Bandung, Indonesia menjadi tempat kegemaran rakyat Malaysia untuk membeli belah.
Selain Bandung, bandar ini diberi jolokan Kota Kembang dan Paris Van Java.Namun baru-baru ini seorang blogger warga Bulgaria yang sudah tiga setengah tahun menetap di sana memberi nama baru buat Bandung iaitu ‘The City of Pigs’.
Di laman blog venusgotgonorrhea.wordpress.com; Inna mengutuk sikap pengotor masyarakat Bandung yang menyalahkan kemiskinan sebagai punca bandar tersebut kotor dan bukannya sikap mereka.
Komen Inna, “Mereka kata terpaksa hidup dalam suasana kotor kerana kemiskinan. Alasan ini tak boleh diterima kerana rakyat Somalia juga miskin tapi mereka tak buang sampah sebarangan. Ini bukan soal kemiskinan. Ini kerana kamu (semalas) khinzir.”
Antara contoh sikap pengotor masyarakat Bandung yang diberikan Inna termasuk membuang sampah sesuka hati, kecurian banyak tong sampah dan membiarkan sahaja tikus berkeliaran sekitar rumah seolah-olah ia perkara biasa.
Komen Inna ini mencetuskan perdebatan dan dikongsi ramai orang di media sosial Indonesia. Ada yang setuju, tak kurang juga marah-marah kerana menganggap bahasa Inna terlalu kasar.
Yang penting, cerita ini turut dikongsikan pengguna Twitter dengan Datuk Bandar Bandung, Ridwan Kamil agar sesuatu dapat dilakukan. - REM RAMZI
Sumber: Indoboom.com