Nampaknya masih lagi belum reda kisah kontroversi di antara pelakon Sharnaaz Ahmad dengan Lisdawati Nazaruddin dan suaminya, Fauzi Nawawi.
Ini kerana kedua-dua pihak dilihat enggan mengalah dan saling berbalas kenyataan berhubung isu ini kepada pihak media.Apa yang ingin kami kongsikan di sini ialah tindakan Sharnaaz yang sudah pun melakukan pemeriksaan di bahagian otak atau MRI seperti yang disarankan Fauzi sebelum ini.
Nampakya, ini merupakan sindiran atau troll yang paling epik pernah dilihat dalam industri hiburan tempatan.
Dengan menulis keterangan gambar tersebut, “saya dah buat MRI, scan otak pun dah. Dikawal rapi oleh Dr dari PPUM. Saya lulus, otak saya sihat dan jugak hensem otak saya hehe. Anda bagaimana”?
Gambar itu dikongsikan aktor tersebut di laman Instagramnya, sebentar tadi.
Sama-sama kita nantikan kesudahan kontroversi ini, adakah Sharnaaz akan meneruskan niatnya untuk menyaman pasangan suami isteri tersebut sekiranya mereka enggan membuat permohonan maaf dalam tempoh seminggu yang ditetapkan oleh Sharnaaz?
Tunggu dan lihat sahaja nanti!
Oleh: AUDREY LEE