GELENG kepala penulis tatkala melihat gambar pakcik-pakcik berkopiah dan berserban ini tersenyum sambil menunjukkan jari tengah mereka.
Bukan geleng kepala dengan ‘perbuatan’ mereka, sebaliknya perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab mengubahsuai gambar tersebut seolah-olah mereka sedang membuat isyarat lucah.
Kalau ia bertujuan untuk bergurau atau atas dasar marah kerana kerana perbezaan politik sekalipun, rasanya tak perlulah buat sampai begini sekali.
Ia secara tidak langsung memperlihatkan orang Melayu Islam kita sebagai tidak senonoh walhal ia sebenarnya tidak berlaku.
Pendek kata, tak perlulah buat perkara yang boleh memalukan orang lain.
Ingat ya, dosa fitnah itu lebih teruk dari membunuh…
Oleh: ELZA