversi yang melanda pelakon Sharnaaz Ahmad dengan pasangan suami isteri, Lisdawati Nazaruddin dan Fauzi Nawawi.
Terbaharu, Sharnaaz mengeluarkan kenyataan mahu Lisdawati dan Fauzi tampil membuat permohonan maaf kepadanya dalam tempoh seminggu dari sekarang.
Fauzi Nawawi Pesan Sharnaaz Supaya Tidak Ego
Sekiranya mereka enggan, pelakon yang berasal dari Pulau Pinang itu tidak teragak-agak untuk menyaman pasangan tersebut.
“Saya bagi masa seminggu kepada Poji dan Lisdawati untuk minta maaf secara terbuka. Mereka juga kena minta maaf pada mak bapa saya atas apa yang sudah berlaku.
“Mereka sudah membuat cerita dan memburukkan keadaan, sedang benda ini boleh diselesaikan secara baik. Bila orang panggil kita anjing kurap dan membabitkan mak bapa dalam kes ini, tahap kesebaran saya pun ada batasnya.
“Kalau mereka tak minta maaf dan terus memalukan saya, tunggu saja saman daripada saya semaksimum mungkin,” ujar Sharnaaz memetik laporan Harian Metro, hari ini.
Sharnaaz juga mendedahkan punca pergaduhan mereka sebelum ini adalah disebabkan perbuatan Lisdawati yang sering memburukkan dirinya di lokasi penggambaran sehingga mendorongnya menengking aktres tersebut minggu lalu.
Hmm, makin rumit jadinya kes ini.
Diharapkan kedua-dua pihak yang terlibat duduk bersemuka dan berbincang secara baik agar jalan penyelesaian dapat dicapai bagai menjernihkan kembali keadaan yang sudah tercalar.
Tak guna bergaduh lama-lama, industri hiburan ini kecil, pusing-pusing jumpa orang yang sama juga.
Tak gitu?